PDRM Night Run 2018 acara yang sangat baik.

Throwback cerita semalam. Hujung minggu kami di habiskan di Dataran Merdeka. Kiranya semalam adalah hari kami bersuka ria sempena PDRM Night Run 2018.

Dari pagi, selepas mengemas rumah dan sarapan Ummi dengan anak-anak rehat seketika. Selepas solat Zuhur,kami bergerak ke Dataran bagi PDRM Night Run 2018. Semangat 4 beradik ini, sampaikan mereka tak lena di rumah. Jengg, jengg, jenggg… tak sampai 15 minit dalam kereta 2orang dah macam tewas perang. Terlentok lena adik dengan angah. Si kakak dengan Along jer yang steady.

Kami sampai awal di Dataran Merdeka. Seawal jam 3petang. Mula tu hujan seketika, tetapi syukur selepas asar semuanya kembali normal. Cuaca baik dan angin pun sepoi-sepoi bahasa sahaja.

Encik daripada Unit berkuda rajin melayan Angah dengan Along. Bertambah suka la depa.

Bawa anak-anak ready duit juga untuk beli air dengan jajan. Sesekali okay la, kalau selalu memang ummi tak layan.

Along dan angah solat asar di surau lelaki yang telah disediakan oleh penganjur. Selepas solat, kami pergi bergambar dengan kuda dan juga merayau-rayau kawasan sekitar. Jam 630ptg , abah depa hantarkan nasi. Yer la, along dah lapar sangat. Perut nasi memang minta diisi dengan nasi sahaja.

Dalam jam 7.00 petang, ketibaan Pengarah JSPT ,SAC Sharul Othman Bin Mansor. Sempat juga merakam gambar petugas dan peserta JSPT dengan Tuan Sharul semalam. Puan Sherlina juga hadir sebagai tanda sokongan kepada acara PDRM Night Run 2018.

Malam tu, selepas maghrib acara pun bermula. Acara di mulakan dengan pelepasan peserta 21km, 10km dan seterusnya 5km. Tengok la tu, excited wakil JSPT.

Sepanjang acara PDRM Night Run 2018 berlangsung ada juga acara pentas. Kami anak beranak hanya menikmati kemeriahan suasana. Best sesekali hadir aktiviti begini. Dan dapat berjumpa kawan-kawan sepasukan yang jauh mahupun dekat.

Kasmaliza; sahabat lama ketika di MRSM Pendang dahulu.

Ummi dengan Kawan satu platun , ASP Zaidah dan juga kenalan dari Maktab PDRM Cheras.

Aktiviti PDRM Night Run 2018, telah berjaya menarik minat bukan sahaja pegawai ,anggota dan kta PDRM, tetapi penyertaan luar. Kami berbangga menjadi sebahagian peserta yang memeriahkan Dataran Merdeka semalam.

Ummi hadiahkan juga lah air kotak sebagai umpan. Hahaha asalkan baik sikap, dapat la hadiah. Kalau tidak minum jer air masak yang dibawa.

elepas ini, kami dah berjanji nak hadir Sambutan Hari Polis di Pulapol pula pada 25 Mac 2018. Okaylah, Ummi semalam happy dan anak-anak pun happy. Bila balik semua sepi jer..rupanya dah terbabas lena. Hahaha letih punya pasal mengalahkan peserta 21km.

Diadakan juga pameran oleh JSPT KL sempena program ini.

Kami doakan acara ini akan diteruskan pada tahun akan datang sebagai acara tahunan. Amin. Selain menerapkan aktiviti bersukan, secara tidak langsung mengumpulkan sejumlah pegawai, anggota dan kakitangan PDRM dalam satu acara santai dan bermanfaat.  Polis dan masyarakat berpisah tiada. 😍 Tahniah diatas penganjuran PDRM Night Run 2018. 👋🤝🤝

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge