KBBA9 Satu Ukhwah Keluarga

KBBA9 Satu Ukhwah Keluarga

LAKSA UTARA

Hari Ahad lalu, Ummi lepas subuh jer cakap kat Mr Suami, “Sayang, u jaga anak-anak Ummi nak pergi pasar borong”. Terkejut juga Mr Suami , yer la peas subuh nak pergi. Dan pastinya Ummi merempit la dgn SYM VTS 200 Ummi. Perjalanan dari Semenyih ke Pasar Borong Selangor yang terletak di Seri Kembangan mengambil masa 30 minit perjalanan.

Dulu tahun 2010-2013 Ummi tinggal area sana. Ummi menyewa kat Taman Lestari Putra 4. Bila dah beli rumah sendiri kami terus berpindah ke Semenyih.

Pengalaman shopping ikan , sotong dan udang di pasar borong ini membuatkan Ummi memang suka kesana. fuh.. macam nak beli baju rasa kegilaannya. Dan juga, kalau uols datang mesti terkesan juga. Tak percaya kena pergi. Waze jer Pasar Borong Selangor.

Ummi beli ikan sahaja hari tu RM90.00 lebih. Hish, memang tak tahan tengok ikan yang berkilat tu.

KISAH LAKSA SEGERA

Mula-mula ingat nak rebus biasa jer dan cicah tempoyak. Tapi bila pikir, ikan banyak mai la idea nak ajak kawan-kawan bertandang. Maka, Ummi pun dengan bahan yang ada masak kuah laksa.

Lama juga tak masak kuah laksa ini. Kalau dulu laksa la kegemaran, setiap minggu buat. Cuma bila tak berkesempatan tu yang jarang masak. Along paling suka laksa.

Tanya Mr Suami, dia cakap nak jemput suami Yanie Yusuf. Ehmm, sejak jadi penyokong KBBA9 mereka jadi kawan. Sorang lagi suami Shiqeen Sattar dengan yang suami i ingat suami Ezza dan Bell Edura. Bagus tau komuniti kelab blogger ini, bukan sahaja menyatu padukan blogger, tapi juga ahli keluarga. Daripada persahabatan jadi keluarga. Siapa nak sertai KBBA9? Pm Ben Ashaari. Kena temuduga dulu.😄

KBBA9 SATU UKHWAH KEUARGA

Tudia tajuk Laksa Pengikat Kasih. Siap masak semua kami pun menunggu la Yanie , Ss, Ezza dan Ben. Tapi yang mai 2 keluarga sahaja. Its okay. Sebab tiba-tiba kan, ada yang ada program lain.

Kelab Blogger Ben Ashaari

Jadi inilah suasana kt rumah Ummi hari tu. Meriah dan sebenarnya kedatangan mereka ini buatkan Ummi rasa rindu dengan geng OC UiTM dulu. Dulu masa belajar Ummi suka juga masak-masak ajak kawan-kawan datang rumah. Kenangan betul.

UMMINANI.COM

Siapa nak laksa calling-calling. Nanti free Ummi masakkan. jumpa lagi.

Reader Comments

Write a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge