Hi semua, kali ini Ummi nak share dengan uols apa yang buatkan kami semua rasa seronok sangat dengan Family Day kelab Blogger Ben Ashaari di De Rhu Beach Resort, Kuantan baru-baru ini. Hampir 100 orang anggaran peserta amat menggamatkan suasana. Meriah dengan kehadiran pasangan dan juga anak-anak dari KBBA9.
Kami semua ambik pakej Rehlah yang mana dah termasuk makan dan minum 3 kali sehari dan juga sukaneka. Berbaloi dengan harga dan juga kemudahan yang terdapat disini.
Acara Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari
Setibanya kami kat De Rhu Beach Resort, kami di sambut dengan senyuman yang manis oleh receptionist di sini. Mereka semua sangat peramah dan juga mesra pengunjung. Selepas check ini, kami semua termasuk Ummi dan anak-anak tak sabar untuk bermain di swimming pool. Tapi malangnya, bila sampai Ummi tengok beg baju, baju Ummi hanya da 2 helai sahaja. Lain-lainnya penuh dengan baju suami dan anak-anak. Makanya, tengok jer la orang mandi manda.
Mujur masa ini , kak Ezza Azlan tak tarik Ummi jatuh ke dalam Swimming pool. Kalau tak kuyuppp oiiii.. tapi yang best masa ni kami hantar video kat Shiqeen Sattar, saja nak perangat dia pasal tak join kami. Tapi kami dari jauh doakan dia berjaya dengan apa yang sedang diusahakan. Amin.
Berkaitan : Kelab Blogger Ben Ashaari itu apa ?
Acara sukaneka family day Kelab Blogger Ben Ashaari di mulakan dengan permainan kanak-kanak mengutip gula-gula. Ummi tak tahan tengok Along, bila wisel di bunyikan, tengok perut dia kembung..hahahah rupanya dia masukkan baju dalam seluar dan penuhi baju dengan gula-gula.. Adehhh, anak oii, sapa la ajaq macam tu. Tapi last bangun daripada tikar anak Mama Kembar Tiga
Aktivit lain untuk anak-anak adalah kerusi muzik. Pusing punya pusing, si Along dapat nombor tiga . Dan juara adalah Natasya yang slim gituu, anak siapa lagi jika bukan Kak Ezza Azlan. Apapun depan enjoy sakan masa main.
Acara boling kelapa Juara adalah Umminani dan pasangan..Hehehhe tq Mr Suami balingan kena 5 jatuhan pin botol. Ummi baling atuh 2 jer. Kak ita pula memang nombor dua. Dan Bella nombor 3.
Kemeriahan di sambung lagi dengan acara kukur kelapa. Punya la bersungguh-sungguh melawan. Last yang menang geng kak Saidila.com dan corot sekali Group Bella 1.75gm. Yang lain-lain menang dengan 3.11gm, 3.10, 3.09gm Tahniah Bella, lepas ini balik kampung kukuq nyok banyak-banyak. Mana tau nak pergi lawan lagi kan..heheheh
Game terompah paling kelakar. Group Mr Suami , En Halim dan En Firaz dan Abg Sohoque last sekali. Ramai orang duk tunggu depa semua berjalan, tapi terompah depa gear rosak. Asyik nak tersembam. Tapiiiii…jeng..jengg..jenggg, bila abang Sohoque turun je, geng 3 orang ini cuba berjalan semua, dan berjaya!! Rupanya bukan gear rosak wehhh!!! Overweight! Hahahaha semua orang gelak dengan gembiranya dekat team ini. Paling kelakar kott!
Ini pula gelagat anak-anak mak ayah Kelab Blogger Ben Ashaari. Bukan mak ayah jer dapat kawan baru, tapi mereka juga. Dah la tu, pentas jadi tapak mainan dan pentas mereka beraksi bersama. Faris, Fauzi dan Fahmi pula kaki menyanyi, lagu apa Ummi tak sure, tapi macam tengah perform atas stage la gayanya.
Aktiviti Malam Kami Di Sini
Sessi pillow talk bersama Abang Ben Ashaari dan juga geng KBBA9. Semua meluahkan rasa dan juga berkongsi bagaimana mereka boleh join menulis blog dan menyertai KBBA9. Semua ada cerita dan juga perkongsian hebat. Selain itu, kami yang dapat bersama malam tu, dapat ilmu direct daripada abg Ben terus, bukan lagi di media sosial mahupun kelas wassap. Serius ini yang paling best. Bukan sahaja padat dengan ilmu, tapi juga menghubungkan silaturrahim sesama kami semua. Syukur.
Rindu plak kat semua bila baca ni. Harap harap nnt dpt laa berkumpul mcm ni lagi…
Best sangat, moga next time ada rezeki buat family day lagi. Sesi pillow talk paling seronok, sampai tak sedar jam 1 pagi, hehehee!
Sukaneka lagilah seronok, sakit perut asyik gelak je, tekak pun sakit dok jerit bagi sokongan.
wahhh rindu suasana De Rhu Beach Resort… rindu semua.. nak repeat mandi kolam sama-sama… kolam luas tu
paling best acara terompah lah… org dah kedepan.. depa dok buat strategi lagi hahah.. lucu..
Wow.. bestnya kelab nih. Program buat kat resort cantik ni sesuai utk dewasa nak.release dan anak2 pun.sonok..
thorbaikkk kalo ss ada pasti lg meriah
Wow bestyer family day…