Salam Jumaat. Semoga pada hari yang mulia ini kita diberikan peluang untuk lebih memberi dalam apa juga cara. Pada hari yang mulia ini, aku nak kongsikan kat korang tentang program baru yang Lembaga Zakat Selangor baru sahaja lancarkan iaitu Zakat@Family kepada semua keluarga muslim di Selangor.
Pengenalan Zakat@Family
“Zakat@FAMILY” adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawb di dalam sesebuah keluarga. Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di Selangor.
Objektif
- Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.
- Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.
- Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).
Kaedah dan tanggungjawab
Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang “Zakat@FAMILY”.
Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran “Zakat@FAMILY” adalah seperti berikut :
Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, anda perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya. (jadual diatas).
Untuk kefahaman lebih mendalam boleh menonton video ini – video penerangan keberkatan zakat@family
Semoga dengan pelaksanaan kempen dan promosi zakat@family yang dirancang dan dijalankan ini akan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor.
Melalui pendekatan ini juga diharapkan LZS dapat melaksanakan gerak kerja taksiran zakat ke atas setiap individu muslim secara menyeluruh tanpa mengira usia dengan lebih meluas. In shaa Allah.