Huhuhuuu, nak share ni, kami tengah berseronok kat Legend Cherating Beach Resort untuk family day KBBA9 bagi kali ini setelah  yang berlalu beberapa bula lepas entry lepas disini : Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari Padat Dengan Ilmu dan Silaturrahim

Kali ini kami ber kampung di Legend Cherating Beach Resort  selama 3 hari 2 malam. Ini Ummi nak share excitednya hari pertama kami sampai di sini. Serius teruja sangat. Sekali yang menarik perhatian anak-anak adalah pool kat sini. Wah, sangat nyaman mata memandang dan lebih mengujakan bila dapat terjun! Ini permandangan bilik penginapan kami Bilik Ummi tu kat atas tu, level 3, bilik 337.

Pet Farm – Arnab Gebu-gebu tau!

Petang Jumaat (18/8/2017) kami sampai dalam jam 330 petang. Sampai sini terus rehat seketika, solat jamak dan anak-anak dah teruja nak turun ke pool. Tapi bila dah kat bawah nampak ada Pet Farm , berlari semua ke  arnab yang nampak  duk dalam kandang yang disediakan. Sampai jer sana, adik tak berani masuk. hehehe , masuk free tau, tapi makanan arnab kena beli 1 pek RM5.00.  Bolehlah kan, nak gembirakan arnab dan anak-anak kan.. hehehe

Tengoklah ni, gebu gebu tau..dan yang penting manja sangat. Semua friendly, boleh jer angkat kalau berani. Ana-anak arnab ni ada macam-macam warna, semua lawa-lawa .. geram aihh!

Geram sangat dengan gebu gebas ni.. bulu tebal. Yang penting mudah didekati dan mesra tetamu. So, budak-budak lagi lah excited. Angah siap nak tangkap seekor nak bawa balik . Adui lah angah oiii..memang pencinta alam!

Ada juga taman mainan yang simple jer  untuk anak-anak. Bolehla singgah sekejap untuk main-main dan tenangkan aak-anak yang nak main atau dalam keadaan teruja gitu.

Swimming Pool di Legend Cherating Beach Resort 

Swimming pool kat sini ada beberapa ketinggian , daripada 2.5 ft sehingga 6ft. Serius anak-anak mandi, mak-mak pun excited tau. Syok owh berendam, kalau kat rumah tak boleh kan. Boleh mandi seawal jam 8.00 pagi. Anak-anak Ummi dah tak boleh dikawal, pool buka jer depa dah siap sedia nak terjun. Puas hati bukan main mandi kat sini. Along dah besar , dia berani la ke pool yang 3ft tu, Angah jer Ummi tak berapa harap lagi.

Legend Cherating Beach Resort

Bagi siapa-siapa yang masih merancang untuk bercuti , Legend Cherating Beach Resort amat sesuai untuk lokasi percuti. Dan kali ini kami kan pergi untuk family day , jadi banyak la aktiviti dilakukan termasuk sukaneka, menyusuri sungai paya bakau, melihat kelip-kelip dan juga berakit. Serius semua game dan juga aktivit di sediakan amat memuaskan hati dan buatkan hati ini girang 200%. .. tunggu Ummi update apa lagi aktiviti kami ya..

Facebook : https://www.facebook.com/legendresort.cherating/

Website : http://www.legendcherating.com/

Instagram : https://www.instagram.com/legendresort.cherating/

https://www.instagram.com/umminanipictures/

7 thoughts on “Legend Cherating Beach Resort Lokasi Pilihan Family Day KBBA9”
  1. Memang tidak rugi menghabiskan masa di Legend Cherating Beach Resort. Selain dari suasana yang aman damai dari hiruk-pikuk bandar, banyak aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan antara keluarga, sahabat-handai dan dengan yang tersayang

  2. Best kan dapat bawak family bercuti bersama KBBA9 ..Seronok sangat2.. rasa rindu pulak saat2 kat sana .. Bila lagi laa kita boleh jumpa camni ya nani..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *