Bismillahirrahmanirrahim, pernah dengar tak..orang tu sangat marah kalau kita cakap bukan-bukan. “Oit pekak ke??!” “Bangang!” …Say no pls to this words.
Kadang kita ni lancang bercakap. Tanpa sedar, apa kita kata kita buat semuanya adalah zikir dan doa. Pikir nak kaya, pikir nak jadi baik semuanya doa. Kadang mulut ini lancang berkata-kata, lupa yg hati kita ini sync dengan fikiran dan tingkah laku kita juga. Allah, aku bersalah juga pada beberapa keadaan. 🙂 Ampunkan aku .. 🙂
Apa yang aku lalui…
Sebenarnya, dalam satu-satu keadaan, bila kita nak buat sesuatu, bila dah usaha kan, tiba masa kita rasa yakin. Contoh bila nak exam la, dah benar-benar usaha, nak masuk dewan tu syok gila, rasa yakin sangat. Jawab pun lancar. Semuanya kena sync – hati, jiwa, fikiran dan tindakan.
Lagi cuba tengok time kita tak berapa yakin. Contoh nak seat for exam yang agak sukar – Dalam fikiran , “Paper ini susah ini, adui baca tak masuk-masuk…stress la!” Perasan tak, ini seolah-olah kita sabotag diri sendiri. Sabotag pemikiran kita sendiri, dan akhirnya bila buka buku nak baca, rasa beratnya ayat ini. “Apa ni, aku tak faham-faham, 10x baca tak juga faham!” Stress! Selepas tu, mula la migrain, huhuu .. pernah tak alami keadaan macam ni? – Tak berani nak cakap bukan-bukan, apa kita cakap doa..Sebab Allah swt maha tahu, walaupun sekecil perkara dalam hati kita. Maka, sama-sama kita ubah cara berfikir, bertindak dan bercakap kearah lebih baik. InsyaAllah
Lagiii …
Lagi, bila kita cakap dengan anak, “Along, ambil kat ummi gelas sat… tolong sat.. “, beberapa saat tak gerak…tunggu lagi tak gerak.. Allah kadang tu uji kita. Waktu gini mulut kena jaga, sabar ,kena kuat iman..mau tak macam peluru keluar dari mulut..
Ingat itu doa, itu zikir.. zikir baik-baik. Allah..bukan senang nak jadi baik. nak istiqamah dalam berbahasa. At least kita cuba buat yang terbaik, pikir baik, cakap baik-baik. 🙂 Semoga UN dan semua kita menjadi istiqamah dan setiap apa yang kita pikir baik,cakap baik, buat baik. InsyaAllah.