Buat apa sahaja sehingga dia gembira dan doakan kita.
Bila usia mak kita meningkat, dia tak nak apa-apa. Tetapi kita perlu melayan dia seperti dia layan kita masa kecil.
Kalau mak selalu sebut, usahakan untuk bawa dia kemana dia nak pergi. Kita tak tahu sampai bila mak akan bersama kita.
UN, kerap pesan kat anak-anak, jaga hubungan adik beradik sehingga ke akhir hayat, tak rugi kalau kita berbuat baik sesama adik beradik.
Kadang mak terasa dengan kita, kita pun ada masa terlepas cakap..pujuk balik..kalau tak nak pujuk..diam je..lepas tu lama-lama sikit minta maaf. HATI MAK macamana pun tetap pada anak.
Sebenarnya mak ke mertua ke sama. CUMA biasalah, anak sendiri mungkin mak lebih selesa. Sikit ada perasaan rasa tak puas hati tu mesti ada bagi kita yang anak ini. Sabar…jalan terus, jalan je orang tua kita. CUMA esok kita tua, jangan bezakan anak ke menantu. Sebab bila jadi menantu, dia anak kita juga. (Jauh fikir aih).
Semoga hubungan kekeluargaan kita akan berpanjangan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat kita. Amin. Kongsilah dengan adik-beradik kita.
sama muka nani ngan mak…yela selagi mak masih ada , kita sbg ank buat la sebaik mungkin…