Bismillahirrahmanirrahim, ALHAMDULILLAH. Minggu ini dah masuk sem baru iaitu sem4 , dan juga ini adalah semester akhir kursus Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS 2019/2021), Kohot 3. Syukur alhamdulillah.
Sem ini juga adalah sem ke 3 kami belajar secara online dari mana-mana lokasi. Samada dari rumah mahupun dalam kereta dan sebagainya. Gitulah resam dan adat kita belajar secara online.
Rangkaian Internet Terputus :
Bukan mudah nak lalui pembelajaran secara online. Ada dikalangan rakan-rakan Un yang duduk di Kelantan, Kedah, nun jauh disana yang mana mereka tidak melanggan Unifi mengalami masalah rangkaian internet. Saya pun sama, nama je duduk di Semenyih yang boleh kata jiran dengan KL, tapi masalah internet sama je.
Online guna telefon dan juga komputer:
Ini pun UN pakai Unifi, untuk online kelas. Tapi ada isu juga. Rangkaian internet tak berapa stabil . Ada masa terputus-putus. Langsung rasa terganggu, terus Un call unifi centre dan minta bantuan mereka fixkan apa yang sebabkan line internet teruk. Pada 27/10/2020 buat report pada TM Unifi, technichian datang, katanya kena guna kabel baru internet boleh dapat 500mbps. Kalau guna kat rumah atas tak support, cuma 2.4g sahaja. Cuma tadi dia tukarkan modem yang baru. Okay lah ada jugalah kesan daripada laporan yang dibuat terhadap TM Unifi.
Ini pun online guna komputer untuk tengok slide dan on juga di Handset untuk dengar suara lecturer. Itu kalau nampak gambar kat atas, ada muka pakai unifrom dan satu bertudung merah. Itu lah, back up, if harap pada pc ada yang ketinggalan. Semoga ada rezeki beli laptop baru atau pc baru yang support 5g. InsyaAllah.
Semoga apa pun cabaran, harap sem 4 akan berlangsung dengan jayanya dan berakhir dengan baik seadanya. InsyaAllah Amin. Disini – Keputusan sem 1
Tahniah UN. Semoga UN terus berjaya
saya guna Maxis home fibre. Alhamdulillah! so far sangat puas hati
Sangat mencabar kalau kelas online ni bila internet tak okay. Tapi takpe, yang penting kita usaha. Good luck untuk new sem kak 🙂