Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Bila kita dah punya segalanya…

Posted on 10/26/202010/26/2020 by umminani

Bismillahirrahmanirrahim.. saja je petang-petang ini nak luahkan rasa. KADANG dalam hidup ini kita sentiasa rasa orang sekeliling lebih baik. Mereka ada segalanya, kita pun nak.. Kita usaha pelbagai cara nak dapatkan apa pun sama macam orang lain.

Akhirnya, pada satu masa, kita rasa letih. Rasa penat mengejar suatu tak pasti. Manusia jadi murung, jadi lelah dengan diri sendiri. Un banyak belajar daripada apa yang Un lalui dalam hidup sehingga hari ini.

Macam kenaikkan pangkat UN baru-baru ini, un rasakan miracle. Sebab tak mengejar pun untuk dapatkannya. Tetapi bila pandang dan kaji semula, betul la. Allah maha mengetahui. Dia yang tahu bila nak bagi rezeki dan pada siapa. Ada orang yang jaga bos, harapkan pada manusia rezeki mereka manusia bagi. Mereka mengharap pada recomendation daripada kenalan. Tetapi sehingga hari ini, ada yang masih berada pada tahap yang sama.

Bila duduk, berfikir. Ya benar, Allah dah janji..siapa jaga aku, aku beri dia rezeki. Siapa yang menharap pada aku, aku berikan ganjaran. Percayalah, dalam hidup kita ini, lebih banyak kita jaga Allah swt, lebih dekat kita dengan tuhan lebih lagi rezeki Allah bagi. Jauh kita daripada Allah swt, rezeki pun menjauh, kebahagiaan jauh, jiwa tak tenang , hidup kucar kacir.

Sama-sama kita beringat, rezeki setiap orang , Allah swt dah atur. Ada orang yang pakai kereta besar sekarang, tapi tiada simpanan. Ada orang dia pakai apa dia mampu, tapi simpanan dia banyak. Hidup dia tenang.. kita tak sama. Jangan kejar apa ada didunia, dunia dan manusia akan tinggalkan kita.

Saat tu, kita rasa “buang masa aku jaga dia!” ” Ceh, langsung tak hargai aku!, apa ingat aku tunggul?!!” kita marah dengan diri sendiri atas kebodohan sendiri.

UN sendiri pernah lalui hidup ini, biasanya begitulah kita pasti kecewa bila nak harap pada manusia, tetapi jika kita berharap pada Allah, dia limpahkan kita pelbagai rezeki tidak diduga.

Lagi, masa tidak ada kita pikir, nikmatnya kalau aku ada… percayalah. UN pun sama, dulu tengok orang pakai carpet mahal-lawa-lawa, UN pun nak juga. Tapi bila dapat, rasa ..ehm biasa je…apa yang istimewanya.. Begitu juga, zaman UN tak ada apa pun dalam hidup ini, teringin nak pakai handbeg mahal dan cantik-cantik. Bila UN dapat apa yang UN nak, BUKAN 1 tapi 5 biji semuanya… ehm.. tak ada apa pun pakai handbeg mahal atau murah. Kita je tahu untuk apa kita guna dan sejauh mana beg itu bagi kesenangan dan kemudahan pada kita. Sebenarnya, dalam hidup begitulah.. tak semua kita rasa kita akan bahagia bila dapat sesuatu benar-benar akan bahagiakan kita. Tetapi percayalah, saat kita “ada”, kita lebihkan sedekah dan beri / kongsi dengan orang lain, rasa bahagia itu lain sekali. Tak dapat nak luah, tak dapat nak cerita.

Maka, dalam hidup ini , Un selalu pesan pada diri sendiri dan pasangan UN, jangan terlalu mengejar pada manusia yang belum pasti bahagiakan kita, tetapi kejar pada janji Allah , kerana dia maha memberi segalanya. Jangan di kejar apa orang ada, sebab ia bukan milik kita. Buat sehabis baik untuk kehidupan sendiri dan keluarga, kerana ini sesungguhnya saham akhirat yang akan bantu kita kelak.

Sesungguhnya, walaupun RM1.00 kalau Allah swt belum izin jadi milik kita, ia takkan terjadi. tetapi kalau Allah swt izin RM100,000.00 yang langsung tak pernah kita pikir, pasti jadi milik kita jua akhirnya.

Yakin , usaha dan doa. Letak 100% pada pengharapan pada Allahh swt dan jaga Allah sebaik-baiknya daripada jaga manusia. Manusia mudah lupa, Allah swt tidak. #muhasabah diri.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Sambal ikan bilis belimbing buluh
    Published on 2023-09-26 By Ana Jingga
  • 9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)
    Published on 2023-09-26 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Siaran Langsung JDT vs PDRM Live Streaming 27 September 2023 LS22
    Published on 2023-09-26 By Azhafizah MN
  • Bila ada anak dan rumah sentiasa bersepah
    Published on 2023-09-26 By cikguzim
  • Restoran Baharu Kawkki Korean Flaming Chicken Dibuka di IOI Mall Puchong
    Published on 2023-09-25 By Bro Framestone
  • Style with Waist Trainers – The Perfect Solution for Workouts
    Published on 2023-09-25 By Ana Suhana
  • Travelog Thailand 7 : Cerita Sambung Konvoi Kelab Aruzr ke Hatyai
    Published on 2023-09-25 By Marina Bashah
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
October 2020
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
« Sep   Nov »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme