Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu

Bajet bulanan untuk sekeluarga tahun 2018, naik ke turun?

Posted on 12/23/201712/23/2017 by umminani

Kos yuran anak sekolah tahun 2018. Korang rasa okay ke okay? Saya tengah mengira bajet keluarga tahun 2018. Semua bil , utiliti dan juga kos lain. Dibawah adalah ringkasan BAJET yang diperlukan setiap bulan tahun hadapan. Itu baru yang penting belum masuk extra kos yang tiba-tiba kena bayar.

Kos Utiliti:

Elektrik RM250.00

Air RM20.00

Unifi RM 200.00

Celcom: RM150.00

Indah Water : RM32.00

Jumlah : Rm502.00

Perbelanjaan untuk anak-anak : 

Along : 8 tahun

Belanja bulanan : RM50.00 ini sekolah sediakan makan tengahari. Jadi tak perlu beli sendiri.

Duit poket RM3 sehari (22 hari) = RM66.00

Jumlah = RM 116.00

 

Angah : 5 tahun

Tadika :RM 150.00

Transit / kafa : RM190.00

Transport  : RM20.00

Kelas malam :RM100.00

Jumlah : RM360.00

Bayaran kepada pengasuh :

Kakak : RM200.00

Bab bergaya depa 4 beradik.

Adik : RM300.00

Pampers :RM100.00 (Drypers basic 4 pek)

Susu Dugro  : RM100.00

Jumlah RM700.00

Kos Pengasuh dan Transit:

Itu baru kos yang tetap, belum lagi kos lain. Nampakkan banyak juga kos perbelanjaan anak sekolah. Tapi masih under bajet. Angah kalau hantar pengasuh 5 tahun , pengasuh ambil kos RM150.00 itu untuk kos transit, boleh tahan harga. Ehm, baik duduk jer di tadika, kira pusing sana pusing sini, dan mengambil kira tahap keselamatan ulang alik  akhirnya saya ambil keputusan untuk Angah tadika dan transit di tempat sama. Kiranya Angah tidak banyak pergerakkan dan boleh berehat juga. No wonder ada yang hantar kepada mak untuk jaga anak, FREE! Tak sepatutnya.

Along, kos pergi dan balik sekolah masih boleh absorb dalam kos minyak Ummi dengan abah. Tambahan hanya menggunakan motorsikal. Ummi pula terfikir, nak naik kereta ke motor tahun depan ini. Nak naik motor macam serik je. Tapi boleh jimat kos minyak dan tol pergi dan balik kerja kalau naik motor.Nanti fikir, masih trauma lagi ini.

Yuran sekolah tahun 2018

Tahun ni yuran Along masih tak tahu berapa. Cuba untuk sekolah Along dapat baju sekolah FREE untuk semua pelajar yang mana kerajaan negeri sponsor. Duit buku dan duit PIBG sahaja la yang kena bayar , duit makan boleh bayar secara ansurans setiap bulan.

Angah, yuran bagi 5 tahun tadika sahaja RM600.00 untuk belian barang, baju dan peralatan. Huhuu, akalu 6 tahun kena tambah RM55.00 untuk kos konvokesyen. Semua duit kan?

Ini kos yang Ummi kena kena keluarkan secara tetap bagi setiap bulan. Dan kos makan minum kami sekeluarga setipa bulan termasuk pampers dan susu adik tadi adalah RM1000. Sebenarnya gaji kita ini cukup ke lebih? Lebih kalau pandai bajet, kalau tersadong… jawab sendiri.

Tahun 2018, banyak lagi perancangan ini. Ada yang nak pakai duit ada yang boleh datangkan duit. Cuma nak kena kesana kemari itu yang kena cabar diri. Harap apa juga perancangan tahun depan berjalan lancar dan ada sumber yang boleh kita jadikan pendapatan tambahan bagi 2018. Yang lebih sedekah, zakat  dan simpan. InsyaAllah, setiap sumebr yang Allah beri akan cukup jika berkat disisi Allah swt. Jom sama-sama kita doakan tahun 2018 lebih banyak kebaikkan hadir dalam hidup kita. InsyaAllah. Amin

4 thoughts on “Bajet bulanan untuk sekeluarga tahun 2018, naik ke turun?”

  1. ina says:
    12/23/2017 at 8:33 am

    good sharing UN.. sangat bermanfaat.

    Reply
  2. Azni says:
    12/23/2017 at 9:03 am

    Huhuhu mmmg byk belanja kan

    Reply
  3. Huda says:
    12/23/2017 at 9:05 am

    Bagus akak dah listkan budget tahun depan. rasa nak buat juga lah hari ni. Semoga Allah hadiah rezeki yang mencukupi untuk akak sekeluarga.

    Reply
  4. Fatin Shahrizam says:
    12/23/2017 at 12:21 pm

    Semoga dipermudahkan segala urusan untuk tahun 2018 nantii ^^

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Percutian ke Pulau Langkawi 2023
  • Konvokesyen Raudhah Montessori Centre, Semenyih
  • Restoran Mak Kimbong Bangi – Birthday Angah ke-10
  • Hari Sukan Sekolah Raudhah Montessori School (RMC)
  • Hari Keluarga Pematuhan Standard JIPS, Bukit Aman

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • 8 Tips Mudah Pilih Makanan Ketika Di Bazar Ramadan
    Published on 2023-03-19 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Drama Salam Famili (Astro Ceria)
    Published on 2023-03-19 By Azhafizah MN
  • BUFFET RAMADAN 2023 : MAHA BUFFET IFTAR TERBESAR DI MALAYSIA 2023
    Published on 2023-03-19 By Nadia Johari
  • Kenduri tahlil di Puncak Alam.
    Published on 2023-03-18 By Azian Elias
  • Jom Ke MAHA BUFFET Berbuka / Iftar Terbesar Di Malaysia Tahun 2023
    Published on 2023-03-17 By Bro Framestone
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
December 2017
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Oct   Jan »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme