Touch n Go eWallet – pengguna boleh menambah tiga kad fizikal Touch ‘N Go (TNG) dalam aplikasi tersebut. Ini membolehkan pengguna menguruskan kad dan mengemas kini baki secara atas talian pada bila-bila masa. Dan pengguna boleh setkan jumlah baki minima dalam kad tersebut.
Apabila telah mencecah baki minima, secara automatik, boleh disetkan untuk auto reload ke e-wallet.
TIDAK PERLU MASUK LORONG ‘TAMBAH NILAI’ LAGI
Kad fizikal TNG yang didaftarkan ke dalam eWallet akan digunakan sebagai medium melepasi semua lorong SmartTag dan Touch ‘n Go.
Kemudian, caj tol akan ditolak secara langsung daripada eWallet. Bagaimanapun, sekiranya baki eWallet tidak mencukupi, barulah caj tol akan ditolak daripada baki kad fizikal. Jadi jika anda dah setkan auto reload pada e-wallet, kemungkinan untuk baki berkurang adalah sangat tipis.
Linkkan kad Touch ‘n Go dengan eWallet. Masukkan no kad di belakang kad touch ‘n go dan ianya akan terus di linkkan dengan aplikasi e-wallet.
Untuk mengaktifkan fungsi PayDirect, apa yang diperlukan ialah aplikasi Touch n GO eWallet yang boleh dimuat turut di Apple App Store dan Google Play Store. Kemudian hubungkan kad fizikal Touch n Go ke dalam eWallet melalui nombor siri.
PayDirect kini telah boleh diguna pakai di seluruh lebuhraya di Klang Valley. Mudah sangat.
Dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet – boleh dilihat ada banyak lagi lebuhraya yang bakal menggunakan perkhidmatan yang sama. Tunggu…
Kelemahan : Baki nilai kad- tidak muncul ketika pengguna touch di highway. Baki hendaklah disemak di aplikasi dalam telefon mudah alih pengguna itu sendiri. Jadi auto reload akan membantru anda saat memerlukan dan jika bimbang akan baki kad sedia ada, auto reload akan menyelamatkan pengguna. 🙂
Dah baca >>> Yes.. Kereta Aku Dah Dipasang RFID
Senangkan. so, lepas ni terus register kad fizikal dan linkkan ke Touch ‘n Go E-wallet. Malah banyak lagi promosi hebat menggunakan aplikasi ini. Jangan lepaskan peluang ini. Gunakan teknologi untuk memudahkan kehidupan harian kita. Selamat mencuba.
Harap tak ada tarikh expired dia.