Ehm,masih mood berfamily day ni. Hahahah ampunkan mak! Banyaknya entry yer nak..Bukan apa benda seronok serius syok nak share, dan banyak lagi story nak tulis ni. Okay, straight to the point, hari Ahad pagi sebelum bersiap untuk balik, kami semua ada aktiviti terakhir iaitu, berakit. Atau orang putih kata sea rafting. Kali ini nak cerita kami Berakit dan belajar skuba. Jom teruskan membaca.
Aktiviti kali ini agak mencabar kerana semua peserta dalam kumpulan kena lakukan sendiri proses menyediakan rakit. Bahan-bahan disediakan oleh pihak Legend Cherating Beach Resort : Legend Cherating Beach Resort Lokasi Pilihan Family Day KBBA9.Cuma peserta hanya perlu ikat dan bawa rakit ke laut.
Masing-masing gigih mengikat rakit masing-masing. Group Bravo yang ada abe Que ini sangat cermat, siap lapit buluh dengan pelampung supaya mudah diikat. Nampak kreativiti mereka disini. Group alpha, yang salah seorangnya Aben pula beruntung sebab ada kak Moha, pandu puteri yang sangat bijak buat ikatan yang kemas dan cantik je.
Manakala, group Charlie pula, mereka antara yang pantas dan bersaing dengan Bravo. Kiranya masa nak pasang ni, dua group ini bersaing sengit. Hhahaha ulasan daripada Ummi sebagai pemerhati.
Mr Suami dengan kak Tati bersungguh mengikat. Kerjasama 2 orang ini Ummi puji sebab ikatan depa juga antara yang kemas dan tersusun je. Boelh bagi 3 bintang daripada 5 bintang.
Ha, ini dia rakit group Charlie, kami penyokong group Charlie la, sebab Mr Suami ada disini. Jadi , lepas ni masanya nak berakit ke laut..jom kita tengok apa yang jadi.
Ini model pemberi semangat dan penyokong group Charlie. Lupa nak bagitau, masa main kat sini, tanah merah ni amat memberi kesan pada baju tau. Balik rumah Ummi cuci dengan Zing Detergent Film yang mana Ummi ada share Review zing detergent film, mujarab untuk baju sekolah.
Sampai masa untuk berakit di laut
Dah siap depa posing dengan rakit masing-masing kena la angkat ke laut, boleh tahan jarak tu jauh juga dalam 100 meter kena lari. Syukur orang KBBA9 semua kuat-kuat stamina boleh tahan depa ni.
Baguskan aktiviti disini, semua nampak bekerjasama. Kata Mr Suami, ikutkan keluarga pun kena ada family day macam ni..yang mana jauh tu boleh didekatkan. Barulah hati bertaut semula.
Masa kat tengah laut ni, Charlie mendahului, lepas tu Bravo u turn dulu.. kiranya sampai ke penamat Bravo la, sebab diaorang tangkas dalam iar. Manakala Alpha pergi senget merata-rata. Hhehehe, macam -macam gelagat tau!
Meleraikan rakit la pula!
Kalau tadi semua kena bekerjasama untuk memasang rakit, kini nak kena leraikan dan letakkan semula seperti mana asal. Dan kat sini Bravo kalah sebab lambat buka ikatan. Dan secara keseluruhannya pertanding Sea Rafting atau berakit di laut ini dimenangi oleh …. rujuk gambar dibawah.
Juara merakit hari Ahad lalu..wah tahniah, dah la siap awal pasang, buka pun paling awal buka dan leraikan semula rakit..terbaiklah Group Charlie.
Hasil daripada aktiviti ini amat memberansangkan. Selain stamina, kumpulan jga belajar bekerjasama dalam kumpulan dan yang pastinya mereka yang tak pernah tahu bagaimana nak merakit atau berakit , lepas aktiviti ini dah tahu dah. Kiranya pengalaman indah la buat aktiviti ini termasuk kepada MrSuami. Serius bila buat dalam keadaan suka, bahagia dan gembira , hilang penat. Seronok bukan main.
Ini aktiviti terakhir kami di sini, dan selepas tu masing -masing berehat dan blogger sambung pula aktiviti dengan kelas Scuba oleh Muck Dive.
Berakit dan belajar skuba : Kelas Skuba Oleh Muck Dive
Ehm, masa kami dapat taklimat tentang Skuba ini sangat excited nak cuba.Malangnya, coach tak bawa banyak, jadi bagi peluang kepada bebrapa peserta sahaja untuk mencuba. So, kalau korang pergi Kuantan atau Cherating boleh contact Muck Dive okay!
Ema group Bravo…masa dalam laut..sampa serak suara…jerit kiri kanan..kiri kanan… sampai ke pantai..semua diam membisu..dah habis tenaga..lebih-lebih lagi si Abe tu.
Wah..bestnya
Best giler… gmbr tu yg buat excited nak join gak… xde rezeki nak join family day kali ni…
Baca je pun dah buat kita nk join sekaki..bestnya cherating
Teringin nak rasa naik rakit tu, bestnyaaa laa haii
Wahhh.. Bestnya tgk you buat rakit.. Hihihi
Best gilaaa weyy! Syoknyaa!!!