Bismillahhirahmanirrahmin, syukur alhamdulillah hari ini mood dah kembali tenang dan rasa bahagia menerpa dalam setiap sudut di jiwa. Biasalah sebagai manusia biasa, mana ada jiwa yang tenteram sentiasa. Hati  kita akan sentiasa di bolak balik. Namun begitu bersyukur ada lagi kesempatan menjengah blog Umminani.com ini. Kali ni Ummi Nani ingin buat review The Legend Cherating Beach Resort, termasuk bilik dan juga program yang ada disini.

Kalau ada yang ikuti blog Ummi, Ummi ada kongsikan kemeriahan kami semua mengadakan hari keluarga KBBA9 2017 disini. Penat terasa seketika, namun kerinduan yang menerpa jiwa masih terasa sehingga ke hari ini walaupun telah seminggu berlalu. Waktu-waktu bahagia disaat berada disana menerpa ke seluruh jiwa. Terasa sampai ke hari ini sejuknya angin malam ketika bercuti dan hadir untuk review The Legend Cherating Beach Resort  baru-baru ini. Sampaikan, kegembiraan saat percutian lepas dengan keluarga KBBA9 terbawa ke mimpi. Allahuakbar betapa Allah swt memberikan barakah dalam ukhwah KBBA9.

Menyingkap satu persatu gambar di telefon bimbit, terasa macam masih berada di sana. Gambaran gambar yang diambil ketika kesana untuk hari keluarga KBBA9 dan review The Legend Cherating Beach Resort sangat membuatkan hati ini melonjak -lonjak dan ingin kembali kesana.

Keadaan persekitaraan, suasana angin sepoi bahasa dan bilik yang ditawarkan amat lah menarik hati, membuatkan rasa jiwa nak kesana semakin bertambah. Mana tidaknya, melangkah masuk ke bilik Grand Deluxe yang di tawarkan kepada Ummi sekeluarga dah buatkan hati ini bagai jiwa kacau. Tambah dengan syukur di berikan bilik yang cantik, tiolet yang kemas denagn susun atur moden  dan susunan perabot yang teratur sangat menyuntik jiwa kami untuk kembali ke sana satu hari nanti.

Grand Deluxe Room 

bilik harga murah di cherating
Kelengkapan yang disediakan cukup lengkap termasuk cotton buds.
Pengunjung disajikan dengan minuman panas di setiap bilik yang disediakan.
Bilik Grand Delxe yang disediakan cukup luas dan boleh memuatkan sehingga 6 orang , 2 dewasa dan 4 kanak-kanak. Tak cukup katil, boleh tidur kat toto .
Sofa yang empuk bukan lagi milik Ummi abah jika bawa anak-anak bercuti ke lokasi menarik seperti ini.
The Legend Cherating Beach Resort mampu buatkan semua ahli keluarga tersenyum gembira.

Pesanan daripada Ummi :

Jika memilih untuk bercuti disini bersama keluarga dan mempunyai bajet yang seederhana, boleh ambil Bilik Grand Duluxe dan bawa toto atau lapik untuk ahli keluarga lain. Dan bawa juga selimut serta baju tebal jika bercuti disini. Ini pengalaman kami semua, bila malam menjelma dan jam menunjukkan 1 pagi orang dah kesejukkan yang amat sangat. Hinggakan 2 malam kami disini, terpaksa  “off” air cond sehingga pagi. Sejuk sehingga tak dapat melelap mata. Jadi, jika datang kesini bawa bersama jaket tebal dan stokin tebal untuk dipakai ketika berehat di malam hari.

Suasana dan suhu bilik yang teramat sejuk boleh menyebabkan malam di sini terganggu. Jadi, nak selesa pastikan kelengkapan seperti ini dibawa bersama.

Kedua, jika bercuti disini dan inginkan bilik privasi boleh mohon bilik yang ada pintu sambungan antara bilik. Jadi, ibu ayah boleh berada di satu bilik , manakala hero-hero lain boleh menikmati percutian mereka di blik berasingan.

Lain-lain bilik disediakan untuk pilihan pengunjung : 

Selesa, besar dan ruang sembang yang luas memberikan suasana yang cukup menarik.
Selesa, besar dan ruang sembang yang luas memberikan suasana yang cukup menarik. Sesuai untk private party dan mini reunion bersama rakan kolej.
Selain bilik utama ada disediakan bilik berasingan untuk anak-anak jika memilih bilik ini sebagai bilik percutian anda.
Selain menimati suasana di tepi pantai, dari bilik juga berpeluang menikmati suasana dan angin sepoi-sepoi bahasa.

Pelbagai pilihan bilik disedikan serendah RM180-RM2500 satu malam. Sebagai pengunjung yang bijak kita boleh menempah bilik mengikut kesesuaian program dan rancangan percutian. Jika dalam mood honeymoon dan inginkan private room, mungkin Penthouse boleh dijadikan salah satu bilik pilihan. Ianya juga sesuai jika datang dalam 4 atau 6 orang untuk berada dalam 1 pent house untuk merapatkan ukhwah silaturrahim. Semua kemudahan di penthouse di The Legend Cherating Beach Resort ini amat sesuai untuk satu percutian bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Selesa, besar dan ruang sembang yang luas memberikan suasana yang cukup menarik.

Jadi, jika masih merancang percutian pada hujung tahun ini, jadikan Review The Legend Cherating Beach Resort ini sebagai salah satu rujukan dan jadikan juga The Legend Cherating lokasi pilihan anda bercuti. Jika dah serius nak bercuti dan keluar daerah jangan lupa bawa : Cosmoderm Travel Pek Bersama !

Okaylah, boleh baca banyak lagi aktiviti yang dijalankan disini di linik berkaitan:

Family Day KBBA9 di The Legend Cherating Beach Resort

Boleh lakukan aktiviti di bawah sepanjang berasa disini :

Berakit dan belajar skuba di Legend Cherating Beach Resort

Melihat firefly dan menyusuri paya bakau 

Apa kata mereka ?

Jom baca review Mas Saari 

Untuk tempahan : 

Contact Person: Encik Meor (013-3319822)
Alamat resort:
The Legend Cherating Beach Resort
Lot 1290, Cherating
26080 Kuantan, Pahang Darul Makmur
6 thoughts on “Review The Legend Cherating Beach Resort Cherating”
  1. Best kan the legend..macam2 aktiviti dapat buat kat sana..tak puas lagi rasanya.. anak2 pastinya ngab aktiviti kolam renang..pantang nampak air kan nani.. nnt blh la repeat ke sini lagi .. Semoga kita dapat jumpa lagi nani.. teringat kat gelagat angah hahahaha..takle nak lupa dia marah umi dia rtu hahahahhaa.. garang noo takut cik lya tengok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *