Bismillahirrahmannirrahim, selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan para rasul. Semoga hari yang penuh barakah ini, kita semua dalam keadaan yang tenang dan suci hati daripada segala kesilapan dan detik hati yang tidak baik. Hari ini Ummi ingin berkongsi akan kebaikkan dan juga produk pilihan Ummi iaitu Produk Himalaya dan ianya kini terdapat butik sendiri di KLCC. Himalaya juga dikenali dengan brand Himalaya Wellness.
Produk Himalaya ada di Butik HIMALAYA di KLCC, Midvalley, Sunway Piramid.
Produk Himalaya di KLCC ada di butik no C43-C, Concourse Level. Senang nak cari dan yang penting lokasi butik ini sangat strategik. Selain itu , sangat memudahkan ibu dan ayah seperti Ummi untuk shopping bersama anak-anak. Takala mereka telah jemu , dan Ummi sibuk menjamu mata dengan produk Himalaya ada mesin permainan sebagai upah kepada anak-anak. Kiranya Ummi boleh berbelanjan dengan tenang dan jiwa yang lapang tanpa sebarang kerisauan.
Jimat dengan program keahlian HIMALAYA
Produk kesukaan Ummi adalah shampoo ini. Ini adalah shampoo untuk rambut gugur dan ianya ada set yang kita boleh pakai bagi mengekalkan kekuatan dan kesegaran rambut. Tunggu dulu, Ummi ceritakan bab shampoo ini di bawah ya. Korang semua wajib tahu, produk Himalaya ini 100 di perbuat daripada Herbal Aktif dan ianya dijamin halal. Selain itu, harga yang ditawarkan juga berpatutan . Tambahan lagi, jika kita beli dengan pembelian RM100.00 telah melayakkan kita untuk sertai sebagai ahli HIMALAYA, cuma berikan nombor kad pengenalan untuk pembelian seterusnya. Ada point yang diberikan dan setiap point boleh di convert untuk pembelian mengikut chart disediakan. Jadi dengan program keahlian ini kita boleh jimat lagi 10-15%.
Rangkaian produk disini tidak terdapat dimana-mana kedia lain, ada juga untuk anti-dandruff . Suami Ummi suka produk ini. Bila pakai, kulit kepala tidak lagi berkuping dan rasa lebih yakin. Korang ingin tahu cara menggunakannya? Ehm.. jangan risau nanti masa korang di kedai ada jurunasihat yang sedia membantu memberikan penerangan bagaimana untuk menggunakannya dan juga cara lebih effective untuk lihat keberkesannnya.
Nourishing Skin Cream – Produk Himalaya
Setiap hari kita hidup dalam keadaan dan situasi yang tidak bersih . Pencemaran ada dimana-mana sahaja. Pada setiap masa kita ini terdedah dengan asap kenderaan, pencemaran asap, air-cond, dan cahaya matahari yang akan mengurangkan kelembapan kulit. Selain itu,bila kita alami kulit kering dan tak bermaya sebab lain adalah kerana kita telah kehilangan banyak nutrien dalam tubuh dan bawah lapisan kulit kita.
Kini , tiba masanya kita beralih kepada produk yang natural dan kembali kepada penggunaan bahan alami dan bahan alam untuk kegunaan kita seisi keluarga. Ini salah satu daripada produk yang ada di Butik Himalaya KLCC iaitu Nourishing Skin Cream. Krim ini sesuai untuk semua jenis kulit dan ianya diadun daripada aloevera, ciplukan atau bahasa ingerisnya winter chreey dn kalau orang kampung kenali a sebagai buah letup. Selain itu ada extract daripada kino tree. Ramuan yang terdapt di dalam cream ini telah membuktikan bahawa ianya bagus untuk kulit. Seperkara lagi, apabila kita gunakan cream ini keatas kulit, ianya akanmengekalkan kesegaran sepanjang hari, tanpa rasa berminyak. Inilah yang membuatkan Ummi sendiri rasa jatuh cinta dengan-Nya.
Hair REGIME Set!
Dengar sahaja perkataan regime dah buat kita rasa apa dia yang regime sangat. Bunyinya macam ganas kan. Bukan ganas, tapi inilah dinamakan Set Rawatan Rambut Gugur Himalaya. Senang sangat , tanpa perlu bersusah payah, jurunasihat sedia membantu dan butik Himalaya sendiri telah paketkan ikut kesesuaian produk. Kita cuma kenal pasti masalah yang dihadapi dan minta nasihat daripada juru nasihat butik. Jadi , Ummi cadangkan siapa yang ada masalah rambut gugur boleh cuba set ini. Berbaloi dengan harganya RM78.00 untuk 3 jenis barang.
Salah satu produk best seller di butik Himalaya, iaitu ANTI-WRINKLE CREAM.
Kak, berapa umur kak? Huhuu , masa Ummi sakit hari tu, sampai hati orang cakap nampak tua! Sedih yang amat, dan terus berdoa agar kulit cepat sembuh dan segala kerosakkan kulit pulih seperti sediakala. Kulit kita pada seluruh badan, sama seperti mengandung dan bersalin, yang rosak ambil masa untuk pulih. Begitu juga kulit muka, apabila rosak ambil masa untuk pulih seperti sediakala. Sama juga, bila kita bersalin parut akan kekal selamanya. Tapi bezanya, bila kulit muka rosak dan nampak tua, ada wrinkle dan sebagainya, kulit muka masih boleh dirawat. Inilah salah satu produk best seller di butik Himalaya, iaitu ANTI-WRINKLE CREAM.
“Menghilangkan kedutan diwajah, garisan halus dan juga kulit kusam”. Cream ini ada aloevera dan juga grapes(anggur) yang mana berfungsi sebagai anti-oksida. Sebab tu, kulit akan nampak halus dan licin. Kurang la masalah , korang kena yakin bahawa bila kulit muka nampak segar dan cantik secara tidak langsung akannampak lebih awek muda dan berseri-seri. Tambah pula dengan senyuman segunung intan, wow makin nampak muda remaja tau. Jadi, percayalah tidak sia-sia menggunakan produk HIMALAYA ini. Nak tahu wajib la kunjungi butik Himalaya, baru dapat feel .
Lagi satu ACV juga ada di Butik Himalaya di Sunway Piramid ,Mydin USJ, dan Setapak Central . Jadi kalau berhajat untuk dapatkan ACV dan produk Himalaya boleh ke sana juga. Untuk ibu yang menyusukan bayi, boleh cuba SHATAVARI daripada Himalaya.
Jadi apa tunggu lagi, jika masih menanti takkan ada hasilnya. Mulakan sekarang dengan buat tinjauan ke facebook dan instagram Himalaya. Nanti ke butik boleh dapatkan informasi lanjut daripada juru nasihat mereka. Selamat mencuba produk Himalaya.
Nak tahu lagi boleh tengok di : facebook : Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram : Himalaya Malaysia
Rambang mata pi Himalaya, rasa mcm semua nak beli hehehe
betul tu mama, bajet rm200 , alau dah disana biasa ada je nak tambah barang.
Anti wrinkle cream tu mcm
Nak kena beli jerrr … hua hua …
Beli secara set lagi murah dan jimatt
Berkesan untuk yg betul2 alergik etc produk Himalaya ni. Jauh lebih jimat juga bila beli terus dari kedai.
Singgah mlm..bestnya produk himalaya