Alhamdulillah , hujung minggu lepas kami semua dari Kelab Blogger dapat bersama dengan 20 keluarga dan seramai 100 menyertai Family Day Kleab Blogger Ben Asaari tahun 2017. Tshirt family day kami , di tempah daripada syarikat Printing Tshirt Murah A.J Cetak Ent. Lokasi pilihan kami adalah di De Rhu Beach Resort Kuantan.
Perjalanan dari Kl hanya mengambil masa lebih kurang 4 jam untuk sampai ke sini. Percutian untuk gathering kali ini amat bermakna bagi kami semua dan pada masa yang sama kami dapat merehatkan minda daripada kepenatan di ibu kota.
De Rhu Resort Beach Kuantan memiliki 162 bilik yang terdiri daripada De Rhu Suite, Deluxe Room dan Superrior Room. Harga bilik bermula daripada RM140.00 sehingga RM500.00. Bagi kami sangat berbaloi kerana walaupun percutian singkat ini kami hanya memilih bilik superior, namun begitu suasana yang harmoni dan aman damai di sekitar kawasan De Rhu Beach Resort lebih mahal nilainya disamping keluarga besar Kelab Blogger Ben Ashaari.
Bilik yang disediakan amat luas dan sesuai untuk keluarga besar macam Ummi. Waktu malam kami satukan set katil supaya lebih selesa. Puas sangat dengan keluasan bilik di De Rhu Beach Resort ini.
“Ummi, nanti kita buat bilik kita macam ini ya. Angah suka sangat… nanti Angah nak duduk lama-lama yer Mi kat hotel ini”. -Kata Angah masa Ummi nak snap gambar depa adik beradik dalam bilik sebagai kenang-kenangan.
Bilik Mesyuarat & Seminar di De Rhu Beach Resort Kuantan
Ummi dengan kawan-kawan blogger di bawa melawat ke seluruh kawasan De Rhu Beach Resort. Keseluruhan kawasan amat luas dan sesuai untuk event pejabat dan keluarga seperti reunion, hari keluarga, bengkel dan juga majlis keramaian seperti perkahwinan dan lain-lain majlis. Suasana disini nyaman sekali, angin sepoi-sepoi bahasa. Memang tenang untuk pengantin dan para tetamu.
Bagi rate bilik mesyuarat dan dewan boleh rujuk di web : www.derhu.com.my
Aktiviti Santai di De Rhu Beach Resort Kuantan
Bila tiba di sini, pastinya bukan sahaja untuk seminar dan juga berwacana . Tapi disini pasti juga untuk berehat, setuju? Itulah sebabnya De Rhu Beach Resort juga menyediakan pelbagai kemudahan lain seperti bilik karoake yang luas dan juga selesa.
Jika pergi untuk hari keluarga KBBA9, ada pakej yang sangat best disediakan . Pakej yang disediakan adalah seperti di bawah :
Menariknya di sini, pengurusan resort amat mementingkan keselesaan bagi keluarga yang memiliki anak kecil. Swimming poll yang disediakan jug amat mesra kanak-kanak. Mereka bebas bermain dengan selesa. Ada pelbagai kedalaman pool sesuai dengan umur, ketinggian dan kebolehan berenang disediakan di sini.
[otw_shortcode_info_box border_type=”bordered” border_color_class=”otw-greenish-border” border_style=”bordered” shadow=”shadow-down-right” background_color=”#bfeaeb”]Perkhidmatan Swimming Poool tanpa bermalam : Dewasa RM10.00, Kanak-kanak RM7.00[/otw_shortcode_info_box]
Oleh sebab kawasan De Rhu Beach Resort ini memiliki kawasan pantai yang landai , disini juga boleh lakukan aktiviti lasak seperti ATC adventure, snorkling dan lain-lain lagi perkhidmatan yang disediakan oleh WS Adventure
So, bagi yang mencari lokasi menarik untuk mengadakan aktiviti berkumpulan atau ingin bercuti bersama keluarga boleh la dapatkan maklumat kanjut di laman yang disediakan. Selamat merancang percutian anda bersama mereka yang tersayang.
Maklumat Lanjut Boleh ke :
Facebook : De Rhu Beach Resort Kuantan
Instagram : #De Rhu Beach Resort
LKPP De Rhu Beach Resort
152, Sungai Karang, Beserah
26100 Kuantan
Pahang Darul Makmur, Malaysia.
Tel: +609 5579 000/
Fax: +609 5579 002
e-Mail: [email protected]
Cantik tempatnya…rugi rasanya tak dapat join hari tu
Memang best lah bercuti di De Rhu Resort. Anak anak i dah dok ajak repeat lagi dah, tak puas mandi kolam katanya hehe
Suka laaa swimming pool dan bilik karaoke dia. Tampak luas dan selesa
memang menarik resort ni, nanti nak datang bercuti pulak!
Bilik seminar di sana nampak kondusif betul…itu satu point utama utk anjur any seminar kt sini nanti…good job ummi
best kan? tak puas hari tu.. nak datang lagi next time!
rugi tak dapat join family day KBBA9 ni…cantiknya hotel De Rhu… nanti bolehlah pergi cuti ke sana.
Menarik.. boleh try pi nti
memang tetiap tahun ke sini. Anak suka sangat
Anak2 dah request nak pergi sana lagi…
Macam2 aktiviti boleh buat..beatnya tengok
Memang best sangat dpt jumpa ramai2 kat sini..alhamdulillah akhirnya dapat jugak jumpa nani..mesra orangnya hehe walaupon baru first time jumpa..
Alhamdulillah, rasa gembira berada di sini. Cuma semasa kami di sini, lif tak dapat digunakan. Kami terpaksa mengangkat barang untuk ke tingkat 2. Lain2 semua OK. Terima kasih atas layanan yang baik.
Alhamdulillah, rasa gembira berada di sini. Cuma semasa kami di sini, lif tak dapat digunakan. Kami terpaksa mengangkat barang untuk ke tingkat 2. Lain2 semua OK. Sarapan pagi memang puashati. Terima kasih atas layanan yang baik.