Tag Archives: Bloggerwanita

Basikal hadiah birthday Along ke 7 tahun. Happy birthday along!

Assalamualaikum, bismillahirrahmanirrahim, syukur sangat ada kesempatan masa untuk update story sebagai kenangan masa depan. Demi anak-anak dan catatan menghargai anak ketika mereka masih kecil. Ummi dengan abah tahun ini decide nak hadiahkan Along basikal sempena birthday Along ke 7 tahun. Yer la, basikal ini bagus untuk bersukan dan nak galakkan Along suka dengan aktiviti outdoor, compare dengan main dalam rumah je.

Sabtu laluhari abah kerja, tapi Ummi pergi jer kedai dengan anak-anak. 2hb September, ehmm awal lagi ikutkan. Birthday Along 7 Sept. Tapi its okay, asalkan ada hadiahkan. So, kami bawa basikal lama Along untuk dibaiki brek. Ini untuk kegunaan Angah, syukur Angah jenis yang okay, so pujuk sikit dia dah boleh terima untuk tidak dibelikan basikal bari. Huiiiii, kalau nak beli untuk 4 orang parah mak! So, beli ikut siapa punya birthday je, okay la kan, dan pada masa yang sama belajar terima hakikat, ada masa orang lain punya rezeki, ada masa rezeki kita. So, alhamdulillah Angah dapat terima kenyataan.

Adik dengan kakak ini dah boleh naik basikal, cuma tak boleh kayuh. Ingat nak belikan adik kereta mainan jer, tapi bila pikir balik, nanti dia tengok prang lain main basikal berebut pulak, jadi agaknya apa pilihan Ummi? Ehm, Ummi nak jimat kos dan juga senang sekali harung jer membeli, jadi Ummi belikan basikal hijau ini untuk kakak yang birthday dia bulan November nanti, jadi fair la. Hadiah kakak dah ada, alhamdulillah.

Maaf kak! Ummi tak beli yang warna purle, sebab nanti kalau adik yang naik pelik pula warnanya, jadi beli hijau warna universal.. “Mi, kakak nak pink!” Pujuk kakak..tapi…maaf yer kak, Ummi rasa hijau lagi lawa. heheh physco la sikit, asal lawa dan ada basikal dah cukup baik kan. hehehe

Akhirnya , inilah hadiah untuk Along, saiz 24 kalau tak silap basikal ini. Nak yang besar sikit supaya tahan lama, tapi tak sesuai dengan ketinggian Along. Jadi, ambil yang Along naik ni je.

Kat atas ni geng budak sekolah taman kami, ehm ramai juga kawan Along ni. Tapi bagus depa pandai bercampur, ada Cina, ada India..kiranya lengkap la geng 1 Malaysia. Heeheheh, bagus belajar bermaufakat dari kecil, harap sampai besar depa berukhwah macam ini. Kawan tanpa kira cerdik pandai dan pangkat, betul?

Ini pula geng anak Umminani, hehehe semua dah pandai berbasikal, cuma tak semua pandai kayuh. Besar sat jer adik pun! Ehm, Along, kami semua ucapkan happy birthday kat Along dan harap Along membesar jadi anak soleh dan rajin ibadah serta membaca al quran. Ummi abah dan adik-adik tak ada keinginan lain selain melihat Along jadi ustaz yang beriman dan bertaqwa kepada Allah swt. Along boleh kan? Ini hadiah daripada kami semua untuk Along, HAPPY BIRTHDAY ALONG!

Apa aktiviti hujung minggu?

Jpeg

Setiap hujung minggu kalau tak ada kerja hakiki mesti penuhi kehendak hakiki anak-anak untuk keluar beriadah. Kami pilih tasik kat area PKNS  Bangi untuk bermain dan makan-makan hari ini.

Jpeg
Anak-anak nak juga naik traktor ini. Depa posing atas traktor macam best sangat.
Jpeg
Ini gambar kami sekeluarga pagi tadi. Best juga bermain dengan anak-anak, berpeluh juga mengejar kereta depa.
Jpeg
Kadar sewa kereta ini 10 minit RM5.00, berbaloi juga sebab tak perlukan maintainance dan kurangkan semak rumah. Kereta lama budak-budak ini Ummi sedekah kat orang di Flat belakang rumah. Sebab alasan utama, malas nak cas dan besar sangat semak. 😁
Jpeg
Main badminton pun berpeluh juga. Pagi-pagi okay la, sebab angin tak berapa kuat.

