Selepas 4 hari jatuh motor!

Hari ini masuk hari ke empat duduk di rumah lepas jatuh motor. Sakit jatuh bangun ni kena la hadao, anggap jer Allah swt nak ampunkan dosa-dosa lampau. Yer la betul kan, orang kata kalau sakit ini rezeki juga, sebab dengan cara ni juga Allah swt nak ampunkan dosa.

Ini motor lepas excident kali pertama. Kali ini rosak bahagian letak kaki penunggang belakang, dan juga depan banyak terkoyak kulit ..huhuh sabar jer lah.

Hari pertama jatuh sahaja dapat MC, hari Rabu – Jumaat kena ambil cuti sendiri. Bukan nak salahkan doktor tapi logik ke jatuh dengan luka kat lutut dengan kaki dapat sehari jer? Masa jatuh motor kali pertama seminggu juga doktor bagi, kali ini ke HUKM sehari jer.. nak merangkak pergi hospital HUKM lagi malas la pulak.

Ini kalau hari Isnin masih tak boleh berjalan, nak ke klinik kesihatan sini dulu. Yer la, nak pergi jauh-jauh aduh buang masa. Luka ada yang belum kering, adehhh! Ubat luka dah letak, dan elang seli dengan minyak gamat. Harap cepatlah sembuh.

Bila sakit, memang macam OKU. Solat pun kena atas kerusi. Allah! Nikmat yang sering lupa saat sihat,iaitu kaki tangan dan tubuh badan. Bila berlaku macam ini baru sedar semula akan nikmat ni.

Hari ini pula ada event dengan Mamakembartiga, apakan daya masih tak boleh jalan dengan baik, maka dah wassap minta maaf kepada penganjur dan juga mama sebab tak dapat bersama-sama ke event tersebut. Belum ada rezeki ke sana.

Hari ini juga baru mula puasa 6. Bukan apa, nak mulakan awal ada jer sekatan dan halangan. Harap, dapat habiskan puasa 6 dengan baik dan dengan izin Allah swt hendaknya. Amin Kalau nak berbuat baik mestilah Allah swt izinkan betul?

Kawan-kawan doakan Ummi dapat berjalan seperti sediakala ya, banyak yang perlu dilakukan. Malah nak solat pun muah jika kaki dah sihat dan luka kering. Doakan ya, dan Ummi doakan sahabat Ummi semua dilindungi daripada kecelakaan. Amin

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge