Hi…jom sambung lagi baca apa lagi aktiviti yang KBBA9 lakukan sepanjang di Legend. Kami sambung aktiviti hari kedua dengan tour kawasan di sekitar Cherating. Kami dibawa oleh En Meor , Director of Sales The Legend Cherating Beach Resort melawat ke kawasan sekitar termasuk melawat ke Hafiz’s Cherating di Kampung Cherating. Hafiz’s Cherating menawarkan perkhidmatan “Cherating firefly” dan menyusuri Sungai Cherating melihat keindahan paya bakau atau bahasa English “mangrove exploration”. Ok, semangat ni nak cerita lagi pasal Hafiz’s Cherating firefly dan mangrove exploration! Jom sambung baca kat bawah
Ummi nak mulakan dengan cerita perjalanan hari kedua kami petang tersebut ke perusahaan Keropok Ikan ya… jangan konfuse.. ini ikut jadual acara kami.
Keropok Cap Intan :
Petang hari kedua, perjalanan percutian kami di teruskan dengan singgah ke tempat pembuatan keropok Cap Intan. En Meor Amran cakap disini, keropok Cap Intan famous. Siap kak Tati, buat sendiri keropok leko.. pandai pula tu uli bagi jadi panjang-panjang. Kak Saidila pun try, boleh la terjah blog depa.
Selepas memborong keropok, kami ke Pusat Konservasi Penyu.. Jom baca berkenaan penyu kat bawah ya.
Penyu Sanctuary Cherating
Isnins – Ahad : 7:30pm to 7:30am , Program yang dijalankan disini termasuk melepaskan anak penyu, menyaksikan penyu bertelur pada waktu malam dan pelbagai lagi aktiviti tertakluk kepada perubahan.
Info berkenaan Pusat konservasi Penyu Cherating:
Masuk adalah percuma
Nombor telefon untuk dihubungi : +6 09 581 9087.
Rasanya Ummi sendiri dah lama tak tengok real penyu, hinggakan dah lupa bagaimana rupa penyu, sekali tengok MasyaAllah lawanya penyu…corak batik atas cengkerang tu lawa sangat.
Ada corak yang cantik, serius Ummi suka. Ciptaan Allah ni cantik kan, macam-macam reka bentuk, kadang kita tak perasan. Tengok la kepak penyu tu, corak batik yang menawan, lawa ni kalau corak ni juga di zahirkan atas kain dan dibuat baju kan. Last pergi yang kat Dungun.
Disini seronok kalau bawa anak-anak bersama, sambil berjalan sambil menikmati dan belajar perihal kehidupan penyu. Macam-macam disediakan di sudut informasi. So,boleh la singgah kalau datang Cherating atau Kemaman.
Next, apa pula kami lakukan selepas tu? Jom sambung cerita. Kami menyusuri Sg Cherating menikmati suasana paya bakau.
Hafiz’s Cherating firefly dan menyusuri paya bakau “mangrove exploration”
Kami beruntung bila pihak Hafiz Cherating telah menaja KBBA9 untuk 2 aktiviti diatas. Dan kalau nak menonton atau menikmati firefly atau kunang-kunang disepanjang Sg. Cherating ni perlu sampai kesini waktu malam. Untuk menikmati suasana hutan paya bakau pula, boleh dilakukan pada waktu siang hari.
Untuk menyusuri Sungai Cherating ni , pengunjung akan dibawa menaiki bot. Ada bot besar dan kecil, ianya akan dibawa mengikut kapasiti pelancong atau pengunjung. Jangan risau , tahap keselamatan terjamin disini. Tak perlu risau untuk mendapatkan perkhidmatan mereka disini.
Keindahan alam disini amat memukau mata memandang. Sehinggakan Ummi asyik ambil gambar pemadangan sahaja. Kak Lya yang kat sebelah Ummi dah tanya “Ambil gamabr apa jer depa ni?” Ummi membalas “kak , lawa la gambar disini, yang mana cantik boleh buat wall paper komputer atau henset tau”. Layan je la Kak Lya kan.
Berada dalam bot dan sambil menikmati pemadangan disini tak sah kalau tak selfie dan bergambar sebagai kenangan. Jadi, rasanya 3 bot yang KBBA9 memang asyik bergambar jer la. Bila saat menyusuri Sungai ini, ada pelbagai binatang liar nampak, ada satu pokok tu ada ular katam tebu kalau tak silap..baik jer tidur kat ranting pokok. Kami di maklumkan, supaya tidak dekat, bukan apa, risau sangat kalau bot terlanggar akar pokok bakau ke apa, mau terkejut binatang semua. Dan kalau nasib tak menyebelahi, jatuh pula ular tu kat dalam bot..apa korang nak buat? Malas nak pikir sebab dah selamat hingga kini.
Paya bakau disini bukan sehari dua. Jadi tanggungjawab kita semua untuk jaga dan menghargai keindahan yang Allah anugerahkan kepada kita. Tengoklah, akar pokok bakau ini pun dah lain macam. Ini mesti dah lama hidup, setuju?
Jadi, kalau lepas ni ke Cherating, boleh tinggal di Legend Cherating Beach Resort dan nikmati pakej ke sini dengan harga dewasa RM70.0 seorang, kanak-kanak pula dalam lingkungan harag RM40.00 satu kepala. Hafiz’s Cherating firefly dan mangrove exploration wajib ada dalam itenary kalian.
Kuantan 26080 Kuantan
Sehari suntuk kita beraktiviti kan.. Walaupun padat tapi semua tetap bersemangat follow Setiap aktiviti..
aah penat kak,mujur mlm tu relax jerr
Lawanyaaa gambaq kat sg cherating tu. Mmg boleh buat wallpaper lah, tenang rasa bila tgk
Bestnya tengok korang join firefly tour ngan mangrove tour, jeles sangat.
Seronoknye.. amcam macam aktiviti ade ehh
Memang best masa Mangrove tour ni… bila siang baru nampak..owh ini rupanya yang kita lalu malam sebelum tu.
syoknya… cantik2 gambar umi…