Siapa yang teringin nak cari  lokasi bersama keluarga yang santai, boleh ke sini. Tepi McD, dan tempat parking juga mudah. Sediakan duitnjuga untuk anak-anak beriadah , ada juga giant bubbles, kereta control sewa, basikal dan lain-lain aktiviti.

Esok sehari lagi untuk bersama anak-anak. Yang berdekatan boleh pergi beriadah di kawasan ini esok bersama keluarga. Okay selamat berehat.

 

JEMPUTAN KE GATHERING RAYA KELAB BLOGGER BEN ASHAARI 2016

KELAB BLOGGER BEN ASHAARI

KBBA9 akan mengadakan majlis hari raya Aidilfitri 2016 pada esok 31 Julai 2016. Jadi masing-masing ada task masing-masing, dan Ummi bertugas untuk menyediakan kad jemputan. Masa buat kad ini, banyak yang terlepas pandang, tapi dah jemput pun. So, kira halal lah.  Tarikh smeua betul, cuma yang salah tu adalah nama cafe “Restoran Ummiza” sepatutnya “Ummiza Cafe” , dan “Majlis Hari Raya Aidilfitri” sepatutnya “Gathering Kelab Blogger Ben Ashaari” . 

So , mana  yang silap tu mohon ampun dan maaf yer semua ajk yang terlibat. Walau bagaimanapun setakat hari ini kerjasama daripada ahli komuniti kelab blogger ben Ashaari sangat baik. Sebab tu sangat sayangkan kelab ini. Semua blogger memberikan kerjasama dan saling ambil berat satu sama lain. Rugi siapa tak join Kelab Blogger Ben Ashaari tau.. 🙂 

stock-vector-an-islamic-greeting-card-template-for-holy-month-of
KAD JEMPUTAN GATHERING KBBA9
IMG-20160729-WA0004
BANNER YANG DI PILIH AKHIRNYA SANGAT MENARIK

¥So, hasil daripada perbincangan ajk dan semua ahli kelab, akhirnya design ini dimuktamadkan. Gathering Raya Kelab Blogger Ben Ashaari di Jenderam Hulu akan ditaja oleh senarai berikut. Terima kasih kepada semua penaja yang sangat berbesar hati meraikan kami semua.

Penaja Lokasi & Makanan UMMIZA CAFE
Penaja Burger SECONDITEM BURGER BANTING
Minuman Rasmi Oleh YEO’S MALAYSIA
Penaja Hamper Utama :
COSMODERM
TIGERUS
FATA BESTARI HOLDING

Bagi semua yang berminat nak tahu tentang sponsor kali ini boleh  melawat IG mereka seperti di bawah :

@ummizacafe
@yeosmalaysia
@cosmoderm
@dr.tigermilk
@fatabestari
@seconditemburgerbanting

Terima Kasih Rakan Penaja, semoga majlis esok berjalan lancar hendaknya.  Amin

Part 3: SUASANA HARI RAYA

Mood raya..SUASANA HARI RAYA

Jom nyanyi sikit menyemarakkan suasana hari raya.

Hai selamat hari raya
Kami semua ucapkan
Menikmati hidangan
Yang kami sediakan

Sila jamu selera
Dengan bermacam hidangan
Pilih yang mana suka
Sila janganlah segan

Rasalah ketupat ini
Dengan rendangnya sekali
Sudilah rasa kuihku
Pilihlah yang mana satu

Hai… di hari begini
Kita menjamu selera
Kita bermaaf-maafan
Di suasana hari raya

tags:Lirik Lagu Raya – Sharifah Aini Suasana Hari Raya

Eh….meriahnya…
Kami pagi-pagi lagi lepas solat sunat, terus bersalaman dengan adik beradik yang ada. Lepas tu, kami sekeluarga terus keluar untuk berhari raya, menziarah adik beradik yang lain.

Bermula dengan rumah pakcik Mahadzir, Rumah mak Nana a.k.a adik ipar yang seorang. Seterusnya kami singgah ke rumah mak ngah, tapi tiada orang maka perjalanan seterusnya ke rumah arwah wan dan tok. Di sini hanya tinggal mak njang dan sebelah rumah mak njang ada rumah pak ndak. Huish…makan jangan di kata kalau tak ingat pesanan jurulatih fitness seorang ni, mesti dah melantak sakan. Mujurlah terbaca wassap ucapan selamat hari raya daripada sahabat yang seorang ini. Beliau adalah Tuan Aizat Razak. Ada yang kenal?

MENU MASAKAN DI PERLIS

Sepanjang hari kami disajikan dengan ketupat palas, nasi tomato laksa dan bihun goreng. Ini antara makanan berat..yang tepi-tepi belum lagi. Huhhhh…kalau nak makan boleh pecah perut ini. Beringat!! Ala…gambar tak sempat nak snap, faham-faham lah..ramai kan tentera Ummi kena layan..hehehe tak menang tangan.

Dari pagi kami keluar, sehinggalah jam 530 petang kami sampai di rumah. Masyaallah penat sangat, tapi seronok dapat berjumpa sanak saudara. Yang best lagi, lama tak jumpa tu yang banyak cerita. Balik jer, terus siapkan diri dan solat, last-last tengah bf adik Zakkir,Ummi sekali terlelap.

Jaga jer malam tadi dah jam 810pm. Tu pun sepupu datang ke rumah. Kak cik Fiza. Dan la sempat sat, tengah mamai bangun tidur kan..hehehe last tetamu malam ni anak saudara dari belah ayah. So, sekarang baru dapat rehatkan badan dan layan Mak Cun P New York. Okaylah, esok sambung lagi story raya ke dua.

GALLERI RAYA PERTAMA UMMI 2016

IMG_20160706_102442

IMG_20160706_134523

IMG_20160706_162819

PicsArt_07-06-12.52.39

PicsArt_07-06-10.23.49

PicsArt_07-06-10.25.34

Terima kasih kerana sudi melayan gelagat kami di kampung.

ARTIKEL BERKAITAN

Part 1: PERSEDIAAN MENYAMBUT RAYA

Part 2: SOLAT SUNAT HARI RAYA

MAJLIS BERBUKA DI SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR

MAJLIS BERBUKA PUASA DI SERI PACIFIC HOTEL KUALA LUMPUR BAGI UNIT WARAN TANGKAP TRAFIK BUKIT AMAN

16.6.2016 Majlis berbuka puasa di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur dengan sahabat di pejabat. Ini unit kecil kami. Unit Waran Tangkap. Yang best, kami ad hoc sahaja. Bincang-bincang terus jadi. Yang bestnya kami memang sehati dan sejiwa. Pangkat di bawa masa pejabat sahaja, luar masa kerja kami tetap baik dan saling hormat. Teringat seorang staff unit uniform lain.

PicsArt_06-20-09.35.02

“Puan, best la polis tak berapa kira pangkat. Kami kat luar pun tak boleh nak dibenarkan bergaul mesra dengan pegawai atasan”

“Ya ke? La…pangkat tu bawa sekejap jer, tapi ukhwah selamanya.Jadi apa sangat pada pangkat kan!”

Itulah, lain orang lain yang di fikirkan..lain yang di bawa untuk di fikirkan.

Kami yang kaki motor konvoi dari Bukit Aman jam 6.00 petang dan sampai jam 6.20 petang.  Ummi dengan husband, Asp Aziz, Lkpl Jaidi dan Lkpl Erkhman kami pergi dengan motor. Walaupun naik motor, waktu ni peak hours, orang ramai nak balik berbuka puasa.

Masa sampai Sjn Saroji dah ada, tak lah kami terjengah-jengah cari meja. Sjn pilih lokasi kat luar ball room sebab lagi mesra suasana. Di dalam ball room ada majlis Ydh Dato Maznah Hamid (Securiforce).

Yang paling lewat sampai dan paling cepat balik tak lain tak bukan Konst Nadia!! Hish memang nak kena tarik telinga!

PicsArt_06-20-10.55.13


MAKANAN YANG DISAJIKAN SEDAP

PicsArt_06-19-04.41.04

Jpeg
Makanan yang disediakan paling special di SERI PACIFIC HOTEL KL adalah Sup Gear Box. Menang jadi rebutan ramai. Dan sup kat Seri Pacific memang best, Ummi makan dengan roti… fuh.. berpeluh.. sedap owhhh.

Lain-lain makanan yang disediakan, Mee Wanta, Mee Sup, Murtabak, Spagettti, Nasi Kandar, Kambing Golek, Barbeque, Steamboat, Popia dan lain-lain lauk pauk dan kuih muih. Anak-anak pula suka sebab ada ice-cream. Air banyak juga yang disediakan(tak sempat nak snap gambar).


SPECIAL DI SERI PACIFIC HOTEL KL

Special Majlis Iftar kami tahun ini, kami di serikan dengan penyanyi khas dan juga clown! Eh…lagu-lagu yang disampaikan khas dinyanyikan untuk kami atas permintaan. Sebenarnya, majlis ini juga sebagai tanda penghargaan atas kerjasama pegawai dan anggota selama berada di Unit Waran. Selepas Cawangan Trafik di naikkan taraf kepada Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, kami semua akan melalui satu proses rombakan. Ummi sendiri daripada Pegawai Zon Sabah Waran Tangkap selepas ini akan bertukar ke Pegawai Urusetia Kawalan Dan Lalulintas.. Ehmm..pasti merindui suasana tenang dan kemesraan di Unit Waran.


BUFFET RAMADHAN SERI FACIFIC HOTEL KL SELESA UNTUK SEISI KELUARGA DAN RAKAN-RAKAN

PicsArt_06-20-09.36.44

Duduk di Seri Pacific Ballroom untuk iftar selesa dan sesuai untuk bawa keluarga. Ruangnya luas bagi Ummi dan mudah untuk pergerakkan kita bila nak bawa makanan. Taklah risau baju lawa kena kuah. Bab ruang bagi 4 bintang. Bagi yang inginkan suasana relax, lokasi luar ballroom jadi pilihan. Santai.


Harga Buffet Ramadhan di Seri Pacific Hotel Kl

Pacific Ballroom :
Tarikh : 6 Jun 2016 – 5 July 2016
Harga : RM 98 (Dewasa) & RM 49 (Kanak-kanak)

Zenda Restaurant :
Tarikh : 8 Jun 2016 – 4 July 2016
Harga : RM 128 (Dewasa) & RM 64 (Kanak-kanak)

Ummi belum cuba di Zenda Restaurant, bagi yang berkesempatan mesti cuba. Suasana yang disajikan lagi best.

Selamat berpuasa hari ke 14
( 20 Jun 2016 )


ARTIKEL BERKAITAN:

http://ezzaazlan.com/2016/06/22/zende-restaurant-buffet-ramadhan-seri-pacific-2016/

Seronoknya 45 Orang Anak Yatim Iftar di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur

BAGAI ANJING DENGAN KUCING

PicsArt_06-19-10.47.24

Amboi peribahasa Ummi pagi-pagi ini. Ini lah Angah dengan Cik Sarah. Jarak Umur mereka dekat. Angah lahir 3.2.2013 dan Cik Sarah 12.11.2014. Setahun jer beza, sebab tu mereka dua ini sangat mudah jelous satu sama lain.

Tapi, dalam diam, Angah dengan Cik Sarah paling loving couple la kata orang. Masa perang jer , yang macam anjing dengan kucing…kau cakar akau aku cakar kau..tapi bila feeling-feeling sayang…serah kat depa dua orang.

Lagi satu bab bergambar, apa pun mesti nak bergambar bersama. Dua-dua nak beraksi depan camera. Haishhh, tu la kata orang tua kan… adik beradik macamana sekalipun seperti Air Dicincang Tak Putus.

Kita yang besar dan dewasa pun adakala rindu adik beradik kita kan..Setuju?

Jadi sempena nak raya ini Adik telefon la Abang yang lama merajuk, dan sebaliknya, Abang pun hadiahkanlah adik lelaki songkok ke atau adik perempuan sehelai selendang. Pasti kenangan zaman kecil menerpa di jiwa muncul di banyangan mata.

Jauh yang dekat-dekatkan, yang dekat lebihkan kasih sayang.

Salam Ramadhan ke 12.


ARTIKEL BERKAITAN:

umminani.com/2016/06/senyuman-mak-kebahagiaan-anak

shiqeensattar.com/mainan-kanak-kanak

umminani.com/2016/06/cik-sarah-anak-perempuan-tunggal-suka-melaram-dengan-baju-abang-abang

Dahsyatnya Sedekah di Bulan Ramadhan

Dahsyatnya Sedekah di Bulan Ramadhan

Dahsyatnya sedekah di bulan Ramadhan. Bulan ramadhan adalah bulan ibadah. Setujukan jika Ummi katakan bahawa bulan ini sangat menguji kesabaran kita? Bukan sahaja ujian makan dan minum, malah ujian untuk kita jadi lebih baik.

Ada antara kita diuji dengan tahap kewangan yang merudum, dan ada yang diuji dengan kekayaan. Namun, keduanya mudah bagi Allah swt.

“Jika kamu bersyukur kepada ku, InsyaAllah akan aku lebihkan rezeki kamu.” ~ Sudah bersyukurkah kita hari ni??

Dan Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah.

Oleh sebab itu, cuba perhatikan berapa ramai yang menaja majlis-majlis iftar untuk anak-anak yatim, orang-orang tua dab gelandangan berbuka puasa. Jika itu yang mereka mampu, bagaimana pula kita?

Kita mampu menyenaraikan perbelanjaan untuk keluarga kita beraya dengan baju-baju cantik, tapi ada kita peruntukkan sebahagiannya untuk bersedekah? Ada? Alhamdulillah. Namun, masih tak tahu di mana ingin salurkan sedekah itu?

IMG_1960

Hari ini Ummi nak berkongsi tentang sedekah atau wakaf telekung Siti Aishah

Pakej Wakaf Telekung :

Pakej wakaf telekung RM35.00 Dewasa RM30.00 kanak-kanak bagi sepasang telekung.

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة ، وغلقت أبواب النار ، وصفدت الشياطين

“Jika datang bulan Ramadhan, pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup dan setan-setan dibelenggu.” (HR. Bukhari no.3277, Muslim no. 1079)

Bulan ramadhan adalah bulan untuk berbuat kebaikkan. Dimana telah dijanjikan bahawa setiap amalan dan sedekah itu akan di gandakan 70 kali ganda pahala dan ganjaran daripada Allah swt. Maka, tidakkah bulan ini bulan terbaik dalam melakukan kebaikkan dan pahala berganda bagi menutupi segala dosa-dosa dan kekhilafan kita selama ini.

Jadi pilihan di tangan kita samada menyegerakan sedekah atau melambatkan ibadah.

Bagi yang ingin berwakaf:

Wakaf boleh dilakukan secara online di MAYBANK

Nama:DORRUE SDN.BHD.

Nombor Akaun: 562 151 000859

Email : dorrue@gmail.com

Semua rakan-rakan yang nak berwakaf boleh hubungi:

Pejabat : 03- 61841662/667 

Tuan Mohd Zaharuddin 019-6821965 

Cik Puan Wan Farah 013-3358570

Cik Puan Norlida013-2250751   atau 

 Cik Puan Rozita 013-3061175

Sahabat Ummi  yang berminat juga boleh pergi  sendiri ke alamat:

D’or Rue Sdn Bhd, 23,

Kompleks Kilang SME Bank,

Jalan SBC6, Taman Sri Batu Caves,

68100, Batu Caves, Selangor.

Subhanallah. Jangan SEDEKAH sekarang jika masih ragu-ragu akan ganjaran daripada Allah swt.

KOMEN UMMI

IMG_20160610_113230

PicsArt_06-15-09.58.30

Ucapan terima kasih kepada sahabat Ummi yang telah mengambil tindakan pantas dengan menyertai wakaf Siti Aishah samada melalui cash atau direct bank in kepada penganjur. Sehingga kini sumbangan wang tunai kepada Projek Telekung Wakaf Siti Aishah kepada Ummi untuk disalurkan ke Pihak penganjur berjumlah RM1380.00. MasyaAllah, Alhamdulillah bersyukur sangat atas kemuliaan hati mereka yang berwakaf. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

Artikel berkaitan:

WAKAF TELEKUNG SITI AISHAH

JOM SERTAI PROJEK WAKAF TELEKUNG SITI AISHAH

KERETAPI LAJU DARI BUKIT KETERI KE ALOR SETAR MENYERONOKKAN

PERJALANAN DARI BUKIT KETERI KE ALOR SETAR MENAIKI KERETAPI

Hari kedua dikampung kami mencari aktiviti seterusnya. Petang semalam kami dan survey lokasi dan harga, jadi terus ambik keputusan untuk jalan-jalan ke Alor Setar. Perjalanan kami dari Bukit Keteri ke Alor Setar menaiki keretapi adalah pengalaman pertama setelah stesen baru di Bukit Keteri siap awal tahun 2016.


CERITA DI KAUNTER TIKET STESEN BUKIT KETERI

PicsArt_06-13-04.29.40

Pagi tadi masa nak bergerak dari Stesen Bukit Keteri , sabar jer la..tak ada pekerja KTM di kaunter. Hampir 20 minit kami menunggu …fuh nak naik darah juga lah..boleh kaunter tutup macam tu jer sebab tak ada pekerja. Maybe KTM boleh buka peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat lepas ini kalau dah tak ada orang sangat nak kerja.

Dekat jam 10.00 pagi baru lah nampak kelibat ada seorang pekerja. Terus pekerja tu ke kaunter tiket. Niat nak bising juga lah..memandangkan pekerja tu pakcik tua, terus tak jadi, sebab kasihan. Okay harga tiket pula, dari Bukit Keteri ke Alor Setar, dewasa RM4.80, warga tua dan kanak-kanak berusia 4 tahun sehingga 12 tahun RM2.40. Murah jer kan…so total kami semua hanya RM14.40 sahaja sehala.


SEPANJANG PERJALANAN PERGI KE ALOR SETAR

PicsArt_06-13-04.30.45

Berada dalam komuter di Perlis ini sangat selesa. Tambahan lagi hari kerja. Dalam komuter ini anak-anak buat macam depa punya coach sendiri. Sebab tak ada orang.

Perjalanan kami mengambil masa selama 30 minit sahaja. So masing-masing enjoy sangat dengan short journey ini.


HARGA TAMBANG TEKSI YANG TIDAK TETAP

PicsArt_06-13-04.32.54

Kami sampai lebih kurang 1050pagi. Sampai di stesen Alor Setar, kami ambil teksi.

“Pakcik berapa tambang ke Aman Sentral?”
“RM12.00” “Pakcik,selalu naik RM10.00 saja ,awat RM12.00” “Boleh la..Rm10.00”

Nampak dak cara letak harga di sini? Haihhh, SPAD kena pantau ini, ada ke patut macam ini. Boleh pula tawar menawar, elok sangat kalau pakai meter, pelanggan puas hati pemandu lebih berintegriti.


AMAN SENTRAL SATU PUSAT BELI BELAH YANG MENARIK

PicsArt_06-13-04.34.15

Kami ke Aman Sentral satu pusat beli belah yang menarik di Alor Setar yang terletak betul-betul berhadapan dengan Menara Alor Setar. Di Aman Sentral, daripada niat tak mau beli apa-apa, kami jalan-jalan jer la.

Tapi tiba-tiba, Mr Suami masuk kedai BATA, anak-anak pun ikut. Dah masuk, bukan 1 kasut di beli tapi 4 pasang. Abah beli 1 , Along dengan Angah beli sandal sorang 1 dan Cik Sarah beli kasut FROZEN 1. Total depa shopping kasut raya RM238.70. Belian kat BATA sempena raya dapat baucer RM50.00 bagi setiap RM90.00 yang di belanjakan. Jadi kena pandai kira sebelum bayar. mungkin kita bakal dapat 1 kasut FREE daripada BATA hasil daripada belian kasut lain.

Selepas itu, kami jalan-jalan pergi PARKSON. Abah depa beli baju raya. Jalan sana – jalan sini dapat la 3 helai baju. Alang-alang dah mai,beli terus sebab jimat masa untuk shopping kat KL nanti.


PERJALANAN BALIK KE BUKIT KETERI,PERLIS

Lepas tu, kami balik semula ke Stesen Keretapi Alor Setar juga naik teksi. Harga teksi sama juga, pakcik teksi ingat kami orang luar nak kenakan RM12.00 juga, dialog sama macam tadi. Itu sebab SPAD kena ambil tindakan ketetapan harga teksi, supaya tidak ada penumpang rasa tertindas.

Tiket perjalanan kami jam 1.52 petang untuk balik ke Bukit Keteri, Tapi agak lewat komuter sampai, dalam 2.05 petang baru tiba di stesen. Kami sampai di Bukit Keteri jam 2.45 petang.


KESIMPULAN SEPANJANG PERJALANAN SEHARIAN KAMI KE ALOR SETAR

Kesimpulannya naik keretapi/komuter dari Perlis ke Alor Setar tidak memenatkan malah lebih cepat. Cuma harga TEKSI sahaja yang tidak tetap sedikit ada keraguan menggunakan teksi di stesen keretapi Alor Setar.

Suasana ketika ini sangat menarik. Di kiri kanan kami dapat lihat sawah padi yang menghijau. Sedap mata memandang dan dapat rasai kesegarannya. Masyaallah indahnya ciptaan Tuhan ini.


PERJALANAN BALIK YANG SERONOK UNTUK ANAK-ANAK WALAPUN KELETIHAN

PicsArt_06-13-05.24.37

Semua kepenatan sehingga tertidur. Tengoknlah kat gambar tu, Angah dah terlentang tak sedarkan diri. Adik Mudzakkir memang tidur lena tanpa sebarang masalah. Ada masa nanti boleh bawa mak dan anak-anak jalan. Satu perjalanan yang singkat dan menyeronokkan. 😄

APA ITU SHARING SMILES??

13330313_10209191742286860_11493124_n

APA ITU SHARING SMILES??

13230056_574903306014208_3188783502853032859_n

Sharing smiles adalah satu program kemasyarakatan yang mana kerjasama dengan beberapa penaja. Antara penaja yang terlibat adalah NEFFOS, MAMEE  dan SANTAI TRAVEL sebagai media rasmi program ini. Tujuan diadakan Projek Smiles adalah untuk melihat lebih ramai yang tersenyum. Semua orang pasti pernah makan MAMEE kan? Bila kita semua makan MAMEE, rasa satu kepuasan dan kegembiraan betul?? Sebab tu MAMEE DOUBLE DECKER MALAYSIA sangat berbesar hati untuk menjadi penaja utama bagi Program SMILES yang diadakan di Bukit Broga baru-baru ini.

IMG_20160521_091501

Ummi teruja nak melihat lebih ramai orang tersenyum sebenarnya. Dan sebab itu, bila salah seorang team blogger offer siapa boleh bantu untuk siapkan banner, kebetul masa tu memang Ummi free tu yang tolong mereka siapkan design banner tersebut. Dan gambar banner itu  sedikit  diubahsuai untuk menampakkan lebih menarik oleh pihak penganjur. Ummi walaupun tidak terlibat sepenuhnya, tapi rasa seronok sebab untuk kita memberi tidak perlukan modal yang besar, cukup sekadar sokongan seikhlas hati.

Dengan sokongan banyak pihak program tersebut di namakan : “SHARING SMILES WITH MAMEE”. Mamee melakukan kelainan dengan mengagihkan produk mereka di Puncak Bukit Broga. Satu kelainan dan lepas ini manalah tahu puncak Kinabalu pula kan..

daki

Yang menariknya, MAMEE bersemangat mendaki bersama pendaki diringi oleh maskot  MAMEE MONSTER dan MISTER POTATO!!! … Comelnya maskot depa! Pasukan projek dengan semangat juang yang tinggi memikul lebih kurang 10 kartoon makanan dari kaki bukit ke puncak Bukit Broga.

Besar pengorbanan mereka mengharungi jalan yang becak dan licin kerana pada malam sebelumnya hujan.

Pelbagai jenis snack MAMEE seperti Mamee Monster, Mister Potato, Corntoz (paling ummi suka yang vanilla), Mamee Chef dan air Cool Tea diedarkan bagi menghilangkan dahaga dan penat mendaki. Wah..best lagi siapa yang mendaki pagi tu dapat Tshirt NEFFOS (PERCUMA), dan hadiah cabutan yang amat best iaitu NEFFOS C5 dijadikan sebagai hadiah.

Panjang dah bercerita mesti nak tahu apa objektifnyakan…. ?

OBJEKTIF “SHARING SMILES WITH MAMEE”

“Projek Smiles ini bertujuan berkongsi senyuman dengan rakyat Malaysia di mana setiap mereka yang ditemui diberikan snek Mamee secara percuma khsusunya kepada sesiapa sahaja yang berjaya sampai ke puncak Bukit Broga. Dan ia juga merupakan satu aktiviti senaman awal pagi bagi memelihara kesihatan,” jawab Rosmadi Shakri ) Pengarah Projek Smiles.

IMG_20160521_091234

13332955_242223482806419_3752687759988550395_n

Lastly, Ummi rasa seronok melihat ramai yang tersenyum  gembira pada pagi tersebut. Kami yang menyaksikan merasakan penuh kebahagiaan dan Tahniah adik yang berjaya memenangi cabtuan bertuah NEFFOS C5 tersebut (tak tahu nama, sebab tak tanya!). Lain kali ada masa dan peluang dengan kerjasama ramai lagi bloggers dan rakan-rakan media lain diharap kita dapat melakukan aktivit seperti ini lagi.. Kebahagiaan sebenar apabila kita dapat memberi…. “Memberi kan lebih baik daripada menerima”.

Artikel berkaitan :

 

Sharing Smile Bersama Mamee di Bukit Broga Anjuran Blooggers Media

 

 

 

“Nak kenai dak Kembaq Ceq Yang Macam Aiswarya Rai”?

“Nak kenai dak Kembaq Ceq Yang Macam Aiswarya Rai”?

Siapa Si Dia tu ?? Kena baca sampai habis.  Kegiatan luar dalam PDRM yang temukan kami. Si Dia ini kebetulan memang anak didik Dr Azizan Osman juga. So, banyak persamaan jug dengan Si Dia ni. Kalau p mana sejak kebelakangan ini mesti orang kata muka kami sama.. sama ker?

Seminar JPPW

Seminar ini pada 16 Mac 2016, sebenarnya Ummi naik kerja pada 17 Mac. Tapi takper, sehari jer kan, pergi jer seminar dan boleh cover cuti semua lepas tu sebagai ganti.. Seronok berseminar sebab masa ini la dapat jumpa semua pegawai wanita hebat-hebat dalam PDRM. Dan pula kami ni adalah orang-orang yang bakal menggantikan mereka suatu hari kelak.

Jpeg

IGP DIAJAK SELFIE

Sepanjang seminar ini ada beberapa perkara di bahaskan. Tapi bukan isu tu yang nak cerita disini, isunya pegawai kanan ajak IGP selfie.. okay..bukan IGP jer, DIG pun kena selfie dengan pegawai wanita yang cun-cun nih.  Tapi dalam banyak-banyak perjumpaan JPPW yang last year best. Sebab masa tu buat di Gemenceh, team building. Sehingga kini masih akrab lagi. Entry lepas tak jumpa..

Jpeg
Jpeg

SHIQEEN SATTAR  ini kembaq Ummi dalam PDRM dan juga blogging. Jumpa SS pun masa team building last year 2015. Suara sedap owh menyanyiii… dan nak tahu ? SS ini memang selumber tau.

Kenangan paling best ..ingat masa JPPW kali ini

“Oiii Nani pinjam henset hang, henset aku habis bateri!”

Ingat nak p mana la si SS ini…rupanya tu dia… dia p selfie dengan KETUA POLIS NEGARA. Hadoiii, memang selumber kak oii.. Takper seminar wanita IGP kita bagi muka kan.. 🙂

Gambar kat bawah ini pulak dengan riangnya SS bawa Swarovski Hijab dan buka dia jual, tapi mulut- ke mulut bercerita, last-last dapat order..nah! Sekali ha… kiri kanan dia untung tu:) Memang otak menega tu ada! Cayalah SS. Hebat. Siapa nak order boleh cari SS yer.

Jpeg

Fuh , seminar dah la best. Best lagi sahabat yang pergi seminar juga sama jer otak..

Nak kongsikan pic dinner malam tu 1 jer.. ehm.. Jangan heran kenapa muka kami jer, sebab banyak aktiviti memang kami bersama. Tapi bukan la semua. Malam Dinner JPPW kali ini Ummi kenakan Swarovski Hijab by SS juga. Ada yang kata nampak kami macam sama.. sama ke? Hish.SS ni muka cun kot… lain daripada Ummi muka kembang dah macam sireh terlebih besaq.  🙂

Jpeg

Thank SI DIA- SS sudi berkawan dengan kita. 🙂 hahaha ayat win betul 🙂 .