Mencari lokasi penginapan yang menarik untuk keluarga untuk bercuti di Kuala Kangsar? Okay kali ini UN nak share apa yang menarik di Kuala Kangsar. Manakala homestay di Kuala Kangsar yang menarik bagi UN adalah Safar House & Cabin. Setiap ibu bapa yang bawa anak kecil bercuti, yang paling menarik adalah swimming pool, betulkan?
Apa yang menarik di Kuala Kangsar : Safar House & Cabin di Kuala Kangsar
Jika nak bercuti di Kuala Kangsar, kami nak cadangkan Safar House ini. Ini kerana selain lokasi yang strategik, Safar House & Cabin juga ada menyediakan swimming pool.
Bilik yang disediakan selesa dan sesuai jika dijadikan rumah persinggahan dan berehat di hujung minggu. Bukan tema mewah tetapi rumah ni menawarkan lokasi bercuti bersama keluarga dalam keadaan relax dan seperti di kampung.
Swimming Pool :
Swimming pool yang disediakan sesuai untuk anak-anak yang ketinggian lebih 4kaki. Jadi sesuai untuk mereka bermain bersama adik beradik lain dan rakan-rakan. Swimming pool ini tak besar mana, jadi mudah untuk ibu ayah memantau anak-anak bermain. Semasa kami disana, anak-anak main sejak petang sehinggalah lewat malam. Dan keesokkan harinya awal jam 7pagi depa dah turun mandi.
Kalau menginap disini, ibu ayah bersama keluarga boleh juga ambil masa awal pagi saat masih berkabus untuk jogging dan beriadah. Memang tenang sangat. Kami suka menginap disini.
Lokasi yang strategik :
Kalau korang menginap disini, lokasinya sangat strategik. Dari sini nak ke LAKSA PAK NGAH hanya ambil masa 7 minit. Manakala untuk berjalan / jogging ke Istana Kuning adalah 10 minit atau menaiki kereta dalam 4 minit sahaja.
Untuk ke Masjid Bukit Candan pula, 3 minit dari Homestay ini. Sangat dekat. Kalau korang kesini, boleh menaiki bot diraja. Kami hari tu tak berkesempatan untuk naik kerana sepanjang kami buat survey tak tahu kewujudan bot diraja ini. Selepas google demi google barulah tahu ada tarikan menarik ini. InsyaAllah kami kembali lagi kesini nanti.
Jambatan Victoria Kuala Kangsar
Selepas itu, sebelum kami bergerak ke utara-kami singgah ke Victoria Bridge. Lokasi ini mempunyai sejarah tersendiri. Jambatan ini pernah roboh pada tahun 1941, semasa perang dunia ke-2.
Sejarah : Jambatan keretapi ini disebut juga Jambatan Enggor kerana letaknya di Enggor, Kuala Kangsar. Jambatan yang merentangi Sungai Perak ini mula dibina pada tahun 1897 dan siap serta dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Idris Murshidul Azam Shah pada tahun 1900. Jurutera yang bertanggungjawab terhadap pembinaan jambatan ini ialah G.W Fryer, Divisional Engineer dan C.RHanson.
Dengan siapnya jambatan ini, maka lengkaplah perjalanan keretapi dari Enggor ke Kuala Kangsar. Dalam tahun 1910, jambatan ini telah digunakan sepenuhnya untuk laluan keretapi dari Perai ke Johor Bahru.
Lokasi ini kerap kali jadi lokasi untuk pengantin abadikan gambar hair sejarha mereka. Jadi, jika anda belum sampai disini, wajib singgah sekali dan kenali sejarahnya juga.
Laksa Pak Ngah – Kuala Kangsar
Jika kesini, jangan lupa untuk menikmati laksa Kuala Kangsar yang terkenal disini. Laksanya memang lain daripada lain.
Okay ini sahaja yang UN dapat share kali ini. Kerana ini juga kali pertama UN singgah di Kuala Kangsar. Dan sebenarnya banyak lagi lokasi menarik. Boleh juga singgah dan melihat sendiri Malay Collage Kuala Kangsar yang juga ada pelbagai sejarah menarik untuk diketahui.
Selamat berjalan-jalan, doakan Covid19 hapus dari bumi MALAYSIA. InsyaALLAH amin.
Selepas kami ke Kuala Kangsar – kami ke Penang dan selepas itu terus balik ke Perlis.
Dulu saya pernah duduk Kuala Kangsar kejap,menyewa kat situ sebab kerja kat Lenggong
Owh..bestkan duduk sana.tenang je.. Un suka suasana kampung macam tu.
Best gak staycation kat cabin. Siap ada swimming pool lagi. tempat tempat makan dan tempat menarik pun dekat kira strategik sangat tu 🙂
Cantik tempat tu. Ai tak pernah lagi pergi Kuala Kangsar.
Menarik ni. Kuala Kangsar tu memang cantik. Kalau kaki makan boleh cuba gerai-gerai di lembah tu.
owh ya ka… lembah yg dekat dengan bot diraja ke.. nak singgah lagi lah nanti kalau situ okay