Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
Mengail ikan puyu

Mengail ikan puyu dalam sawah padi ; seronoknya balik kampung

Posted on 10/29/202010/28/2020 by umminani

Balik kampung adalah saat paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak UN. Merekalah paling happy kalau nak balik ke Perlis. Dan bertuahnya kali ini kami balik adalah musim mengail ikan puyu. Biasanya di Perlis, kami mengail ikan puyu dalam sawah padi.

Kos beli Joran :

Oleh sebab kat kampung tak ada orang yang nak mengail ikan selalu, tak ada lah stok jorannya. Maka, Un p beli dekat Mata Ayer. Harga yang 4 meter RM20 dan yang 3 meter harganya RM15. Un beli 2 yang 4 meter dan 2 yang 3 meter, supaya tak berebut. Kos hangus semua berjumlah RM77.00 campur dengan umpan dalam tin dan juga mata kail bersama tali.

Umpan cengkerik untuk mengail ikan puyu :

Untuk mengail ikan puyu, kami beli cengkerik RM2.00 sepeket. UN beli 5 peket pun banyak sangat.

Inilah rupa cengkerik yang digunakan untuk umpan ikan puyu. Gemuk-gemuk macam ni boleh potong 2 dan sangkut pada mata kail. Bila potong dua tu, keluar lemak putih daripada cengkerik. Mungkin ini yang bagi ikan terpikat dan selera dengan mata kail kot.

Mengail ikan puyu di belakang rumah :

Suasana ini tidak mungkin akan ada saat pada masa akan datang. Ini belakang rumah mak UN.

Ini pula dekat sawah padi belakang rumah tok UN. Sini pun banyak ikan, seharian kami memancing, kami dapat 80 ekor ikan semuanya.

Ini hasil daripada kail ALONG. Suka betul Along. Cuma memancing ini kena sabar. Biasalah kalau ada orang lain pancingnya cepat ikan tangkap, tapi pancing kita tak dapat. Semua ini mengajar kita unsur sabar dan redha.

Bukan sahaja ikan puyu, tapi kalau rezeki anak ikan haruan pun mengena. Ini hasil daripada pancing UN. Anak ikan haruan. Tapi ikan haruan ini, sekali dia makan umpan kena terus rentap, kalau tidak dia mudah jatuh.

Ini ikan puyu juga. Tapi belakang rumah UN ikan tak berapa besar. Sedap digoreng kalau yang kecil ini.

UN pun happy kalau anak-anak suka. Ini akan jadi pelajaran luar kelas untuk mereka. Mereka belajar untuk menikmati dan belajar tentang kehidupan kampung. Kalau di bandar takkan dapat rasai suasana begini.

Ini masakan gulai ikan puyu tok masak. Suka sungguh angah menikmati makanan yang tok masak.

Berselera betul kalau makan di kampung. Inilah budak-budak, depa nak suasana kampung. Bila depa lalui saat begini, pasti akan melekat diingatan mereka.

4 thoughts on “Mengail ikan puyu dalam sawah padi ; seronoknya balik kampung”

  1. Bro Framestone says:
    10/29/2020 at 7:40 am

    Best tue… Seronok kalau ada aktiviti macam nie dengan keluarga… Dulu masa kecil, tiap kali balik dari Asrama, ayah ajak pergi lombong… mancing dulu, baru balik rumah…

    Reply
  2. Siti Norhidanah Mohd Miswan says:
    10/30/2020 at 8:48 am

    wahhh bestnya dapat banyak tu ikannya…
    paling best bila belakang rumah ada sawah padi

    Reply
  3. Aisya Ismail says:
    10/30/2020 at 12:46 pm

    Alaaa nak balik kampung. Kalau balik kampung mesti memancing kat kebun.

    Reply
  4. Azhafizah says:
    10/31/2020 at 10:56 pm

    Bestnya mancing. Lagi best bila dapat ikan tu. Seronok mereka dapat memancing dapat makan ikan fresh.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE, MUDAH DAN SENANG
    Published on 2023-09-25 By Nadia Johari
  • Restoran Baharu Kawkki Korean Flaming Chicken Dibuka di IOI Mall Puchong
    Published on 2023-09-25 By Bro Framestone
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme