Saya dan keluarga,  Saya dan Kerjaya ; Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Sambutan Hari Polis ke 211 Meriah Bagi Keluarga Kami

Semalam bagaikan hari raya bagi kami. Ummi dengan suami ditakdirkan bekerja sebagai pegawai polis. Kami juga berjumpa ketika kami telah sama-sama berada dalam pasukan.

Pejam celik, pejam celik rupanya dah masuk tahun ke 10 Ummi dalam perkhidmatan PDRM. Manakala suami pula tahun 2018 telah berkhidmat selama 13 tahun.

SAMBUTAN HARI POLIS KE 211

Tanpa sedar dah 10 tahun dalam perkhidmatan PDRM. Segala pahit manis mematangkan. Pengalaman serta pelajaran dalam PDRM sangat bermakna bukan sahaja untuk pasukan tetapi untuk dunia luar juga.

SAMBUTAN HARI POLIS KE 211 DI PULAPOL KL.

Seperti tahun sebelumnya, kami sekeluarga sampai awal lagi di Padang Kawad PULAPOL KL bagi meraikan sambutan. Seawal jam 6pagi kami bergerak dari rumah.

Yer, semangat meraikan hari kemenangan dan jasa serta pengorbanan anggota yang sebelimnya bertugas dalam PDRM. Pagi semalam kami bangun seawal jam 5pagi dan singgah solat di Shell, Kajang.

PERBARISAN SAMBUTAN HARI POLIS

Semalam Ummi bukan sekadar hadir, tetapi bertugas untuk merekod setiap detik ketika sambutan khasnya bagi jabatan Ummi bekerja iaitu Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).

Dengan anak-anak dan tugas, semuanya Ummi kena handle dengan baik. Sebagai pegawai bertanggungjawab, Ummi cuba sedaya upaya untuk merakam detik sejarah yang melibatkan YDH Pengarah JSPT.

Rezeki Ummi apabila baru sahaja selesai memasang camera dan tripod, SAC Sharul Othman dan isteri Puan Sherlina pun tiba. Jadi, terus Ummi “keloi” , “Tuan, tengok sini”. “Klik..klik..klikk.. siap” ” Terima kasih Tuan!”

Sekelip mata! Memang rezeki. Mestilah kena cekap untuk memastikan wajah pengemudi JSPT terakam. Yang lainnya, Ummi sempat buat LIVE di facebook JSPT dan merakam suasana.

Tetapi ada juga saat yang tidak dapat dirakam dengan baik. Ampun! Haha korang tengoklah instagram dengan #pdrmsiatrafik #haripolis211 , ada yang Ummi snap tak ada kepala! Aduh! Failed!

Untuk galeri penuh boleh Klik link :

Selesai program jam 1100pagi. Jadi, lepas program Sambutan Hari Polis ke 211 kami sekeluarga pun pergi makan di Pelita Nasi Kandar. Penat tetapi meriah.

Seronok menyanyikan lagu SANG SAKA BIRU DAN POLIS SEDIA BERKHIDMAT. Semangat kepolisan terus membara di jiwa Ummi dan suami. Kami tetap sayangkan PDRM, kerana rezeki kami disini. Ada sebab Allah pilih kami.

Doakan rezeki kami luas dalam PDRM dalam mencari keberkatan rezeki dan juga rezeki yang halal. InsyaAllah.

Selamat Hari Polis untuk semua warga PDRM.

#Inspektormama.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *