Assalamualaikum ibu-ibu. Kita ni baru nak tarik nafas bila exam pertengahan baru lepas, dah nak exam akhir tahun kan. Pejam celik anak-anak dah nak cuti akhir tahun dan bakal memeriahkan suasana rumah tak lama lagi. Berbalik hal anak exam, Ummi nampak Along ada peningkatan yang memberansangkan selepas amalkan tips daripada Ebook Dr Tengku Asmadi.
Ummi ada upload di facebook tentang bagaimana kreatifnya Along jawab peperiksaan :
“Selepas peperiksaan”
Anak bawa balik kertas peperiksaan, dia jawab exam ikut pemerhatian.
😱.
Jawab tak ikut skema jawapan..adoii..
kicap manis jer yang ada kt rumah. tu dia jwab manis..
masak? hahaha
🙄
Nak tahu apa respon sahabat Ummi ?


Nur Azlinda Azman Pembuat soalan harus lebih kretif ke arah KBAT

Ramai juga yang bagi respon akan jawapan Along yang cikgu tandakan salah ni. Along cakap semua ni betul la Ummi, cuba Ummi rasa kicap kita, apa rasanya? Eh, Ummi pula yang kena jawab yer. Dan bagi kes siapa masak kat rumah, ini paling susah nak judge, sebab kita sekarang ni bukan macam zaman mak-mak. Mak-mak masak ayah basuh kereta.
Itu belum tanya siapa lipat baju dan kemas rumah.. ehm, cikgu agaknya ada sensitiviti ke tak nak tanda markah anak-anak ni? Kesian anak, dan dia jadi konfius dengan pemerhatian deria rasa dan lihat dengan jawapan cikgu berkehendakkan dalam skema jawapan.
Kalau ada cikgu yang membaca, harap boleh bantu anak-anak dengan memberikan jawapan yang sepatutnya..heheeh okaylah. Jom kita usaha pula untuk peperiksaan akhir tahun ini. Semua ibu-ibu yang nak dapatkan ebook Dr Tengku boleh klik link ini. Selamat berusaha.Bye
Anak-anak ni kain putih kak Nani. Jawapan dia jujur. So KBAT tak sama pula gitu kan.hehe
ehh setuju lah.. bkn semua org makan kicap masin
alahai..kenapa kicap manis salah pula hurmm
setuju dengan jawapan tu..cikgu kalau nak bagi soalan jangan bgi anak2 binggung.. sebb soalan ada dua jawapan.. ahahahah..lucu juga ..baik letak air laut sna..masin ka manis…
betul je sebenarnya jawapan dia tu..takde salah..haha..gitu pun ada