Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
homestay di Janda Baik

Homestay di Janda Baik ; dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.

Posted on 08/07/202008/06/2020 by umminani

Hujung minggu adalah masa untuk nak berehat. Kadang tu dah bosan nak jalan-jalan ke shopping mall. Nak juga keluar daripada bandar dan menikmati alam tapi dengan kos yang sederhana. Maka, kalau anda juga seperti UN, Janda Baik mungkin salah satu lokasi pilihan. Jika ke Janda Baik, Pahang ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan dan ada Homestay di Janda Baik yang boleh dipilih untuk staycation. Ini yang paling dekat dengan KL, jika nak lebih aktiviti menarik boleh ke Kuala Lipis.

Homestay di Janda Baik ; Mama Papa Chalet

Homestay di Janda Baik , tenang dan pelbagai aktiviti outdoor ada disini

Kalau nak menginap, salah satu lokasi best dan sesuai untuk keluarga adalah di Mama Papa Chalet di Janda Baik Pahang. Ada bilik pelbagai saiz, untuk keluarga kecil sehinggalah dorm yang boleh menempatkan ramai orang.

Homestay di Janda Baik , bilik harga patut
Bilik bermula daripada RM100++ sehingga RM300++
Homestay di Janda Baik , pelbagai aktiviti outdoor ada disini

Jika memilih untuk stay in kat Mama Papa Chalet, mereka ada sediakan sekali pakej dengan breakfast dan juga makan tengahari. Kawasan ini kawasan kampung, luas sangat. Jadi bab parking kenderaan tak ada masalah. Boleh park dimana sahaja kawasan lapang.

Selain itu, kalau kesini selain daripada mandi sungai di belakang bangunan chalet, boleh juga buat aktiviti lain seperti memanah dan juga sukaneka. Kawasan mereka luas dan besar. Memang sesuai dijadikan tempat beristirehat dan berkumpul. Malah jauh daripada jalan besar, damai dan sunyi.

Untuk datang kesini boleh hubungi 019-3688594. Alamat lokasi : Lorong Kuala Kurau, Hulu Chemperoh, Bentong.

Aktiviti luar di Radiant Retreats Site

Untuk aktiviti yang lebih extreme atau mencabar seperti camping, indoor dan outdoor aktiviti, kem sekolah atau kursus induksi boleh berhubung dengan Radiant Retreat. Mereka sediakan pakej yang boleh disesuaikan dengan bajet. Biasanya team building yang mereka aturkan sangat memuaskan hati. Itu antara feedback daripada pengunjung. Nak tahu lebih lanjut boleh ke facebook mereka : Radiant Retreats

Di sini juga boleh menikmati kawasan dusun durian dan juga kampung yang cantik. Tetapi aktiviti lain, anda akan dibawa ke lokasi yang berkaitan, tidak dilakukan di kawasan dusun ini.

The Land Bentong ; alami gaya hidup di kampung

Ini pula The Land. Disini lebih kepada tempat untuk berehat kampung styles. Tidak lebih daripada itu. Biasanya ia dijadikan lokasi untuk majlis dan reunion.

Bilik untuk beristirehat juga disediakan dengan bayaran bilik yang sangat berpatutan. Selesa dan suasana sangat ‘cool’.

Kawasan yang lapang ini, sesuai untuk family yang nak gather. Boleh berehat sambil melihat anak-anak atau cucu bermain bersama ahli keluarga. Kawasan lapang yang ada juga boleh digunakan untuk sukaneka.

Lari daripada kesibukkan kota pasti memberikan ketenangan. Untuk menempah lokasi ini adalah melalui AIR BNB. Yang berminat boleh layari The Land Bentong.

Okay UN dah share beberapa lokasi best untuk tenangkan fikiran dan serabut kota. Kalau ada kelapangan boleh la cuba menginap di lokasi-lokasi yang dinyatakan atau boleh cuba untuk stay in di Tanah Aina Fahad. Selamat beristirehat dan bercuti. 🙂

4 thoughts on “Homestay di Janda Baik ; dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini.”

  1. Syazni Rahim says:
    08/07/2020 at 6:27 am

    Wah cantiknyaaa chalet dia

    Reply
  2. Azhafizah says:
    08/09/2020 at 2:48 pm

    ohh patutlah macam pernah tengok. ada baca dari review blogger lain juga. Menarik betul tempatnya kan. Banyak aktiviti boleh buat kat sini.

    Reply
  3. Ai says:
    08/10/2020 at 12:47 pm

    Not bad bilik dia. Suka design dinding batu bata gitu.

    Reply
  4. Salina Johari says:
    08/20/2020 at 11:28 am

    Memarik jugak bawak family gathering sini. Lari sikit dari bandar

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • 15 Hotel Near KLIA (Kuala Lumpur International Airport) Sepang
    Published on 2023-09-25 By dorsett pink
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jul   Sep »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Jul   Sep »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme