Selagi nama nya hidup, pasti kita diuji.
Ada yang diuji dengan kewangan,
Ada yang diuji dengan fitnah,
Ada yang di uji dengan hasad dengki manusia,
Ada yang diuji dengan kebencian adik beradik,
Ada diuji dengan kesempitan,
Ada yang di uji dengan kesakitan,
Ada yang di uji dengan perangai anak-anak,
Begitulah hidup. Tidak pernah sunyi dengan ujian.
Kami juga diuji seperti kalian semua.
Tapi apa yang perlu di buat bila diuji?
Macam mana nak buang perasaan sakit hati bila di uji?.
Kata Allah ” Tidaklah kamu sabar hanya dengan bantuan Allah”
Solusinya minta dengan Allah tarik perasaan sakit hati itu.
Apa kaitannya pula dengan surah Yusuf?
Kerana kami pernah melalui kesakitan-kesakitan yang hampir sama ceritanya dengan kisah Nabi Yusuf.
Bila sakit hati, sedih dan kecewa carilah Quran. Kerana di dalam nya pasti ada penawar pengubat jiwa kita.
Kami pernah di fitnah, dan berlarutan bertahun-tahun lamanya.
Sakitnya Allah saja yang tahu.
Zaman susah saya, saya pernah difitnah mencuri sehingga saya tiada diberi peluang untuk membela diri.
Saya dimusuhi dan diburuk-burukkan beberapa tahun lamanya. Betapa hinanya kita bila susah di pandangan mata manusia lain.
Seolah kita ni orang sangat tak berguna dan takda masa depan langsung.
Tuan Zuhairi pula pernah di fitnah oleh wanita-wanita yang menyukainya yang mengatakan begitu dan begini.
Beliau juga pernah di fitnah sehingga hampir dipenjara dan tercalar maruahnya.
Kami disisihkan oleh mereka yang ‘percaya buta’, tanpa menyiasat apa cerita sebenar. Jarang sekali ada jemputan program di Negeri Sembilan ketika itu.
Dasyatnya fitnah!
Kesakitan-kesakitan ini lebih dirasai bila kita disakiti oleh orang-orang yang dekat dan rapat dengan kita.
Apa hikmahnya di sebalik kejadian ini?.
Di saat ini, kami banyak mendengar kisah-kisah dari Al Quran dan kami menjumpai cara nak memaafkan orang yang menyakiti kami dengan Surah Yusuf.
Apa yang Nabi Yusuf buat?
Di dalam Surah Yusuf ini, Allah mengajar kita kebergantungan penuh dengan Dia.
Dari kecil Nabi Yusuf dikhianati oleh adik beradiknya sendiri dan dibuang dalam perigi dan menjadi hamba sehingga dimasukkan dalam penjara dan terpisah jauh dengan ayahnya.
Hebatnya ujian Nabi Yusuf berbanding kita.
Dia diuji sedari kecil dan menghadapinya secara bersendirian.
Dan ujian nya sangat lama.
Dikatakan antara 18 tahun dan ada juga pendapat mengatakan lebih 40 tahun.
Di saat dia masih memerlukan kasih sayang dan sokongan daripada adik beradiknya & kasih sayang dari ayahnya, tapi dek khianat ini, Nabi Yusuf terbuang jauh dari keluarga dan kampung halamannya.
Bila kita rasa ujian kita pahit dan kita rasa macam tak mampu nak keluar dari ujian ini, ingatlah kisah ini.
Di saat kita susah, mungkin kita masih ada pasangan di samping kita,
Di saat kita susah mungkin kita masih ada adik beradik dan mak ayah di sisi kita,
Di saat kita susah, mungkin kita masih ada lagi kawan-kawan di sekeliling kita.
Di saat kita susah, kita masih di tanah air kita kita sendiri dan masih nampak jalan bagaimana nak mengharungi kesusahan itu.
Tapi Nabi Yusuf dah lah dibuang adik beradik, d jauh dari negerinya sendiri, malah dipenjara pula disebabkan fitnah.
Hebatnya Al Quran.
Al Quran menceritakan kisah-kisah terdahulu untuk panduan hidup kita dan mententeramkan jiwa kita yang resah dan perasaan yang gundah gulana dek ujian yang dihadapi.
Di mana kisah-kisah ini sebenarnya berulang supaya boleh dijadikan pengajaran untuk zaman kita sekarang ni.
Apa yang kita pelajari dari kisah Nabi Yusuf ini?
Allah mengajar kita erti SABAR dan YAKIN kepadaNya!
Allah nak tengok adakah kita sabar dengan ujian atau kita sering mengeluh?
Allah juga mahu melihat adakah kita YAKIN dengan janji Dia, di mana selepas kesulitan pasti ada kesenangan.
Jika kita sedang diuji sekarang, adakah kita yakin bahawa akan ada cahaya untuk kita pada satu hari nanti atau kita terus berputus harap?
Disinilah pentingnya bila kita tadabbur Al Quran bila kita mula rasa putus harap.
Hayati maknanya bagi mendamaikan jiwa kita yang sedang berserabut dan celaru.
Allah janji apabila kita Sabar, suatu hari nanti pasti disedikan habuan yang tak terjangkau dek akal kita untuk orang yang sabar & percaya.
Hebatnya kuasa sabar, percaya & redha.
Insyallah saya akan sambung live di secret group coaching dengan kisah ini.
Assalamualaikum! credit : Nur Aisya