Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Bukit Bintang Suite di Times Square Shopping Mall

Staycation di Hotel Times Square Shopping Mall

Posted on 08/24/202008/24/2020 by umminani

Bismillahhirrahmannirrahim…Ini catatan untuk kenangan keluarga. Sebenarnya, ini adalah unplan staycation. Ianya hanyalah berlaku selepas UN dah tepu menghadap dengan paper assignment. Ada paper Kanun Prosedur Jenayah belum lagi UN siapkan. Tapi pagi Sabtu tu , selesai subuh terus buat sampai jam 1230 tghari. Dan tak siap semua pun , at least 7/10 siap lah. Dan Un buat dengan penuh tekun, mandi pun tidak. Jam 12 lebih , saja tengok Booking.com hotel best-bestr kat PD,tapi full. So, tengok kat KL, eh berkenan la pula dengan hotel kat Times Square ini. Tapi un pilih Bukit Bintang Suite di Times Square Shopping Mall.

So, wassap suami yang ada kat tingkat bawah rumah. Suami cakap okay on.. terus click booking dan reserve Bukit Bintang Suite di Times Square Shopping Mall! Yes..maka, terus la suruh anak-anak siap untuk ke sana – check in jam 2 ptg, Hotel di Times Square ini.Maka, rushing punya rushing, dalam tempoh 1 jam kami siap packing dan anak-anak pun siap semua barangan mereka. Siap solat dan packing makanan yang ada, jam 215 pm gitu kami gerak. Perjalanan ambil masa 40 minit. Maknanya jalan ke KL tak jem lah pada waktu ini, mungkin sebab cuti sekolah ramai yang balik kampung dan sebagainya.

Bukit Bintang Suite di Times Square Shopping Mall – East Entrance

Kami sampai jam 3pm, dan untuk ke suite apartment ini- kami kena ke Pintu masuk East >  lepas dah scan My Sejahtera terus ke parking di G2 , BI-B3 boleh je parking. Malas nak berebut, kami park di B2, tiang B2;40. Haaaa, lengkap gitu. Bukan apa kalau ada yang teringin nak p mesti korang pun nak details kan. Boleh gitu, cukup info UN bagi kat sini.

Campur tolak, kami sampai kat bilik dalam 330pm, wahh. Serius teruja.

Bilik agak besar, sebab ia apartment, jadi luas, ada kitchen, ada bilik mandi yang besar dan juga ada 1 katil queen dan 1 single, kat ruang tamu pula ada sofa dan meja makan. Pemandangan dari bilik kami dapat lihat Jalan Tun Razak, Park Royal Hotel dan kawasan sekitar sampailah bulatan kampung pandan. Menarik dan malam memang lawa.

Kolam Mandi di Bukit Bintang Suite di Times Square Shopping Mall / Times Square Hotel

Kalau menginap kat sini, kita menggunakan kemudahan yang sama dengan Hotel Times Square. Maka, swimming pool di tingkat 15. Bilik tadi kat tingkat 24. Tapi satu je kelemahan kat sini, very limited masa yang diberikan untuk mandi manda. 1 keluarga diberikan masa 30-45minit sahaja.

Ehm, mana puas nak berendam, tapi mungkin ini sebab PKPP kot. Kalau dulu sebelumnya tak pasti. Memang kalau lambat , kena beratur sampailah ada family yang keluar. Dan kalau dah masuk kat kawasan Swimming pool tu, ingat-ingat juga orang lain. Ikut hati nak aja lama-lama kat dalam tukan..tahu anak-anak tak puas, tapi bila tengok ada jiwa anak-anak lain yang nak mausk mandi, maka kita sebagai mak ayah pun kena la straight atau tegas dengan anak-anak sendiri. Kalau kita hormati hak orang lain, insyaallah urusan kita yang lain pun di permudahkan Allah swt.

Shopping di Times Square Mall

Kalau bab shopping, sini terkenal dengan baju murah jugalah. Dah lama UN tak ke Times Square ini, tapi kalau kat G tu , sama je lah dengan beberapa tahun lepas, desing tak berubah, booth-booth hutan tu kekal sama. Kami shopping pun dah makan, eh bukan niat nak shooping pun tapi nak tengok indoor themepark, lepas dinner kat seberang jalan kami masuk ke mall. Dalam 915 dah kot masa tu, themepark dah tutup, dan kedai pun banyak dah tutup.

Specs Oakley idaman –

Hasil jalan-jalan cuci mata, tersinggah kat 1 kedai speck ini. Niat asal nak cari FARMASI sebab husband nak cari stevia, last-last jumpa kedai ini. Dan hasilnya, kedai tengah buat promotion pelbagai jenis spec hitam dengan diskaun 40%, wah apa lagi, UN terus tanya staff situ spec idaman suami UN, eh ada laaaa.

Tanya harga dapat diakaun banyak pula tu, daripada harga ribu riban asalnya, dan last tanya di IOI Mall, RM800+, masa tu masa birthday husband 23 July, dah try tapi tak beli. Maka, bila diberi harga RM539.00 apa lagi terus cakap ye! Ambil je, spec pilihan husband UN – Oakley mainlink  009264. Sukalah dia, lambat atau cepat dapat juga barangan idaman hati kan. Tak kisah lambat tapi dapat berjimat. Lebihan RM300+ Boleh buat benda lain yang pula. Gitu lah kehidupan, cepat atau lambat, yang pasti akan dapat, kena sabar insyaAllah dapat sesuatu yang lebih berbaloi.

Mandi lagi pagi Ahad

Next day – pagi tu kami mandi lagi sekali untuk last main-main air. Petang semalam tu , UN tak turun, dan ni pagi pun turun sebab anak-anak nak sangat main dengan UN. Maka, melayanlah mereka, sekejap pun tak pa, asalkan mereka puas hati dapat main dengan Ummi dan abah mereka. Gitulah anak-anak. So siapa yang tak tahu nak kemana, boleh pillih stay cation kat Hotel Times Square atau kat Suite Apartment – Times Square. Best la…kalau nak shopping gajet ke apa pun dekat, sebab ianya bersebelahan dengan Low Yatt dan Sg Wang sahaja.

Bab makan, kami jenis simple- malam kami makan kat kedai mamak je, dan balik hari Ahad tu UN masak untuk seisi keluarga.

So, ini sahaja catatan kami sekeluarga untuk kali ini. BAlik je beli voucher kat Photobook dan print hardcover book  dengan harga RM8.00 untuk kos print dan postage bagi 20 kpg gambar. Psstttt : masuk ke Suite Apartment Times Square ini satu lagi kelemahan – parking sehari semalam RM22.00. Mahal! Okay BYE.

8 thoughts on “Staycation di Hotel Times Square Shopping Mall”

  1. Izyan Balqis says:
    08/24/2020 at 12:52 pm

    Erkkk…mahalnya parking…bukannya selalu ada diskaun untuk stay kt hotel?

    Reply
    1. umminani says:
      08/24/2020 at 4:49 pm

      tapi ini bukan hotel, ini suite apartment! heheeeh +_ RM170 Jugalah

      Reply
  2. Syazni Rahim says:
    08/24/2020 at 7:56 pm

    syok tengok mandi2 dalam tub tu..hehe

    Reply
  3. Ai says:
    08/25/2020 at 3:50 pm

    Bagus swimming pool ada tembok. Tak dapat lah orang banggunan sebelah skodeng.

    Reply
  4. Azhafizah says:
    08/26/2020 at 2:20 am

    Anak anak dah jumpa kolam, tak cukup sekali mandi. Janji mereka seronok kan. Best tu dapat bilik luas. main air dalam bathtub pun jadi tu 🙂

    Reply
  5. Siti Norhidanah Mohd Miswan says:
    08/26/2020 at 10:11 am

    bestnya… walaupun dekat je tapi janji boleh bercuti-cuti an…
    anak-anak seronok mak pak pun happy

    Reply
  6. Hafiza Aizzawa says:
    09/02/2020 at 10:54 am

    Best2 hotel tengah bandar nie.. siap ada tab mandi tu.. menarik jugak kalau nk bw anak2 ke sini.. parking dia.. alamak.. mmg mahal…

    Reply
  7. SalinaJohari says:
    09/02/2020 at 11:31 am

    Seronok baca ! sesekali bawak anak jalan-jalan best kan? Hope K.Sal ade peluang gini. Cuti tak berusik lagi ni .. hehehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 (QF-2)
    Published on 2023-09-21 By Azhafizah MN
  • SPX Celebrates Record Women Empowerment
    Published on 2023-09-21 By Papa Amyzal
  • Pengedar Motor di Melaka Cipta Rekod Shopee Live
    Published on 2023-09-21 By Huda Halid
  • East Coast Trip (KB, KT, Ktn) - Day 2 Breakfast di NASI DAGANG ATAS TOL
    Published on 2023-09-21 By Azian Elias
  • Happy Birthday To My Darling Daughter Insyirah
    Published on 2023-09-21 By Lya Imtiyaz
  • Amazfit Balance Bawa Keharmonian dan Kesimbangan Dalam Kehidupan
    Published on 2023-09-21 By Bro Framestone
  • Hotel in Ipoh, Perak : RPGC Garden Hotel
    Published on 2023-09-21 By dorsett pink
  • Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!
    Published on 2023-09-21 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Aiskrim tempatan rasa nostalgia , Pal Litt dari Langkawi
    Published on 2023-09-20 By Ana Jingga
August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jul   Sep »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jul   Sep »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme