Mandi manda di Kemensah ; kami pilih Warisan Hati Rimba

mandi manda di Kemensah

Alkisah bermulalah cerita, si Along jelous Ummi dia pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan Kbba9. Bukan jalan saja, dah bagitahu dah pun. Tapi sebab bila Along dengan adik-adik dia tengok IG U, depa rasa best…duk merungut tak HABIS. Dah bawa depa pergi bercuti ke Langkawi dah pun. Tapi nak juga Umi bawa depa pergi ke Sungai macam kat Tanah Aina Fahad. Mandi manda di Kemensah pun dah cukup menggembirakan mereka.


Ingat nak pergi ke Sungai tekala sahaja. Dalam 15minit sahaja sampai ke Sungai Tekala. Tapi terbaca blog kak Mas Saari yang dia bawa anak-anak mandi manda di Kemensah, terus nekad nak bawa mereka kesana. Maka, bagitahu dah awal-awal yang hari Sabtu nak jalan-jalan mandi sungai. Excited masing-masing tau. Nikmat dapat mandi manda di Kemensah. Dan ini pun 1st time sampai ke Sungai Kemensah. Hari tu kami ke Hulu Langat.

Mandi Manda di Kemensah

bbq lamb kl
Ini masa kami dinner dalam air kat Sg Kemensah

Kami pilih mandi manda di Warisan Hati Rimba. Sebenarnya banyak lagi lokasi menarik. Sebab sungai ini panjang, jadi masyarakat setempat ambil peluang untuk buka tempat ini sebagai tempat perkelahan. Kami pernah masuk sekali di laluan yang sama, masa tu setakat half way sahaja. UN dengan suami pergi dinner di BBQ Lamb KL.

Sampai di Warisan Hati Rimba

Kami bergerak awal jugalah dari rumah. 750 pagi tayar dah bergolek. Masa perjalanan lebih kurang 45 minit dari rumah ke Ulu Kelang. Dan masa kami sampai tu , masih tak ramai orang. Jalan pun masih lengang dan parking pun banyak. Kami pilih untuk parking di hadapan dengan tempat nak mandi. Jadi kami tak perlu berangkat barang dalam jarak yang jauh. Syukur sampai awal.

Ini keadaan parking masa kami nak balik. Sesak dan memang ramai orang.

Nak jadi cerita, rupanya Chalet Warisan Hati Rimba ini buka jam 10pagi. Huhhhh! Lama lagi nak tunggu. Maka, mulalah sessi rayuan UN dengan staff W.H.R. Tak lama dalam menjalankan proses rayuan , pujuk rayu UN dan family dapat masuk ke kawasan Warisan Hati Rimba ini.

Kos Masuk :

Dewasa RM15 , Kanak-kanak RM5, Parking Lot RM5 dan sewaan meja RM10.00. Jika menginap RM80.00 sebilik , atau mengikut jenis bilik yang disediakan.

Kalau rasa nak duduk kat Chalet KELADI tu, booking awal-awal. Always full booked!
Ini kolam yang atas sekali dekat dengan Chalet.
Ini kolam khas untuk kanak-kanak -cetek
Sejuk yang amattt..sejuk gedi. nak turun pun takut.

Sini ada buai, ada kayu berayun dan tayar untuk anak-anak dan kita orang dewasa main-main atau duduk berehat. Air tak tinggi mana, so okay la.. melainkan jika sebelumnya hujan air mungkin tinggi.

Alaaa..sesekali bagi la chance nak main buai..

Kadar sewa meja RM10 untuk 1 meja besar. So, kalau tak ambil chalet , ambil meja pun dah okay. Meja besar, sesuai untuk duduk dalam 10 orang.

Kami bawa bekalan nasi dan roti. LAPAR je makan terus. Tapi kalau tak bawa, boleh je beli , sini ada jual nasi goreng ayam , air panas dll. Kami beli air nescafe tarik RM2.50. Lain-lain kami bawa.

Ini tak faham kenapa, tiba-tiba mai duduk atas riba. Manja sangat aih..

Kat dalam kawasan ini sahaja dah cukup seharian anak-anak mandi. Kolam pun bersih dan cantik. Ada kolam kanak-kanak dan ada kolam untuk orang dewasa. Semua kolam ini anak darjah 4 hinggadewasa boleh masuk.

Jika ada hajat untuk BBQ, boleh datang kesini. Tempat BBQ disediakan, cuma bawa arang sahaja untuk membakar. Lain-lain ada toilet dan juga surau disediakan. Surau luas dan kemas, tapi lupa nak snap gambar.

Gambar ini ambil masa nak balik dah. Kat tempat parking, sungai ini masih lagi yang Warisan Hati Rimba. Nampak kan ada Chalet? Boleh tempah untuk buat BBQ dengan family. Tempahan call -019-6000759

Nak bercuti singkat bersama keluarga? Jom kesini dan sokong juga #TourismMalaysia. InsyAllah sama-sama kita usaha untuk bangunkan ekonomi negara. Semoga anda juga memperolehi kepuasan daripada percutian singkat dan dengan harga yang mampu milik. Selamat berjalan-jalan. 🙂

4 thoughts on “Mandi manda di Kemensah ; kami pilih Warisan Hati Rimba”

  1. Seronok dapat manda mandi kat Kemensah ni. Ramai orang suka datang sini dengan family. Memang meriah. Dapat main buai nak sewa pun harga murah. berbaloi juga kan kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge