Apa khabar? Bila bercakap hal anak-anak ini meriah betul. Ibu-ibu mesti suka jer , dan setiap hari mesti ada sahaja cerita pasal anak kalau boleh nak save dalam memori kisah kita. Ini kisah Cik Sarah dengan Adik.
Adik ini nak bgi dia duduk diam , bagi jer upah makanan. Spagetti atau apa sahaja makanan yang boleh membuatkan adik mengunyah. Bila dah duduk dia boleh diam seketika. Sehingga habis makanan. Dan pastilah bila dah licin bekas dia akan beraksi semula..huhuuu.
Gaya jer adik tapi ibu-ibu nak tahu tak? Dialah hero. Kakak pula kadang mengalah dengan dia. Senyap-senyap dia jalan, dia tepis kakak…mula la kakak meraung.. “Ummi, adik niiii”.. tambah dah boleh cakap dengan lancar..huhuuu lagi bising la rumah kami. Adik kalau dia buat kakak, Ummi angkat kurung dalam bilik.. tapi dia berani. Tak jalan juga , kalau Ummi ambil peluk dan bagitau dia”adik, kakak sakit, kena sayang kakak yer….”.. kalau peluk lama pun payah, Angah dengan Along pula jelous. Ehm, delima mak ank ramai ginilah caranya.
Kakak ikut Ummi.
Abah dia kata , kakak ni banyak ikut Ummi. Kalau la dia nak suruh apa-apa, dia bangun dia cakap dengan tegas “Ummi, bangun! jom ambil air kat kakak!”.. ha kau! Ummi kena arah dengan kakak. Tapi Ummi cakap “Kakak, cakap baik-baik macam na? “… mulalah dia cakap dengan lemah lembut “Ummi, kakak nak air…”. ha, baru la betul.
Tapi kata abah dia, 200% ikut Ummi..huhuuu, betullah anak tu cerminan mak ayah kan..adoii. Ini kena bagi contoh terbaik ini. Anak usia ini , depa main tiru jer apa ada depan mata.
Lagi satu, Ummi selalu gunakan anak untuk review produk dan pada masa yang sama Ummi selalu review kan. Jadi ada minta anak-anak action dan bergambar sama. Senyuman kena ajar tau, tak mau yang fake. Jadi, Ummi minta kakak senyum nampak gigi, sebab gigi kakak law. Angah pula: “Senyum tutup gigi yer angah , tarik bagi nampak lesung pipit..haha. baru la comel”- Bukan sebab nak tunjuk lesung pipit tu, tapi nak bagi nampak aura best tu..
Bila dah biasa, 3 orang ni la yang mudah nak bergambar. Adik pun dah pandai tau Siap nak peace lagi. Tu betul orang kata, anak ni kita tunjuk teladan depa ikut. Jadi , pilihan raya hari-hari nak bagi depa ikut perangai elok ka tak elok. Kalau esok tak elok bukan salah anak, tapi salah ibu ayah la. Masa tu jangan nak salahkan orang lain, kan anak tu tanggungajwab kita.