MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM BAITUL KASIH
Malam tadi ada Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Baitul Kasih oleh Persatuan Pereka Fesyen Muda (YODA) & Persatuan Seniman Malaysia 2016 bertempat di D’Arina Skyview, Kuala Lumpur.
Kawasan yang betul-betul strategik di tengah kota. D’Arina Skyview baru sahaja di lancarkan awal Jun lalu. Seronok yang amat anak-anak ini. Mereka terima duit raya dan dapat makan makanan yang sedap. Itu satu rezeki yang terbaik untuk mereka bagi meraikan Syawal yang bakal tiba.
D’Arina Skyview
Di D’Arina Skyview mengajikan masakan Melayu tradisional dengan memenuhi citarasa asli. Ummi suka sangat dengan masakan yang di sediakan, sedap. Daripada 5 bintang Ummi bagi 4 bintang, ikut kesesuaian lidah Melayu. Pelbagai resepi ada, daripada nasi minyak sehinggalah sup, sate dan ketupat rendang.
Kenapa Skyview?
Dari sini dapat lihat permandangan cantik sekitar kawasan KL. Boleh nampak KLCC suasana petang dan malam. Bercahaya dan cantik. Bila kita dah berada kat atas,pastilah angin sepoi-sepoi tu terasa…sungguh nyaman. Oleh sebab suasana yang menarik dan selsesa inilah yang membuatkan D’Arina Skyview ingin berkongsi dengan ramai orang keistimewaan ini. Bagi tawaran buffet syawal, pakej bermula daripada RM45.00 NETT untuk 100 orang. Jika siapa yang mencari lokasi untuk jamuan raya mahupun wedding atau majlis pertunangan, D’Arina Skyview mungkin salah satu wish list.
D’ Arina Skyview: Lokasinya terletak di Tingkat 20 Menara Arina Uniti , Jalan Raja Muda Abdul Aziz , Kuala Lumpur.
Untuk tempatan atau info lanjut , boleh telefon 03-2202 7353 atau whatsapp 017-229 4669.
MAJLIS MERAIKAN ANAK YATIM
Rumah anak yatim Baitul Kasih menempatkan anak-anak yatim dan juga asnaf. Seusia mereka ini sepatutnya mereka bersama keluarga, namun siapalah kita. Ketentuan mereka di hadapan Allah swt dah tentukan,manalah tahu ada yang boleh jadi jutawan dermawan kelak. Mari sama-sama kita doakan.
KERJASAMA DENGAN PERSATUAN SENIMAN , YODA DAN USAHAWAN
Majlis semalam menggabungkan beberapa badan sukarela, NGOs serta kelab blogger Ben Ashaari. Alhamdulillah masing-masing memainkan peranan dan majlis berjalan lancar. Menurut Puan Norhimah Aziz, kerjasama ini sangat bagus bagi menjalinkan hubungan dengan pelbagai pihak. Di samping itu anak-anak yatim juga terhibur dengan nyanyian oleh penyanyi baharu dan lama.
Semoga usaha sama lebih ramai orang , bukan sahaja pada bulan ramadhan akan menyumbang kepada rasa bahagia di hati anak-anak yatim dan golongan asnaf. Amin
BERSAMA 2 RATU EZZA AZLAN & SHIQEEN SATTAR
meriahnya….mesti seronok budak 2 tu
Alhamdulillah…. Aktif betul kelab blogger Ben Ashaari buat aktiviti amal pada bulan Ramadhan…. Semoga beroleh ganjaran pahala di sisi Allah S.W.T…
Tak sempat rakam video dgn anak2 Baitul Kasih.. huhuhu