Alhamdulillah, rezeki Allah swt bagi tak pernah tak cukup. Ada sahaja rezeki dari sumber tak disangka-sangka. Kali ini- Un surprisekan mak dengan Dapur Gas Takayama WOW Shop. Mak dah berkali-kali sebut nak dapur baru, dia kata ” nanti hang balik kita p cari satu kak yang baru… ” Kebetulan UN pun ada beli baru untuk kat rumah. Jadi order kat mak satu, tak bagi tahu sehingga barang sampai. Dan masa parcel sampai tu kami ada di rumah kampung juga masa tu.
Dapat tengok reaksi wajah mak happy. Tapi memandangkan dalam rumah, tak ada pun gambar yang diambil.
Ini dapur mak yang lama :
Mak UN, suka masak..kadang tu masak untuk jiran-jiran makan dirumah. Dapur lama mak dah nazak. Nak cucuh pun kena guna metik api dan lidi. Jadi sesuai untuk belikan baru untuk mak, happy bukan main dia.
Dapur Gas Takayama WOW Shop
Ini lah dapur baru yang UN belikan untuk mak. Walaupun tidak mewah, UN tahu mak happy untuk guna. Semoga doa mak untuk kami sekeluarga dan adik beradik yang lain takkan susut walau sedikit. Lain orang lain kemampuan, semoga apa UN ada dapat kongsikan dengan lebih ramai orang yang memerlukan. InsyaAllah. Tips berdoa – SEBUT NAMA MAK
Ini youtube yang UN buat masa unboxing untuk kegunaan dirumah sendiri
Saya beli di CJ Wow Shop: harga total Rm159.00. Berbaloi juga…api dia kuat dan cepat panas. TAKAYAMA- Hybrid Gas Cooker RM 159.00 31% Market Price RM 229.00 Free Gift TAKAYAMA Chafing Dish With Glass Lid WOW Cashback 5% (RM8) PRODUCT CODE : 124955 SHIPPING FEE West Malaysia : Free Shipping East Malaysia : RM 74.00
Setakat UN guna, alhamdulillah. Memuaskan hati. Alhamdulillah, kami tak mewah tapi ada rezeki untuk masak dan makan bersama keluarga. Lain-lain yang Un sempat coretkan antara Hadiah untuk mak – Telekung Siti Khadijah dan mak shopping di Lady’s Fashion Bangi. Semoga mak ada kesempatan lebih lama untuk rasa hasil atas segala usaha dan penat lelah membesarkan UN dan adik beradik yang lain. Amin
mudah je kan sekarang, order online je! konfirm dapat gembirakan hati mak kat kampung
1st time dengar brand ni. Bokeh masuk list
fuh..dasat nama..
mak akak pun suka dapur jenis gini, beza ngan yang table top tu …sebab yg jenis tahan lasak dan api dia pun besar
ya kak, mudah diurus juga..rosak beli lain..dan tak perlu susah payah nak maintenance..
Semua barang beli online je sekarang.