Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Cuti Krismas kami dan aktiviti keluarga – part 1

Posted on 12/29/201712/29/2017 by umminani

Assalamualaikum, apa khabar semua? Saya sunyi beberapa hari, ada sikit isu dengan blog sebab telah terlebih kapasiti. Jadi, dah berubat dengan sebaiknya iaitu clearkan back up data. Jadi sekarang blog telah kembali sihat walafiat. Syukur.

Apa cerita minggu ini? Ehm, penuh duka dan lara. Namun tak kurang juga ada kebahagiaan yang hadir.

Hari Jumaat lepas kami sekeluarga makan malam di Sate Kajang. Pergi sejurus selepas maghrib. Bukan apa, pergi awal senang untuk meletak kenderaan. Namun begitu, sebelum pergi awal-awal buat visualize untuk park depan kedai. Kebetulan masa kami pergi hujan,jadi wajib visualize terlebih dahulu.

Sampai sahaja di Sate Kajang, kami naik ke bahagian atas. Ummi order 5 sate daging dan 40 sate ayam, 2 set nasi impit dan 1 nasi goreng biasa untuk Along. Perut Along memang perut nasi, dengar menjerit minta tolong untuk diisi..hahaha layankan jer la. Owh ya, biasa kalau order air segelas ada sahaja tak cukup.

Jadi, Ummi order sejag air teh o ais. Tapi kali ini berlebih pula. Ada bekas air masak anak-anak yang berisi sikit air, Ummi kosongkan dan tapau..hahaha bukan apa kalau nak beli segelas pun Rm1++, balik boleh minum lagi.. Jimat ke kedekut? Bagi Ummi tidak membazir. Apa sekalipun atas penerimaan masing-masing.

Adik pula pelik sikit kali ini. Jangan tak tahu 😆 usia setahun lebih ini adik berjaya habiskan separuh daripada nasi impit yang panjang di Sate Kajang Haji Samuri ini. Adoi, sampai Ummi pegang perut, Ummi cakap “Adik, ni balik rumah wajib letak minyak panas ni!”. Pegang perut dia sampai rasa bulat macam bola. Adik owh adik!!.

Rasanya habis ke 45cucuk sate? Ehm… perut kami ni boleh tahan, anak-anak pun makan boleh tahan. Cuma balance dalam 6 cucuk sahaja. Jadi yang balance tapau juga.

Bila ke Sate Kajang Hj Samuri ini korang tahu ke yang kita boleh beli kuah kacang? Ha, 1 kilo Rm11+, jadi Ummi beli untuk dipanaskan di rumah. Jimat masa tanpa perlu ke kedai beli bahan mentah dan masak. Huhuuuu senang banyak mak!

Galeri Kami :

Tudung ini fashion bila Along tolong sarungkan kepada Cik Sarah. Cer korang yang baca buat macam ni, agaknya comel macam Cik Sarah pakai tak?

Korang kalau pergi malam ke Sate Kajang Hj Samuri ini ada sikit dugaan berhantu. Nak tahu ke? Terutama kepada kaum ibu. Kalau kesini kena sabar, anak makan tak senang sebab ternampak-nampak taman permainan di bawah atau sebelah sate ini. Sangat menggugat jiwa. Selagi tak pergi rasa tak tenang semua orang. Redha yer kalau bawa anak -anak sebaya anak Ummi. Hahaha.

Ada lagi ni kedukaan hujung minggu lepas, esok Ummi update okay. Jumpa esok.

1 thought on “Cuti Krismas kami dan aktiviti keluarga – part 1”

  1. ema says:
    12/29/2017 at 4:42 pm

    kami pun baru lepas makan sate haji samuri..dekat RNR Awang Besar..paling dekat dengan rumah..tak tahu pula boleh beli kuah satenya.. beli sesiap lagi senang.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Percutian ke Pulau Langkawi 2023
  • Konvokesyen Raudhah Montessori Centre, Semenyih
  • Restoran Mak Kimbong Bangi – Birthday Angah ke-10
  • Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC)
  • Hari Keluarga Pematuhan Standard JIPS, Bukit Aman

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • ShopeeFood Memberi Ganjaran Kepada Rakan Penghantaran Wanita Untuk Hari Wanita Sedunia
    Published on 2023-03-15 By Ana Jingga
  • BUFFET RAMADHAN 2023 - DEWAN BANKUET MBSA bertemakan “SELERA NUSANTARA”
    Published on 2023-03-15 By Huda Halid
  • Amazfit GTR Mini Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM599
    Published on 2023-03-15 By Bro Framestone
  • ShopeeFood Memberi Ganjaran Kepada Rakan Penghantaran Wanita Untuk Hari Wanita Sedunia
    Published on 2023-03-15 By Ana Suhana
  • Resepi Senang, Sedap, Sihat & Bagaimana Ia Mengaktifkan Otak
    Published on 2023-03-15 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Meet up n celebrate.
    Published on 2023-03-15 By Azian Elias
  • 8 Cara jaga kulit muka yang betul : Kulit Hannah Delisha mulus dan bersih sangat
    Published on 2023-03-15 By azni
  • Daun Mas Cotek Batik Bentuk Love
    Published on 2023-03-15 By Azhafizah MN
  • BUFFET RAMADAN MZ 2023 BERTEMAKAN CITARASA ANTARABANGSA DENGAN HARGA BERPATUTAN
    Published on 2023-03-15 By Nadia Johari
  • Terasa Berada di Spa dengan Ginvera World Spa Shower Scrub
    Published on 2023-03-13 By Qaseh Dalia
  • Nak Info Travel dan Review Makanan Sedap? Blog Ini Tidak Akan Menghampakan Anda!
    Published on 2023-03-13 By sohoque
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme