PROGRAM AMAL DI PUSAT JAGAAN MAHMUDAH

Semalam Ummi dengan anak-anak dan beberapa rakan blogger kelab Ben Ashaari pergi ke sebuah rumah penjagaan orang tua-tua di Semenyih bagi program amal bersama kelab prihatin Putrajaya. Pusat jagaan ini dinamakan Pusat Jagaan Mahmudah. Program seperti ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan kasih sayang antara kita dan warga tua. Penghuni disini dalam kira-kira 23 orang , lelaki dan wanita. Penghuni paling muda disini berusia 40tahun.

SIAPA MEREKA?

IMG-20160529-WA0029

Mereka disini adalah antara orang tua-tua yang telah tinggal sebatang kara, tiada lagi saudara mahupun anak untuk menumpang kasih. Namun, ada juga sebilangan mereka yang ada anak-anak tetapi tidak mampu menjaga orang tua mereka kerana kekangan ekonomi. Ada dikalangan mereka yang tinggal disini, anak-anaknya bertaraf asnaf. Malah, tidak dapat dinafikan ada juga yang mempunyai anak, tetapi tidak dapat menjaga ibu mereka.

Kerjasama daripada pihak Jabatan Kerja Sosial Hospital Ampang sangat membantu dan boleh di ambil iktibar. Ada penghuni disini adalah daripada kalangan ibu ayah yang tiada waris sebelum dimasukkan ke hospital, dan bila dapat keluar daripada ward tiada waris yang menuntut. Jadi Jabatan kerja sosial Hosp. Ampang aka mencari dan memberikan mereka bantuan penempatan yamg selamat. Tahiah kepasa Hosp. Ampang.


KEMUDAHAN SEDIA ADA

Apa yang Ummi lihat, disini kemudahan sedia ada sangat memudahkan ibu ayah disini. Cuma jika ada lebuh bantuan, insyaAllah dapat memudahkan lagi mereka disini. Jom tengok bilik mereka.

PicsArt_05-29-11.11.11


APA KEPERLUAN MEREKA DI PUSAT JAGAAN MAHMUDAH?

Sepanjang sehari kami di Pusat Jagaan Mahmudah ini, apa yg diperhatikan ibu ayah disini memerlukan bahan-bahan seperti :

  • Beras
  • Gula
  • Susu
  • Wang ringgit untuk kos pembaikan.

PicsArt_05-29-11.07.43

  • Tiles untuk di penuhkan dalam bilik tidur – kenapa perlu tiles? 

“Mak ayah disini, ada yang nyanyuk ada yang OKU, kurang tenaga untuk bergerak pantas. Jadi, mereka memerlukan pampers untuk keperluan harian. Ada kala yang mana tak sempat nak di tukarkan, ada yang terkencing, terberak  dsbnya, maka dengan adanya tiles, sangat membantu proses untuk mencuci. – Encik Sazali”


SIAPA BOLEH MELAWAT KE PUSAT JAGAAN MAHMUDAH INI?

IMG-20160529-WA0025

PicsArt_05-29-11.01.45

Sesiapa sahaja boleh melawat pusat jagaan ini. Tak.kira lah, aktiviti daripada badan kerajaan, NGO, kelab atau personal. Maka, berminat nak datang meraikan ibu ayah disini di bawah ini ada sikit info : 

Alamat : Lot 459/5, Kampung Sungai Purun Batu 1 1/2, Jalan Bangi, 43500 Semenyih Selangor.
Telefon : 019-9777419 / 019-2123757 / 017-3786804
Itu sahaja, sangat dialu-alukan bagi sahabat Ummi yang berminat hubungi Pusat Jagaan ini dan pergi kesana untuk menceriakan mereka. Bukan wang ringgit jadi keutamaan,tapi keikhlasan.
Okay, sebelum kemana-mana hadiahkan al­ fatihah untuk mereka disini dan ibu ayah kita semua. Al fatihah.

12 thoughts on “PROGRAM AMAL DI PUSAT JAGAAN MAHMUDAH, KG. SUNGAI PURUN SEMENYIH”
  1. tak berkesempatan lagi untuk datang ..insyaallah satu hari nanti ..kdang sedih jugak kalau tengok orang tua yang anak sndri pun tk mampu nak jaga.. huhu

    1. Lisa boleh pergi anytime..insyaallah ada masa nnt boleh pergi. kadang anak bukan tak nak jaga, maslaah logistk..apapun doakan mereka yang terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *