Program MILO Back To School Mums

Pejam celik, pejam celik dah masuk minggu kedua anak bercuti. Bermakna tak lama lagi dah nak bermula alam persekolahan sessi 2018. Bila Ummi dapat email bertajuk Noraini Ali X MILO Back To School Mums, terus klik.

Bukan apa, nak tahu juga program macamana kan. Yer la, sebab ada perkataan Mums itu yang teruja. Rupanya bila Ummi layan video yang disertakan di youtube, menarik! huhuu, kalau dapat peluang nak juga cuba walaupun sehari. Kata orang, bila kita cuba dan rasai pengalaman itu mesti ianya lagi menarik.

Cuba korang layan video ini. Kalau kita yang dewasa pun rasa semput seharian tanpa rehat. Alahai, agaknya anak macamna ya? Kita bertuah, bila waktu kerja ada juga masa berehat.

Youtube link:

Heheh, anak maafkan Ummi ya. Biasanya, anak memang susah nak ajak breakfast pagi. Biasa nak ajak Along breakfast pun kalau Ummi cuti atau tak berkejar untuk ke pejabat. Dalam perjalanan ke sekolah, sempat la singgah makan di kedai atau gerai tepi jalan. Capati sebiji pun dah cukup.

Tapi, bukan selalu! biasanya sebulan 2 kali. 🤣. Jadi, setiap hari perkara mudah nak buat untuk menggalakkan anak sarapan adalah dengan bekalkan mereka dengan sesuatu yang anak suka. Nak tahu apa? Selain roti, bekalkan mereka dengan Milo. Yes! Sekotak untuk sarapan pagi.

Barulah umph! Jadi, waktu rehat yang singkat adalah masa untuk anak menikmati makanan dengan tenang. Yang pasti, bila anak dah ambil sarapan, tumpuan dalam kelas akan jadi lebih baik.

Setuju?

Kalau korang nak dapatkan beg percuma boleh klik gambar dibawah. Beli dan menang. wah!

 

Jom ibu-ibu support anak-anak belajar. Dan juga azam 2018 adalah membekalkan sarapan kepada anak. Jika mencari menu untuk bekal anak ke sekolah boleh cuba menu yang Ummi kongsikan di sini :  Menu BEKAL NUTRISI untuk anak. 

Okay, kalau nak tahu lanjut tentang MILO korang boleh ke : MILO MALAYSIA

Berkaitan :

Persediaan Anak Ke Darjah Satu, Kenapa Awal Sangat?

 

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge