Hari ini kami berjaya escape yeayyy, dapat honeyymoon hour jer pun. Bukan lah dapat bercuti lama. Redha jer la mak! Kami plan nak tengok wayang, tapi memandangkan wayang mesti habis jam 2 petang. Along pula balik awal minggu ni , kul 1 petang dah nak kena ambil , jadi batalkan hasrat kami.
Hahaha sampai ke IOI Mall paling awal. Jam 950pagi dah sampai, mujur sini kedai dah siap sedia awal. Taklah kena tunggu macam nak masuk ke SOGO. Hehehe perkara pertama kami nampak adalah jam..hahaha tak ada plan nak beli barang, tapi ikutkan dalam wishlist atau pies dream board memang ada, nak beli jam. Cuma tak sampai masa lagi. TAPI….
Yeay, atas pujukkan Mr Suami , Ummi terbeli juga jam ini. Hahahah bukan hasil duit gaji ni. Ini hasil menulis sejak kebelakangan ini. Seronoknya, Mr Suami yang pilih katanya ” Sayang, ambil yang ni la, nampak keperempuanan sikit!” ” Oitt, apa macam jantan sangat ke i ni?”.. hahaha bergaduh depan sales girl tadi. Ingat nak beli yang tali coklat, lawa juga. Ehm, pasrah ikut kata suami.
Seronoknya hari ini dapat hadiah. Hadiah ni untuk diri sendiri setelah dapat beberapa hasil menulis. Seronok hasil terkumpul dan akhirnya idaman qalbu dapat juga akhirnya.
Pilihan Ummi bukan lah yang mahal, cuma yang sekadar yang memenuhi citarasa dan keselesaan. Thank you Mr Suami yang tolong pilihkan
Hadiah Sling Beg kat anak perempuan.. hehe anak sedara la. Depa ni ada 3 adik beradik perempuan, nak beli kena belikan untuk ketiga-tiga. Ummi belikan sling beg ini. Pilihan warna ikut citarasa mereka sendiri , berurusan melalui wassap sahaja. Seronok kan dapat belikan orang yang kita sayang sesuatu. Untuk anak-anak maklang.. muah!
Test untuk bagi Along nampak . Ni Along Nabila bukan Along Mustaqim. Okay juga , simple dan trendy sangat untuk Along Nabila sesuai sebab dia nak warna gelap, ala classic gitu.
Merah dan pink ini milik Angah dengan Adik a.k.a kak cik . Ha, adik dah macam Cik Sarah, suka warna pink. Angah pula macam Angah Muhaimin suka warna MERAH.. ada persamaan kan anak ke-dua ni, perangai pun sama kan? hehhe
Last, Mr Suami meraikan escape kami hari ni dengan makan di Pizza Hut. Tapi kam hanya makan spagetti sahaja. Spagetti Ummi , Arabiata, sedap sangat kalau compare dengan bolognese. Mesti cuba spagetti ini dan saja nak ubah selera asyik makan pizza je. Lagi satu nak share, kalau korang ada anak ramai macam Ummi ni, mesti ada masa dengan Mr Suami tau, kena ambil cuti keluar berdua atau jalan-jalan masa anak ke sekolah.

Orang kata spend time together la gitu. Barulah sentiasa feelling bercinta 24 jam seminggu , 30/31 hari sebulan. Ha, jangan jadikan alasan kerja tak dapat nak dating dengan kekasih halal tau! Mood cinta kena sentiasa mekar dan sentiasa merah macam box BONIA..haaha, esok lusa apply cuti okay.
Thank you KBBA9 dengan KBBA9 banyak impian tercapai dan banyak rezeki masuk. Thank you sangat-sangat untuk Mr Suami juga yang selalu menyokong isterimu ini. Okaylah, bye. Mood tengah happy nak happy lagi dengan Mr Suami sebelum 3 orang lagi balik dari rumah pengasuh… nakalkan Ummi .. hehehe.hehehe
Wah.. bestnya dapat peluang berdating berdua.. 😉
Alhamdulillah, rezeki tu dapat jam baru. hehe..seronok dating. sweet2 gitu.
Amboi macam pasangan baru kahwin plak berhoneymoon hour hehe. Bagus gitu ummi
wah
romantik betul masing2
hehehe
Memang sekali-sekala kena ada juga masa berdua. Hehe
waaa..hasil penulisan dapat beli jam tangan bonia tue..makin sukses umminani sekarang