Assalamualaikum semua, hari ni dah lebih 2 minggu kita melalui PKP bagi mencegah Covid-19. Apa aktiviti anda di rumah?
Ini saja je nak simpan sebagai kenangan cuti ini. Budak-budak ini buat macam-macam aktiviti , ada yang buat biskut dan macam-maca lagi. UN pula kelas berjalan macam biasa, tetapi sibuk tu bukan sebab kelas, tapi sebab jadi ghost writer.
Sepanjang cuti ini , ada pelbagai soalan cepu emas nak kena jawab dengan anak-anak. Dan kamus , buku jadi teman depa. Kita yang kena menjawab, tapi lagi satu…
Kelas Online – PKP, wajar ke wajar?
Bukan UN tak suka dengan pembelajaran online, eh..ada ke cikgu-cikgu baca ni? Kalau anak darjah 1-6 , tingkatan 1-6 okay kot, depa boleh buat sendiri. Tapi bagi anak yang tadika, masyaAllah bebanan pada mak ayah pula nak kena lukis bagai. Huuuu..memang tak terbuat, sedangkan UN pun WFH kan. So, biarlah. belajar pula tu very the very basic! Adoi, ni dah bulan 4 takkan anak nak kena buat huruf kecil -besar lagi…very the very waste my time. So, UN buat silibus sendiri. And, sorry teacher, no service no pay okay.
Kalau tanya UN, kelas online sempena PKP tak wajar. Sebab ada parents yang WFH bukan boleh 100% bagi tumpuan pada anak. Kalau memang parents tu cuti, dan betul-betul cuti maybe okay . But for me, NOT!
Belajar Kemahiran Hidup
The best thing tenang PKP, ialah anak belajar ikut masa sendiri, tak tension, lagi bermanfaat kot. Pada masa yang sama belajar kemahiran hidup. Masa inilah nak lipat kain, nak masak , nak bantu kemas rumah.
Anak-anak buat biskut sepanjang PKP 2 minggu lepas. 2 kali juga buat, seronok jangan tanya, memang boleh buat depa happy.
PKP bantu anak-anak luang masa dengan family sebaiknya. Yang ada abang dan kakak belajar sama-sama, hafazan pun okay.
Jangan habiskan masa dengan perkara yang lalai tau! BALANCE kan hidup dengan al-quran dan juga bacaan lain.
Masa yang ada, boleh jemaah dengan anak-anak. Tapi ..hahaha masa ni juga nak menyakat nak-anak 🙂
Okaylah..kita sama-sama doakan yang baik-baik sahaja. Semoga PKP ini berakhir dan COVID-19 juga berjaya di putuskan rangkaiannya. Semoga kita semua dapat kembali kepada norma kehidupan biasa. AMIN.
Macam2 aktiviti boleh di lakukan kan kak, bila buat aktiviti bersama gini mesti anak2 suka
boleh je nak bagi belajar online kat rumah tapi tak yah setiap hari kot,seminggu 3 kali pun ok dah n bg homework jgn banyak2 sebab belajar dalam kelas dengan kat rumah lain,penerimaan anak2 pun lain,setuju kalau yg dah besar2 tu tak pe la,dah reti.
Ya kak, mmg tak layanlah..level t8cer bagi pun.masih abc…huhuu.
Aaminn… semoga Covid 19 diangkat sebelum Ramadan.
Mrs. A pun ada dapat survey daripada cikgu berkenaan study online ni bila tanya Aryssa dia tak nak katanya. Adik pulak kat kampung so Mrs. A pun jawablah tidak. So kesudahanya mereka belajar dari arahan melalui WhatsApp ikut apa yang cikgu suruh buat je.
Betul tu time PKP ni kita kena pandai bahagi masa untuk anak-anak dunia dan akhirat biar seimbang.