Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
MYCAR MINTA KERAJAAN KAJI SEMULA GOJEK DIMALAYSIA

MyCar minta kerajaan mengkaji semula kelulusan GOJEK; mengutamakan barangan buatan Malaysia.

Posted on 08/24/201908/26/2019 by umminani

Semalam UN Ben dan Sohoque hadir satu sidang media yang dianjurkan oleh MyCar bagi meminta kerajaan mengkaji semula kelulusan GOJEK dan mengutamakan barangan buatan Malaysia.

Ya, benar sekali apa yang diperkatakan semalam, motorsikal mengundang bahaya. Malah jika dibandingkan, motorsikal lebih berisiko berbanding kereta. Pelanggarn kecil akan memberikan satu impak dan trauma kepada penunggang dan penumpang motorsikal.

Dalam isu GOJEK, antara yang di bahaskan adalah:

Isu keselamatan

Keselamatan terbahagi kepada dua, iaitu dari segi pemanduan dan juga isu keselamatan diri penumpang. Melihat kepada keperluan GOJEK di Malaysia , sebenarnya masih tidak sesuai diaplikasikan. Menurut MyCar, keadaan jalan juga antara sebab GOJEK tidak sesuai diaplikasi dan dibawa masuk ke Malaysia.

MyCar juga prihatin jika perkhidmatan ini dibawa masuk, kadar jenayah akan meningkat. Malah mungkin juga akan meningkatkan kadar kemalangan yang melibatkan motorsikal.

Isu Sosial

Menurut MyCar, mereka bersetuju dengan kenyataan Mufti Selangor. Perkhidmatan ini bakal mengundang lebih banyak isu sosial. Lelaki dan wanita bukan muhrim bebas untuk menaiki motorsikal. Manakala, bagi bukan muslim isu ini akan membuka ruang sosial dan budaya tidak sihat kepada masyarakat.

Selain itu, Pengasas MyCar, Mohd Noah Maideen @ Pengasas Platform Apps. Sdn Bhd berkata , tindakan kerajaan yang meluluskan perkhidmatan dari Indonesia tu merupakan satu kesilapan besar.

Ini kerana ada 37 perkhidmatan e-hailing tempatan di Malaysia. Bagi menyokong perkembangan ekonomi e-hailing di negara ini, kerajaan disyorkan memberikan dan mengutamakan produk tempatan.

Oleh sebab yang dinyatakan, MyCar sangat berharap perkhidmatan yang bakal dibawa masuk ini akan dikaji semula demi kepentingan negara dan masyarakat khususnya.

Kita pula sebagai rakyat semperna MERDEKA Ke-62, kita doakan setiap keputusan yang dibuat dapat menjaga keharmonian negara.

MyCar lancarkan kempen ‘Sambut Merdeka, Guna MyCar’

Sempena bulan kemerdekaan , MyCar melancarkan kempen ‘Sambut Merdeka, Guna MyCar’ yang mana pelanggan MyCar berpeluang mendapat diskaun RM2 dengan menggunakan kod promo MYCARMERDEKA bagi setiap perjalanan sehala sepanjang 15 Ogos 2019 sehingga 16 September 2019

MYCAR MINTA KAJI SEMULA GOJEK

Dua lagi peraduan yang dianjurkan MyCar iaitu ‘Tag Dan Menang’ di Facebook dan Instagram menawarkan hadiah kod promo bernilai RM50.

Pengguna MyCar hanya perlu memuatnaik gambar atau video yang berkaitan dengan MyCar dan tag #MyCarMerdekaContest .

Bagi mereka yang kreatif pula, wang tunai RM1000 menanti anda sebagai ganjaran! Cipta maskot MyCar !

Untuk keterangan lanjut , boleh ke Facebook MyCar atau Instagram MyCar. 

8 thoughts on “MyCar minta kerajaan mengkaji semula kelulusan GOJEK; mengutamakan barangan buatan Malaysia.”

  1. fizafantagiro says:
    08/25/2019 at 10:32 am

    Fiza pun x setuju dgn gojek ni. Dua isu tu memang yang patut dibimbangkan kalau gojek diteruskan.

    Reply
  2. Salina Johari says:
    08/25/2019 at 10:32 am

    Ada terfikir tentang GOJEK ni..kena kaji baik buruk sebab bakal mengundang tomahan netizen pun ye jugak .. btw syabas MYCar !!

    Reply
    1. mas saari says:
      08/25/2019 at 11:25 am

      Akak setuju dengan UN, memang tak sesuai GoJek ni dilaksanakan di Malaysia. Banyak yang buruk dari baiknya!

      Reply
  3. PencariMakan says:
    08/25/2019 at 11:10 am

    Harap temui jalan terbaik buat semua pihak.

    Reply
    1. umminani says:
      08/26/2019 at 7:45 am

      setuju sangat. sebab nak tolak 100% pun ada keburukkan dan sebaliknya GOJEK juga mampu selesaikan isu lain.

      Reply
  4. Matsaid says:
    08/25/2019 at 11:42 am

    Tak setuju jangan naik dan jangan sekat rezeki orang tak sebut pun kebaikan ada sebut tak bayaran murah berbanding e hailing tu nengapa tak cadang penunggan wanita untuk wanita sahaja rasa bolih beri peluang kepada wanita yang menggangur cari pendapatan kalau kita sewa e haling naik seorang tapi tambang macam sewa sebuah kereta bagi yang dok bandar besar kos amat dititik beratkan dan masaalah jalam jem tidak pada motosikal.

    Reply
    1. umminani says:
      08/26/2019 at 7:44 am

      yer setuju. oleh sebab itu saya kata, kita doakan baik2 sahaja. kerana GOJEK juga boleh dipertimbangkan semula untuk wanita dan ada had peraturan yang penunggang dan penumpang kena follow

      Reply
  5. Ai says:
    08/27/2019 at 12:39 pm

    Ai tak berapa setuju dengan gojek ni. Sebab motorsikal terdedah dengan bahaya lebih tinggi dari kereta. Tu je.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • Restoran Baharu Kawkki Korean Flaming Chicken Dibuka di IOI Mall Puchong
    Published on 2023-09-25 By Bro Framestone
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
August 2019
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Jul   Sep »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
August 2019
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Jul   Sep »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme