Projek Wakaf Asrama Sek Rendah Integrasi Tahfiz Khalifah

Projek Wakaf Asrama Sek Rendah Integrasi Tahfiz Khalifah

Assalamualaikum, Bismillahirrahmannirrahmin. Ummi rasa bertanggungjawab untuk hebahkan tentang keperluan dan projek wakaf bagi Asrama Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Khalifah. Pusat tahfiz memerlukan bantuan dana untuk menaik taraf keperluan asrama mereka.

Keperluan yang diperlukan adalah bagi tujuan menaik taraf penapis air luar, mesin basuh kain, kipas syiling serta kipas dinding asrama. Bagi mereka yang berminat nak menyumbang dan wakaf  boleh wassap terus kepada Hajah Lily Madu :  wassap.my/60132023362

Sedekah tak semestinya wang ringgit, jika kawan-kawan yang baca entry kali ini tidak kemampuan untuk hulurkan bantuan kewangan, boleh doakan usaha ini dipermudahkan dan  sekolah rendah tahfiz ini mampu mencapai target yang diperlukan dalam tempoh yang singkat bagi mempercepatkan urusan menambah baik infrastruktur sekolah. Selamat memulakan sedekah. Semoga diberkati apa yang anda usahakan. Amin

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge