Kumpulan Mpay Jalin Kerjasama Bersama Kelab Sahabat Persaudaraan

Assalamualaikum , apa khabar semua? Kali ini Ummi nak ceritakan tentang event yang Ummi pergi hari Selasa malam lepas. Program yang Ummi update di Instagram hari itu adalah dimana Kumpulan Mpay Jalin Kerjasama Bersama Kelab Sahabat Persaudaraan.

Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) sebagai meterai kerjasama bersama Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) dalam melebarkan ekonomi digital bagi Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard.

Program ini menerima surat sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan untuk itu Kumpulan Mpay telah memperkenalkan Wallet MPay dan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard yang bertemakan NegaraKu merujuk kepada saranan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak.

Menurut Pengasas KSP Dr. Mohd Zamri Noordin, melalui Kerjasama dan Perlantikan secara ekslusif ini, pihak kelab merancang untuk lebih serius melaksanakan program ini serta konsisten untuk menghubungkan pihak kerajaan,rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital.

Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay)
Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan MPay, Dato’ Chew Chee Seng

Sementara itu, Pengasas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan MPay, Dato’ Chew Chee Seng berkata,  program MPay NegaraKu, rakyat Malaysia akan memasuki era tanpa tunai dengan kebolehan menghantar dan menerima dana (wang) antara satu sama lain, membayar bil dan tambah nilai kad prabayar telefon bimbit, membeli belah secara dalam talian dan terus, menikmati kupon, diskaun dan kad hadiah.

Mengenai Kelab Sahabat Persaudaraan.

Kelab Sahabat Persaudaraan adalah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar di bawah Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan disokong oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Ia dibentuk melalui gabungan golongan sukarelawan profesional bertujuan berkongsi  idea dan kepakaran dalam melahirkan program kemasyarakatan berteraskan pendidikan dan kebajikan.

Visi KSP.

Pentas yang diiktiraf dan dihormati masyarakat ke arah pembentukan masyarakat yang bersatu melalui pendidikan dan kebajikan.

Misi KSP.

Menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan semua lapisan masyarakat.

Menterjemahkan inspirasi pemimpin tertinggi melalui keunikan program dan aktiviti.

Mengumpul data dan maklumat daripada pelbagai sumber termasuk dari NGO berdaftar. Bekerjasama dengan pihak kerajaan, swasta dan NGO untuk menganjurkan pelbagai program dan aktiviti.

Tambah Dr Zamri, ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan Kerajaan, Masyarakat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk membantu dan memahami keperluan antara satu sama lain secara terus.

“Kerjasama dengan Kumpulan Mpay seiring dengan visi kelab kami dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelas beliau.

“Ini juga membolehkan usaha bagi mendidik masyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah dapat dijayakan dengan berkesan.

Sidang Media :

Pada sidang media yang dijalankan pada malam tersebut Dr Zamri mengalukan lebih ramai NGO’s yang akan bekerjasama dan membantu dalam mempromosikan program ini. Semakin ramai NGO yang tampil, program ini secara tidak langsung akan dapat  membantu lebih ramai masyarakat memerlukan.

Mengenai ManagePay Systems Berhad.

ManagePay Systems Berhad (“MPay”) merupakan penyedia kaedah bayaran elektronik ‘end-to-end’, penyelesaian FinTech dan penyedia perkhidmatan untuk bank dan institusi kewangan, pedagang dengan institusi bank serta kewangan, pedagang dengan pengeluar kad dan operasi di seluruh negara.

Mereka mengendalikan sistem pembayaran memudahkan pedagang atau peniaga untuk menerima kad kredit, debit, kad kesetiaan dan nilai simpanan.

MPay adalah penerima Anugerah Inovasi Produk Baru Frost & Sullivan Asia Pasifik dalam Penyelesaian Terminal Pembayaran Mudah Alih Elektronik di Singapura. MPay juga memenangi dua anugerah untuk Penyelesaian InsayWorks MPay pada Anugerah Asia Pasifik ICT, iaitu ‘Best Financial Application’ di APICTA Award 2015 dan 2016 Malaysia dan ‘Merit Award for Best of Financial Application’pada 2015 Sri Lanka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan MPay, sila layari laman web http://www.managepay.com

 

Berkaitan :

Melalui program ini masyarakat yang terlibat akan mendaftar dengan NGO yang berkaitan dan akan menyalurkan maklumat melalui Kelab Sahabat Persaudaraan. Permohonan akan ditapis dan hanya mereka yang layak akan mendapat faedah yang telah disediakan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Metts Mohd Nor

+6019-3660168

Ahli Kehormat (Media).

Kelab Sahabat Persaudaraan

mediasp.ksp@gmail.com

 

Ms. Tan Chia Wei

+6016-233 7678

MPay.

chiawei.tan@mpsb.net

Khidmat masyarakat :

Rumah Orang Tua Semenyih

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge