KERETAPI LAJU DARI BUKIT KETERI KE ALOR SETAR MENYERONOKKAN

PERJALANAN DARI BUKIT KETERI KE ALOR SETAR MENAIKI KERETAPI

Hari kedua dikampung kami mencari aktiviti seterusnya. Petang semalam kami dan survey lokasi dan harga, jadi terus ambik keputusan untuk jalan-jalan ke Alor Setar. Perjalanan kami dari Bukit Keteri ke Alor Setar menaiki keretapi adalah pengalaman pertama setelah stesen baru di Bukit Keteri siap awal tahun 2016.


CERITA DI KAUNTER TIKET STESEN BUKIT KETERI

PicsArt_06-13-04.29.40

Pagi tadi masa nak bergerak dari Stesen Bukit Keteri , sabar jer la..tak ada pekerja KTM di kaunter. Hampir 20 minit kami menunggu …fuh nak naik darah juga lah..boleh kaunter tutup macam tu jer sebab tak ada pekerja. Maybe KTM boleh buka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat lepas ini kalau dah tak ada orang sangat nak kerja.

Dekat jam 10.00 pagi baru lah nampak kelibat ada seorang pekerja. Terus pekerja tu ke kaunter tiket. Niat nak bising juga lah..memandangkan pekerja tu pakcik tua, terus tak jadi, sebab kasihan. Okay harga tiket pula, dari Bukit Keteri ke Alor Setar, dewasa RM4.80, warga tua dan kanak-kanak berusia 4 tahun sehingga 12 tahun RM2.40. Murah jer kan…so total kami semua hanya RM14.40 sahaja sehala.


SEPANJANG PERJALANAN PERGI KE ALOR SETAR

PicsArt_06-13-04.30.45

Berada dalam komuter di Perlis ini sangat selesa. Tambahan lagi hari kerja. Dalam komuter ini anak-anak buat macam depa punya coach sendiri. Sebab tak ada orang.

Perjalanan kami mengambil masa selama 30 minit sahaja. So masing-masing enjoy sangat dengan short journey ini.


HARGA TAMBANG TEKSI YANG TIDAK TETAP

PicsArt_06-13-04.32.54

Kami sampai lebih kurang 1050pagi. Sampai di stesen Alor Setar, kami ambil teksi.

“Pakcik berapa tambang ke Aman Sentral?”
“RM12.00” “Pakcik,selalu naik RM10.00 saja ,awat RM12.00” “Boleh la..Rm10.00”

Nampak dak cara letak harga di sini? Haihhh, SPAD kena pantau ini, ada ke patut macam ini. Boleh pula tawar menawar, elok sangat kalau pakai meter, pelanggan puas hati pemandu lebih berintegriti.


AMAN SENTRAL SATU PUSAT BELI BELAH YANG MENARIK

PicsArt_06-13-04.34.15

Kami ke Aman Sentral satu pusat beli belah yang menarik di Alor Setar yang terletak betul-betul berhadapan dengan Menara Alor Setar. Di Aman Sentral, daripada niat tak mau beli apa-apa, kami jalan-jalan jer la.

Tapi tiba-tiba, Mr Suami masuk kedai BATA, anak-anak pun ikut. Dah masuk, bukan 1 kasut di beli tapi 4 pasang. Abah beli 1 , Along dengan Angah beli sandal sorang 1 dan Cik Sarah beli kasut FROZEN 1. Total depa shopping kasut raya RM238.70. Belian kat BATA sempena raya dapat baucer RM50.00 bagi setiap RM90.00 yang di belanjakan. Jadi kena pandai kira sebelum bayar. mungkin kita bakal dapat 1 kasut FREE daripada BATA hasil daripada belian kasut lain.

Selepas itu, kami jalan-jalan pergi PARKSON. Abah depa beli baju raya. Jalan sana – jalan sini dapat la 3 helai baju. Alang-alang dah mai,beli terus sebab jimat masa untuk shopping kat KL nanti.


PERJALANAN BALIK KE BUKIT KETERI,PERLIS

Lepas tu, kami balik semula ke Stesen Keretapi Alor Setar juga naik teksi. Harga teksi sama juga, pakcik teksi ingat kami orang luar nak kenakan RM12.00 juga, dialog sama macam tadi. Itu sebab SPAD kena ambil tindakan ketetapan harga teksi, supaya tidak ada penumpang rasa tertindas.

Tiket perjalanan kami jam 1.52 petang untuk balik ke Bukit Keteri, Tapi agak lewat komuter sampai, dalam 2.05 petang baru tiba di stesen. Kami sampai di Bukit Keteri jam 2.45 petang.


KESIMPULAN SEPANJANG PERJALANAN SEHARIAN KAMI KE ALOR SETAR

Kesimpulannya naik keretapi/komuter dari Perlis ke Alor Setar tidak memenatkan malah lebih cepat. Cuma harga TEKSI sahaja yang tidak tetap sedikit ada keraguan menggunakan teksi di stesen keretapi Alor Setar.

Suasana ketika ini sangat menarik. Di kiri kanan kami dapat lihat sawah padi yang menghijau. Sedap mata memandang dan dapat rasai kesegarannya. Masyaallah indahnya ciptaan Tuhan ini.


PERJALANAN BALIK YANG SERONOK UNTUK ANAK-ANAK WALAPUN KELETIHAN

PicsArt_06-13-05.24.37

Semua kepenatan sehingga tertidur. Tengoknlah kat gambar tu, Angah dah terlentang tak sedarkan diri. Adik Mudzakkir memang tidur lena tanpa sebarang masalah. Ada masa nanti boleh bawa mak dan anak-anak jalan. Satu perjalanan yang singkat dan menyeronokkan. 😄

Comments

    1. Post
      Author
      Admin

      SS ala budak2 ni kalau bawa berjalan ikay jer..Along dgn Angah dah pandai bawa diri..cuma nk dukung kakak dgn adik saja.

    1. Post
      Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge