Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Tips melawat ke Singapura

Tips Melawat ke Singapura ; persediaan elak kos tinggi

Posted on 10/30/202010/30/2020 by umminani

Tips melawat ke Singapura perlukan perancangan rapi. Penting jika mahu bercuti di negara ini adalah dengan membuat persediaan terutamanya berkaitan laluan perjalanan. Oleh kerana memandu sendiri, penting untuk save laluan dan lokasi yang hendak dituju dalam google maps  dan pastikan ianya boleh diakses tanpa rangkaian internet. Tanpa sambungan rangkaian internet, perjalanan ibarat tanpa tujuan dan hala tuju. Kedua, tukaran wang adalah jauh berbeza, maka perlukan perancangan teliti melibatkan itenary.

Ketiga, penting untuk bawa bekalan makanan yang cukup untuk anak-anak dan perancangan rapi berkait lokasi untuk makan dan solat.  Ini bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini seperti tidak mempunyai tukaran wang SG dollar yang cukup dan berbelanja melebihi kemampuan. 

Keempat, adalah sangat penting untuk menasihati anak-anak sebelum perjalanan untuk ‘behave’ dan tidak ‘tantrum’ di negara orang.  Jika keadaan ini boleh dikawal, walaupun penat, tapi sekeluarga pasti seronok menikmati suasana  dan perjalanan ke Singapura.

Di Singapura juga, jika bersantai di sekitar Palawan Beach dan riadah di Palawan Green, keadaan di kawasan tersebut bersih. Bebas untuk pengunjung bermain dan duduk berlapikkan tikar tanpa perlu risau akan najis atau kekotoran. Ini sangat menarik minat kami sekeluarga untuk kesana lagi. Anak-anak bebas bermain pasir-pasir yang halus dan dapat menikmati keadaan tepi pantai yang tenang ditemani angin sepoi-sepoi bahasa.

Universal Studios Singapore

Maklum semua tahu nak masuk ke USS bukan harga yang murah. Tapi masih berbaloi jika pergi dengan rakan-rakan. Kalau bersama keluarga mungkin rasa agak berat untuk bayar kos masuk cecah RM200.00 lebih seorang.

Kat sini memang banyak shop jual jelly dan chocolate tapi boleh je pujuk anak-anak untuk lihat dan tengok dulu, nanti balik kita beli di Malaysia. Peranan ma ayah penting untuk pastikan perbelanjaan tidak terlalu tinggi.

Imbiah Station :

Kat sini boleh berhenti untuk bergambar bersama Lion. Cewah anak-anak pasti suka. Cuma kalau tengahari anak-anak dah penat, banyak lah ragam.

Tips Melawat ke Singapura

GARDEN BY THE BAYS :

Tips Melawat ke Singapura
Tips Melawat ke Singapura- Garden By The Bays

Jika datang kesini- mesti bawa anak ke Garden By The Bays. Disini macam one stop centre juga untuk bersama keluarga. Disini ada food court dan juga pelbagai restoran.

Tips Melawat ke Singapura
Tips Melawat ke Singapura

Disini kena datang awal, dan bawa baju extra untuk anak-anakbermain dan mandi manda disini. Memang meriah sungguh. So, datang seawal waktu pagi pun berbaloi, ada tempat mainan dan riadah untuk anak-anak di sekitar Children Garden. Boleh bawa makanan dan berkelah disini. Kawasan bersih dan selesa. Boleh juga bawa kasut sukan, kerena terdapat pelbagai outdoor game disediakan. Kami guna kereta sendiri, jadi banyak barang boleh bawa masuk. So, gunakan keistimewaan ini untuk berjalan-jalan dengan puas di Singapura dan bawa makanan untuk jimatkan perbelanjaan disana.

Merlion Park :

Mercu tanda Singapura. Jika datang kesini wajib untuk ke Merlion Park. Memang meriah. Jika kesini, pastikan ada bawa air untuk basuh hadas kecil.

Tips Melawat ke Singapura
Tips Melawat ke Singapura

Seronok kesini, meriah dan jadi tumpuan pelancong. Seronok jika negara kita pun meriah begini.

Tips Melawat ke Singapura

Pemandangan dari dalam monorail di Sentosa.

Tips Melawat ke Singapura

Percutian singkat , namun bermakna jika dapat melihat keadaan dan persekitaran luar daripada kelaziman kita sebagai rakyat Malaysia. Pastinya pengalaman percutian ini dapat memberikan gambaran suasana yang berbeza kepada anak-anak dan menjadi sebahagian daripada pelajaran luar kelas yang bermakna untuk tumbesaran mereka. Semoga Tips melawat ke Singapura yang dikongsikan beri manfaat kepada mereka yang merancang untuk kesana dengan kos yang rendah.

INSYAALLAH.

3 thoughts on “Tips Melawat ke Singapura ; persediaan elak kos tinggi”

  1. Azhafizah says:
    10/31/2020 at 11:04 pm

    Banyak tempat menarik di S’pore. Tapi itulah belum ada rezeki jejak sana lagi. Boleh lah gunapakai tips yang akak share ni. Tq kak

    Reply
  2. Jiwasihat says:
    11/06/2020 at 11:52 am

    Perbezaan pertukaran mata wang ni kadang-kala tu menjadi satu beban untuk ke sana.

    Reply
  3. Aisya Ismail says:
    11/12/2020 at 10:10 am

    Lama tak pergi. Tapi kalau pergi ai akan jimat pada penginapan sebab duduk rumah sedara je.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Batu Karang dalam pundi kencing
  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Makan satay Pak Wan di Bandar Tasik Puteri
    Published on 2023-11-29 By Ana Jingga
  • Unveiling Affordable Luxury: Accor’s Inaugural ibis PJCC, PJ Hotel
    Published on 2023-11-29 By azni
  • November 29, 2023
    Published on 2023-11-29 By uncle gedek
  • Hougang United FC vs Sabah FC Live Streaming AFC 2023
    Published on 2023-11-29 By Azhafizah MN
  • Pengalaman Pahit Manis di Busan Immigration Office
    Published on 2023-11-29 By Sunah Sakura
  • Travelog Melbourne : Philip Island
    Published on 2023-11-29 By dorsett pink
  • MAK ABAH DAN ADIK-ADIK DATANG RUMAH
    Published on 2023-11-29 By norhidana
  • Kucing Suka Bertandang Ke Rumah
    Published on 2023-11-29 By Suria Amanda
  • 5 Fungsi Warna Pada Buah Dan Sayur
    Published on 2023-11-28 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Pameran Succulent Pada 1-3 Disember di Ipoh Parade
    Published on 2023-11-27 By Marina Bashah
  • East Coast Trip (KB, KT, Ktn) - breakfast di LIENIEY NASI KERABU TUMIS then ke BAAZAR TOK GURU
    Published on 2023-11-27 By Azian Elias
  • Barakallah Fii Umrik Along
    Published on 2023-11-27 By Mrs. A
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme