Hadiah abah untuk anak-anak…. niat dah lama, masa je belum sampai

Bayangkan, masuk rumah anak-anak menerpa begini, terhari sangat dengan reaksi ini. Ini adalah setelah UN masuk rumah dan bagitahu mereka, “cuba tengok abah beli apa.. “, terus depa tengok beg kat tangan abah…berlari nak tahu betul ke semua ini apa yang mereka impikan. Tanpa perancangan , dapat PS4 hadiah abah untuk anak-anak , impian yang telah lama mereka nak jadi kenyataan.

Reaksi ini sangat mahal nilainya, suatu hari nanti mereka dah besar, harap mereka belajar untuk hargai abah dan ummi. Bukan apa, ada kalanya lambat dapat apa kita nak, tapi tiba masa, bila Allah nak bagi, tak perlu susah payah pun boleh dapat. Semua tu kuasa Allah swt. Ikut merancang belum tentu dapat, tapi bila Allah izin, mudah segalanya.

Hadiah abah untuk anak-anak , gembira tak terkata

Hadiah abah untuk anak-anak ; Biar dapat duduk bersama sampai akhir hayat…

Hadiah abah untuk anak-anak ps4, lambat tetapi dapat
UN selalu pesan, biar dapat duduk begini sampai ke akhir hayat. Walaupun masing-masing dah besar dan ada kerjaya dan keluarga sendiri.

Thanks Abah..

Dah lama anak-anak berangan nak PS4. Nak beli tapi ada sekatan!! Demi nak hiburkan hati depa, yang hari-hari duk add to chart kat shopee lego teknik laaa, games la dan macam-macam (Tapi sebenar hati nak PS, ummi abah tau, maka hari ini dalam sejarah abah hadiahkan juga PS4. (beli pada 10/7/2020)

Semua dah besar, banyak bantu Ummi dan Abah, sebagai penghargaan dan pemangkin abah hadiahkan apa mereka hajatkan. Rezeki anak-anak abah dahulukan, tapi abah ketepikan…nak beli basikal. Sedih dan gembira bercampur baur. 😢😆😁 *rezekitaksama , ada orang dah target Ps5, tapi cukup ini untuk depa. Alhamdulillah.

Hadiah abah untuk anak-anak ps4

Ini pun sebenarnya bukan plan nak beli, tapi entah macamna masa ke Lowyatt sebab UN nak beli Insta GO, terus abah depa ajak masuk kat Sony ini. Dan terjebaklah dan terbeli untuk anak-anaknya.

Total kos RM1499.00 dengan 2 cd games dan abah beli 1 CD FIFA 2020. Syukur, tahu ada orang lain saat PKP tengah struggle untuk dapatkan sesuap nasi. Tapi ini juga adalah hasil usaha dan kerja anak-anak yang orang tak nampak, mereka layak diberikan hadiah selain daripada percutian.

One thought on “Hadiah abah untuk anak-anak…. niat dah lama, masa je belum sampai”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge