Bismillahirrahmanirrahim, semoga semua yang sedang membaca pada hari ini di berikan keceriaan, murah rezeki dan kemampuanuntuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan hari ini. Apa khabar? Anak-anak sihat? Ummi bersyukur, diberikan kesihatan yang baik dan anak-anak juga bertambah sihat. Inilah nikmat yang Umi tak boleh nak dustakan. Ewahh! Bermadah pujangga gitu. Ehm , kali ini Ummi menerima cabaran untuk menyediakan bekal makanan untuk 5 hari untuk menyediakan lebih nutrisi kepada anak-anak Ummi dan nak kongsikan resepi-resepi apa yang Ummi sediakan untuk si manja. Nak tahu apa yang Ummi sediakan untuk anak-anak sepanjang 5 hari , bagi cabaran kali ini? Jom baca apa resepi Ummi untuk si manja berdua.
Cabaran 5-hari bekal makanan tengah hari , nak tahu apa menunya?
Resepi Ummi ini sesuai untuk hidangan tengahari bagi 5 hari bersekolah dan Ummi yakin dengan menu yang Ummi sediakan dapat membantu menambahkan nutrisi kepada mereka.
Resepi Pertama : Sandwich Ayam
Bahan-bahan :
4 Keping Roti Germa Gandum
Kepingan Ayam
1 ikat daun salad
1 biji tomato buah – hiris nipis
butter secukupnya
4 sudu besar mayonis
garam secukupnya
1 biji limau nipis
Ummi hanya letakkan kepingan ayam yang telah dimasak, dan diletakkan diatas roti yang telah disapukan butter. Kemudian letakkan timun, tomato, daun salad, dan sardin. tutupkan dengan roti. Ummi gunakan roti yang ada germa gandum kerana Germa Gandum kaya dengan vitamin dan mineral yang memberi manfaat kepada jantung dan meningkatkan sistem ketahanan badan.
Resepi Ke Dua : Macaroni Chees, Buah-buahan dan Ayam Goreng
Bahan-bahan :
1 peket macaroni
2 cawan parutan keju cheddar
1 liter susu segar dalam kotak -apa-apa jenama pun okay
4 sudu besar mentega
2 sudu tepung gandum dibancuh
Black pepper secukup rasa dan daun oregano.
Garam secukup rasa
Caranya :
Didihkan air didalam periuk yang cukup besar . Bila air dah cukup mendidih masukkan semua macaroni dan rebus sehingga cukup kembang dan lembut. Bila dah masak toskan macaroni supaya tiada lagi air yang berbaki. Masukkan semua butter dalam periuk dan panaskan periuk kemudian masukkan semua tepung gandum dan kacau bahan-bahan ni sampai la tepung gandum bertukar warna kekuningan dan masak . Selepas tu masukkan susu dan kacau . Kemudian masukkan keju dan serbuk black pepper didalam periuk dan kacau . Ummi suka tambahkan sikit daun oregano sebab suka baunya yang best. Kacau sehingga masak serta menjadi pekat . Bila dah sipa boleh gaul dengan macaroni yang dah di toskan tadi. Siap!
Resepi Ke Tiga : Nasi Goreng Butter Dengan Telur
Bahan-bahan :
Secawan nasi yang telah disejukkan
Bawang merah di mayang halus- 2 ulas
1 sudu butter
2 biji telur dan
sedikit sayur campur
Caranya : Tumiskan butter dengan bawang sehingga naik bau dan bawnag tersebut masak kekuningan. Setelah bawang dah masak, masukkan nasi yang telah disejukkan dan gaul sebati. Masukkan sikit garam dan pecahkan telur , gaul sehingga sebati. Bila nasi dah masak , masukkan sayur campur samada yang segera atau yang fresh. Siap!
Resepi Ke Empat: Roti Bakar Dan Telur
2 keping roti Germa gandum
Butter
Black pepper dan
sos
2 biji telur
Caranya : Pecahkan 2 biji telur dalam 1 mangkuk kecil. Masukkan black pepper dan pukul telur tersebut. Bakar roti dalam toaster dan ambil sudu masukkan telur dan bakar. Mudah jer, dah jadi sandwich telur. Mudah sahaja kan.
Resepi Ke Lima : Spagetti Daging Dan Buah-buahan
Bahan-bahan :
1 paket spagetti
1 labu bawang holland (kalau tiada, gantikan dengan bawang besar) dipotong dadu
1 biji buah tomato dipotong dadu
1 mangkuk kecil daging dipotong kecil
1/2 tin sos prego tradisional
Sayur : Karrot, batang celery, capsicum -2 sb lada hitam -2 sb mixed herbs (boleh dibeli dipasaraya)
Sedikit minyak untuk menumis (saya pakai minyak zaiton)
Garam dan gula secukup rasa
Cara masak :
Didihkan air dan tambahkan secubit garam dan sedikit minyak minyak. Celur spagetti hingga lembut. Apabila dah lembut boleh di toskan seketika.
Pada masa yang sama, panaskan minyak masak dan tumiskan bawang bersama buah tomato hingga layu. Masukkan 1 botol Sos Prego Tradisional. Boleh Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk. Ingat ya masukkan sikit garam dan gula. Siap!
Itu dia resepi masakan Ummi selama 5 hari , yang mudah , simple dan berkhasiat. Anak-anak lebih suka makan spagetti dan macaroni berbanding nasi. Jadi , Ummi sediakan yang terbaik untuk mereka.
Ha! Bestkan kita dapat sediakan makan bernutrisi untuk Si Manja. Ummi bukan sahaja sediakan 1 set tau, tapi setiap hari Ummi perlu sediakan 3 set untuk mereka. Tambahan lagi mudah, bila Dumex Dugro® sediakan bekal nutrisi yang comel ini, bukan sahaja ibu tapi anak-anak pun semangat tau. Owh ya, untuk bekas Bekal Nutrisi boleh dapatkan di mana-mana kedai, htpp://www.dugro.com.my/promosi dan acara/ncp
Jadi, Ummi sekarang tak risau lagi kalau nak bawa mereka berjalan-jlan ke tman atau bermain di luar. Bekal kan ada, jadi kita sebagai ibu lebih yakin degan setiap butir makanan yang masuk ke mulut anak. Opss, dapat jimat juga tau, yer la, kalau kat luar, nak dapatkan makanan berkhasiat kan mahal, jadi ibu-ibu bolehlah sediakan sendiri.
Lepas ni, anak nak berjoget, bermain, berlari 10 pusingan padang dan lepas tu nak makan, dah tak jadi masalah. Ummi bukan jer ada bekal nutrisi ajaib, tapi makana yang berkhasiat lagi untuk mereka. Semua dah terhidang. Suka kan?
Peraduan Dumex Dugro®: Resipi Nutrisi Mama
Kini korang berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik apabila menyertai peraduan Dumex Dugro® Resipi Nutrisi Mama dengan mengambil gambar hidangan bernutrisi untuk Si Manja dan sertakan kapsyen kreatif/inspirasi tentang penyediaan makanan ‘lebih lagi nutrisi’ buat Si Manja anda bersama hashtag #DumexDugroMY #ResipiNutrisiMama di Facebook/Instagram anda. Peraduan bermula dari 21 September – 5 November! Layari www.dugro.com.my
Masih sempat lagi, info lanjut boleh ke :
http://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/mamacontest
Tq share resepi UN..kadang pening gak nak buat bekal utk anak²
Terima kasih UN.. Bertambah idea untuk sediakan bekalan anak2..
terliur la hai.. walaupun makanan anak2. comel2 cmni mesti anak2 tertarik..
5 resepi untuk dicuba. Tq Nani..
Boleh cuba juga contest Dugro ni. manalah tau kan rezeki
Kreatif la nani
wah ada peraduan ek .. lisa biasa bagi bekal kat little boy tu sama je ari2 . takde masa aduhhh. Boleh tahan banyak bekal atas ni …. knfrm kenyang
Boleh laa ikut resepi ni, bekal 5 hari ke sekolah kan
Semua ni nampak sedap 🙂 Simple yang penting mengenyangkan dan memberi tenaga kan.