Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
ngo negaraku apps

Aplikasi NGO Negaraku -Bantu Mahasiswa

Posted on 05/17/201905/17/2019 by umminani

Hi semua, apa khabar. Salam ramadhan salam keberkatan. Semoga hidup kita sentiasa di permudahkan oleh-Nya. Kali ini UN nak kongsi salah satu inisiatif terbaru yang dianjurkan oleh badan NGO bagi membantu golongan pelajar universtiti khasnya. Ianya adalah program yang di namakan Mobile Aplikasi NGO Negaraku. Ini  adalah inisiatif NGO dengan kerjasama pihak Swasta yang berurusan sebagai Syarikat Sosial Enterprise ke arah melebarkan kesepakatan dan kerjasama antara Badan-badan bukan Kerajaan seperti NGO, Koperasi dan Yayasan.

Gabungan ini dibuat menerusi kecanggihan teknologi dan ianya dijayakan secara tertutup dan khusus untuk Ahli-ahli NGO yang berdaftar di bawah Aplikasi NGO Negaraku. Penggunaan Aplikasi NGO Negaraku ditawarkan secara percuma bagi memastikan semua NGO akan dapat berfungsi dan bergerak maju ke hadapan mengikut keperluan dan situasi semasa.

Aplikasi NGO Negaraku  – Penerangan Berkaitan Program

Ketika team kami hadir taklimat ini, kami dimaklumkan bahawa menerusi aplikasi ini pelbagai program diperkenalkan dan induk kepada Program ini adalah BUY & SAVE.

BUY & SAVE I CSR I SMART PARTNERSHIP.

Buy & Save, CSR, Smart Partnership ini adalah inisiatif terbaru yang diperkenalkan untuk membantu pelajar khususnya di IPTA dan IPTS bagi mendapatkan produk dan barangan dengan harga jimat. Program ini sedang mengumpul penyertaan syarikat-syarikat pembekal termasuk GLC untuk bersama menjayakannya melalui penawaran produk dan barangan yang sesuai dengan harga penjimatan sebenar.

Produk dan barangan yang diperolehi dari pembekal melalui belian pukal atau jaminan belian akan ditawarkan kepada Pelajar dan keuntungan dari hasil tersebut akan dikongsi. Melalui kaedah ini Pelajar akan dapat berjimat dan pihak NGO Negaraku akan dapat menyelia platfom ini secara berterusan. Untuk manafaat berganda, maka lebihan hasil yang diperolehi oleh pihak NGO Negaraku dari penjualan produk akan dikembalikan kepada Pelajar melalui sumbangan CSR. CSR ini akan memastikan Pelajar yang tidak berkemampuan akan turut beroleh manfaat.

RUMUSAN – Aplikasi NGO Negaraku

Aplikasi NGO Negaraku dapat membantu dan memastikan NGO dan Ahli-ahlinya bergerak selari dan seiring dengan teknologi terkini. Penglibatan dan penyertaan syarikat pembekal termasuk GLC adalah kunci bagi menjayakan Program ini. Pulangan dan perkongsian dari belian pukal akan memastikan pembeli dapat berjimat dan Program CSR diperluaskan.

Kita doakan program ini berjaya dan kita dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar terutama yang berada di Lembah Klang ini.  Sama-sama kita doakan badan NGO yang terlibat berjaya dalam usaha mereka memastikan pelajar-pelajar di universiti ini terbela nasib mereka dalam menghadapi cabaran belajar dengan peningkatan kos sara hidup. Insyaallah.

2 thoughts on “Aplikasi NGO Negaraku -Bantu Mahasiswa”

  1. YB Shehan says:
    05/17/2019 at 12:13 pm

    Bagus sgt program ni.. Moga terlaksana dan dpermudahkan misi dan visi mereka..

    Reply
  2. mas saari says:
    05/18/2019 at 10:03 pm

    Bagusnya ada program camni.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • 15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang
    Published on 2023-09-25 By dorsett pink
  • Telefilem Auta (TV9)
    Published on 2023-09-25 By Azhafizah MN
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
May 2019
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Apr   Jun »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
May 2019
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
« Apr   Jun »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme