Zainal Abidin satu nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair. Selepas 25 tahun dalam bidang nyanyian, kini Datuk Zainal Abidin bakal muncul bersama dengan kumpulan penyanyi Headwind.

Konsert kali ini adalah konsert berskala besar yang telah diimpikan oleh Zainal sejak beliau bermula pada usia 15 tahun lagi. Beliau sebelum ini merupakan vokalis kumpulan Headwind dan akhirnya bergerak secara solo sehingga mencipta nama ke luar negara melalui “world music”.

Zainal Abidin dan Headwind berkongsi pentas 2017

Zainal Abidin juga akan bersatu kembali bersama dengan ahli kumpulan Headwind yang terdiri daripada Zulkif , Nicky Oii, Kudin dan Razak dalam satu segmen khas pada malama konsert tersebut. Mereka akan berkongsi pentas mengimbas kenangan era 80an dengan lagu hit seperti Suraya, Hanya di Radio, Pelangi dan banyak lagi.

Mendengarkan lagu yang dinyanyikan ketika preview semalam, memang tak dinafikan Zainal dan juga Headwind masih berbisa dalam penyampaikan lagu mereka. Difahamkan pada konsert akan datang juga, Zainal Abidin akan bersama dengan gitaris terkenal yang juga masih berbisa iaitu Sham Kamikaze.

Pada malam konsert tersebut Zainal Abidin akan bersama dengan 17 orang pemuzik lain seperti Mac Chew, JennyChin, dan ramai lagi.

Projek Puncak Harapan -Trek Gunung Kinabalu 2017

Konsert ini juga menyokong projek Puncak Gunung Harapan  yang mana projek ini tujuannya adalah untuk mengumpul dana untuk kanak-kanak cacat akal dan orang dewasa di Wisma Harapan Selangor dan Federal Territory Association for the  Mentally Handicapped (SAMH). Pendakian ini akan disertai oleh 14 pendaki termasuk 4 pelajar dan 2 orang guru daripada SAMH. Tujuan utama pendakian ini adalah bukan sahaja untuk mengumpul dana bagi menampung keperluan SAMH  tetapi ia juga untuk mewujudkan kesedaran sosial dan memupuk keyakinan diri pelajar terencat akal yang menyertai pendakian. Sama-sama kita doakan pendakian ini berjaya. Insya

Penganjuran Konsert Oleh Netzah Productions Sdn Bhd

Netzah Productions Sdn Bhd adalah penganjur bagi konsert ini dan berharap dengan penggunaan teknologi seni serba canggih serta berkualiti tinggi  “The Musical Journey of Zainal Abidin – 35th Anniversary Concert” akan berjaya memberikan kepuasan dan kenangan terindah seperti konsert Ikhlas pada tahun 2012.

zainal abidin

Jadi jangan lepaskan peluang untuk saksikan persembahan Zainal Abidin bersama kumpulan Headwind seperti maklumat berikut :

Tarikh : 25 February 2017

Masa : 8.30 pm

Lokasi : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur Convention Center.

Tiket : www.mytiket.asia Harga tiket bermula dari RM158 – RM558.

Tiket Online : 03-8076 6700 / 03-8076 6500 Website : www.shirazprojects.com

Instagram : shirazprojects

3 thoughts on “The Musical Journey Of Zainal Abidin 35Th Anniversary Concert”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *