Saya dan keluarga

Mak diusia senja, 66 tahun banyak yang mak lalui. Happy birthday mak.

66 Tahun! Tambah tolak sikit lagi akan mencecah 70 tahun. Biasanya 70 tahun kudrat telah berkurang, hanya masa untuk menikmatai keindahan ciptaan Tuhan sahaja. Dulu, masa kecil maklah segalanya.

Oleh sebab saya seorang sahaja anak perempuan jadi apa mak pakai itulah yang nak dipakai. Apa mak ada, itu jugalah saya ingin miliki.

Teringat peristiwa “kain pasang”. Ayah belikan untuk mak warna koko, tapi tiada untuk saya. Gila jelous! Menangis tidak berpuas hati kerana kain pasang. Sampai akhir, mak tak pakai baju tersebut. Ya Allah bila dah besar baru faham , menyesal. Itu zaman anak-anak la. Kini dah pun dewasa.

Jadi tahun ini kami (saya,adik, suami dan Dik Nana) hadiahkan mak sepasang telekung Siti Khadijah. Cuba bayangkan apa perasaan mak? Baru best, mak pakai apa yang kita pakai. Seronok apabila mak tersenyum bahagia. Biasanya mak hanya tengok orang pakai dalam rancangan Dai dan juga iklan di televisyen. Kini , apa mak teringin dah jadi hak mak. 

Dulu mak garang, apa sahaja tidak kena tunggu la rotan. Kami semua memang tak berani untuk melawan. Hari ini bila saya sendiri miliki anak seramai 4 orang baru lah tahu susah payah mak dulu. Bagaimana mak rasakan membesarkan kami adik beradik. Ada anak sendiri baru tahu, salah layanan ada yang jelous, ada yang terasa hati. Jadi jika ingin memuji, semua nama akan disebut. Supaya adil dan saksama.

Emak, satu perkataan mahal pada nilai. Bila lelapnya mata mak, kita tiada lagi insan yang boleh kita panggil dengan panggilan mak. Mak, tolong kakak. Mak, nak apa? Mak, nak makan? Serius, mesti terngiang-ngiang punya. Jadi, kesempatan masa yang ada, usia yang Allah swt pinjamkan ini diharap adlah sempat untuk saya sebagai anak menabur bakti kepada mak.

Teringat cerita seorang lelaki zaman Nabi Muhammad s.a.w , katanya “Saya pikul emak saya menunaikan haji, adakah telah membalas jasa emak saya melahirkan saya?” ” Tidak wahai anak, jasa ibumu melahirkan kamu tidak setimpal dengan apa yang kamu lakukan.”

Jadi ketahuilah saya, apa juga yang saya lakukan belum tentu dapat melunaskan hutang ibu melahirkan saya kedunia. Walaupun begitu, akan terus saya usahakan dan berdoa agar satu hajat yang sangat diidami mak akan dapat dicapai dengan izin Allah swt. Walaupun usaha ini juga masih tidak dapat membalas jasa mak. Mak, selamat hari lahir ke 66 Tahun . 2 Januari 1952 tanggal mak dilahirkan. Kami anak-anak hanya mampu berdoa agar mak sihat dan dapat beribadah dengan sebaiknya. Tiada apa dapat kami lakukan selain menggembirakan mak. Semoga doa mak akan kami perolehi selagi hayat dikandung badan. Keberkatan hidup kami hanya pada doa dan restu mak sahaja. Doakan kami mak, supaya semua azam kami tahun ini akan terlaksana. Kami semua sayangkan mak. Specialnya mak, air tangan mak tiada galang ganti. Tiada serupa dengan mana-mana insan lain. Terima kasih mak.

One Comment

  • ina

    alhamdulillah..seronok tengok makcik happy.Semakin murah rezeki anak anak makcik lepasni. Happy birthday makcik..moga diberi kesihatan berpanjangan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *