Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Orchid Haven Cameron Highlands; selesa dan berpatutan

Posted on 10/19/202001/26/2021 by umminani

Bismillahirrahmanirrahim.. ini catatan throwback percutian kami ke Cameron Highlands pada 27-29 Ogos 2020. Walaupun pada 28/8/2020 adalah kelas akhir untuk kelas MDM Ruth, tapi tetap teruskan niat percutian. Dan pagi hari Jumaat itu, UN online class kat pantry di Orchid Haven Cameron Highlands. Sini selesa sangat, walaupun luar nampak biasa je, tapi keadaan dalam kemas dan bersih.

Ini pemandangan di bahagian bawah, sederet dengan kedai kain dan kedai makan.
Ini masa sampai..

Orchid Haven Cameron Highlands ; Selesa dan sesuai untuk percutian bajet

Orchid Haven Cameron Highlands - bilik

Inilah bilik kami, muat untuk kami 6 orang. Alhamdulillah. Kos untuk 2 malam kami dapat dengan harga RM283.50 Kami sampai pun dah maghrib. Sempat kami kemaskan diri dan solat, lepas tu kami turun ke bawah untuk cari makan dan ambil angin kesejukkan di Cameron Highlands.

Bestnya disini sangat muslim friendly dan ada disediakan kitchenette. Boleh nak masak simple-simple dan untuk panaskan lauk, jika bawa bekal. Ada Cuckoo disediakan disini dan juga ada perlatan dapur juga.

Orchid Haven Cameron Highlands - kitchenette

Ini include sarapan, ada disediakan sarapan ringkas sahaja iaitu roti gardenia dan jem. Lain-lain kalau nak makanan berat, di kedai sekitar Orchid Haven Cameron Highlands ada jual nasi lemak dan roti canai waktu pagi.

Orchid Haven Cameron Highlands -  surau

Disini juga ada disediakan surau. Boleh untuk solat disini jika dalam bilik kurang selesa. Kami buat macam rumah sendiri tau. Masa kami sampai kan hari Khamis, dan pagi Jumaat pun masih tak ramai check in. Itu yang bertambah heaven bila kami stay disini.

Orchid Haven Cameron Highlands - ini tangga untuk naik keatas

Ini hari kedua nak gerak balik, tangga dihiasi dengan pokok-pokok hijau. Tenang macam kat taman. So far, okay la stay sini.

terletak di hadapan Orchid Haven Cameron Highlands

Malam-malam boleh jalan-jalan sekitar kawasan Orchid Haven Cameron Highlands. Kalau nak tahu landmarks ia sekitar kawasan Maybank Tanah Rata.

Bergambar kenangan di signboard Cameron Highlands

Orchid Haven Cameron Highlands - signboard CH terbaru 2020

Kalau kesini tapi tak bergambar kenangan dengan signboard CH tak sahkan. Jadi kami ambil kesempatan di petang Jumaat untuk singgah disini. Kebetulan orang tak ramai.

Jika ke CH – Bawa anak ke Sheep Santuary , pasti ini akan mengujakan mereka.

Sheep Santuary Cameron Highlands
Sheep Santuary Cameron Highlands

Selamat bercuti, tapi kali ini kami tak ke ladang teh pun. Hari kami balik 29/8/2020 adalah hari yang paling sesak. Tapi tak apa, sebab kami dah pernah ke LADANG TEH Cameron Highlands dan juga dah pernah petik strawbery juga. Jadi kami ini kami lebih santai untuk menikmati suasana di CH. 🙂 Cameron Lavender pun kami tak jejak 🙂

2 thoughts on “Orchid Haven Cameron Highlands; selesa dan berpatutan”

  1. Hafiz Rahim says:
    10/20/2020 at 9:14 am

    Owh tempat menginap rupanya.. baca tajuk awal-awal tadi ingatkan tempat banyak pokok2 orkid. Hehehe

    Reply
  2. Siti Norhidanah Mohd Miswan says:
    10/20/2020 at 11:34 am

    bestnya, kira murah sangat lah tu harganya tu… selesa pun iya kan, udah namanya bajet… janji selesa
    siap ada dapur tu best, malam-malam lapar boleh masak megi dan buat air panas pun layan dah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
  • Pengalaman Sertai Larian FITMALAYSIA Kuala Lumpur 2023
    Published on 2023-09-24 By Bro Framestone
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme