“Kak, hang ni, tak merancangka?, setahun sekali, hish”. Ini ayat mak bila dengar anaknya mengandung lagi selepas bersalin anak kedua, dan mengandung lagi anak yang ketiga.
Pada kandungan anak pertama dan kedua, tidak menjadi masalah kerana ada jarak hampir tiga tahun.
“Mak, dah rancang la, rezeki nak buat macamana..”. Menjawab juga tu, tapi apa sebenarnya yang terjadi?
Pil Perancangan Tidak Konsisten
Hahaha, pecah lah rahsia. Rezeki memang tak dapat nak dielakkan.alah dialu-alukan kehadiran anak-anak ini. Cuma, selepas mengandung anak pertama wanita seperti Ummi biasanya lebih cenderung berhati-hati, takut dan rasa was-was nak bersalin lagi.
Tapi bila wanita dah biasa mengandung anak pertama dan kedua, proses mengandung dan bersalin itu rasa sakitnya sekejap sahaja. Percayalah, lepas anak dah setahun, atau sekurangnya anak dah berusia 9 bulan, perasaan takut dah hilang. Malah rasa seronok nak bersalin lagi.
Owh ya, berpatah semula ke topik pil perancang. Ehm, Ummi ambil jenis pil atas nasihat nurse. Yer la, masa mengandung kali ke dua, di KMC. Selepas bersalin, anak kedua tidak dirujuk ke klinik ibu anak. Tambahan ketika itu bersalin di KMC, selepas 2 minggu berpantang di rumah mak, balik ke Seri Kembangan. Berpantang dengan bibik masa ini.
Bila tak bawa anak cucuk ke klinik kesihatan yang kerajaan ini, hidup tak terikat sangat dengan nurse. Jadi, ikut jadual klinik biasa sahaja. Masa cucuk angah Ummi pergi, bila doktor tanya merancang tak? Ummi jawab yer, saya makan pil perancang.
Tapi doktor pun tak tanya banyak. Ada hari Ummi ambil pil, ada hari tertinggal. Hehehe kantoi la kali ini sebab cerita kat sini. Masa tu lah, bila pil diambil secara tidak konsisten dan tubuh badan pula jenis yang subur. Maka, terimalah dengan syukur berita kandungan anak ketiga.
Jadi, bagi ibu-ibu yang ingin merancang ikut nasihat nurse. Ambil pil secara konsisten, jika terbabas pil kenalah bersyukur kalau dapat berita baik lagi.
Cabaran bersalin anak jarak dekat dan cara selesaikan.
Pertama: Cabaran Masyarakat
Apabila bercakap mengenai masyarakat sebenarnya luas. Antaranya, kenalah redha bila orang berkata-kata. “La, mengandung lagi ka? ” “Kuat bersama la tu” “Hish, asyik mengandung sahaja, lepas tu cuti, bila masa dia nak kerja?” Tapi itu normal, siapa sahaja dapat berkata-kata. Itu faktor luaran, kita tidak dapat kawal. Yang ingin kita kawal adalah faktor dalaman keluarga.
Kedua: Cabaran Kewangan
Ha, ini penting. Jika ada niat nak bersalin jarak dekat antara satu kelahiran dengan satu kelahiran kenalah ada persediaan kewangan juga. Ummi dengan suami kami bersyukur, kerana kewangan kami di tahap yang stabil kerana kami keduanya bekerja dengan gaji yang stabil.
Bagi yang ingin melahirkan anak dengan jarak usia anak dekat, pikirkan kos susu,makanan dan pakaian anak. Tambahan lagi kos pengasuh perlu diambil kira. Ini kerana kos seorang bayi baru lahir mencecah Rm400 seorang , dan jika kita mempunyai anak yang ramai perlukan sediakan kos pengasuh sahaja anggaran Rm1000 sekurang-kurangnya.
*Elakkan menghantar anak kepada ibu ayah untuk dijaga. Menghantar anak kepada orang tua untuk dijaga boleh menyebabkan pepecahan keluarga besar. Percayalah, jadi boleh elak, sila elakkan. Lagipun, ibu ayah kita dah penat besarkan kita. Bagilah masa mereka berehat dan boleh ke masjid melebihkan ibadah disaat mereka diusia senja.
Ketiga : Cabaran Kerjaya
Wanita bekerja yang bersalin kerap dan jarak yang dekat secara tidak langsung kurang dapat menonjol. Ye betul, anak kecil menyebabkan kita sebagai wanita bekerjaya kurang bertugas luar. Erti kata lain asyik mengelak daripada outstation. Setuju? Lagi, jika bekerja ikut shift, ini pun sebahagian masalah. Bila sampai masa kerja malam siapa pula nak menjaga anak.
Kalau ada pengasuh sekalipun, bayaran berbeza. Jadi, di situasi ini perlu banyak bersabar, kerjasama suami isteri dan juga tolak ansur daripada majikan. Ini yang menjadikan ada antara kita sehinggakan jadikan ibunda bibik yang mengasuh anak kita.
Sebenarnya pilihan atas kita , dan jika hadapi masalah ini solat dan Allah swt lah tempat mengadu paling agung dan DIA lah yang memberikan jalan keluar. Cuma jika kita hadapi masalah ini , ada ingat pada DIA? ops, dah jadi sessi audit diri pula.
Keempat: Cabaran Suami Isteri
Kita sanggup menerima anak dan ianya rezeki keluarga. Lahirnya anak tersebut pun sebab hasil daripada suami isteri yang ‘bekerjasama’. Eh, betul ke? Betul. Saat kita dan pasangan bersedia menerima cahaya mata lagi, maka dari segi mental dan fizikal juga perlukan persediaan. Si ibu sedia dengan mental untuk menyusukan dan menguruskan anak. Si ayah pula mesti dua kali ganda bersedia. Dan bersedia disini bermakna, keduanya mestilah bersedia bekerjasama menguruskan rumah tangga. Samada memasak, membasuh, menyidai baju ,melipat dan juga tugas-tugas lain dalam rumah.
Disini menguji suami isteri secara fizikal. Siangnya kita penat berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab di pejabat, dan perang sehingga malam kita bertanggungjawab memberikan kasih sayang kepada cahaya syurga kita.
Tanpa tolenrasi dan kefahaman antara suami isteri akan membawa kepada masalah. Tapi jika kita dan pasangan telah bersedia, segalanya jadi mudah bila kerja kita disertakan dengan niat kerana Allah swt dan sentiasa ingat anak, isteri semuanya amanah Allah swt.
Kelima: Cabaran Ibadah
Ha, ibadah pun cabaran ke? Yer , dengan penat lelah bekerja, urus anak dan juga rumahtangga, ibadah menjadi cabaran.Tapi, dengan iman dan taqwa, insyaAllah semuanya jadi mudah. Masa menyusu tengah malam, sebenarnya inilah masa ibadah yang Allah swt sediakan untuk kita dan keluarga. Cuma pada pandangan kita sahaja ianya sebagai cabaran positif atau negatif. Semuanya berbalik kepada diri sendiri. Tanya pada diri sendiri apa tujuan hidup dan apa sebenarnya aku nak capai.
Jadi, bagi yang baru nak berumah tangga, atau baru berumah tangga masih ada masa untuk merancang masa depan keluarga. Dan jika telah berkeluarga juga masih sempat merancang kelahiran seterusnya. Biar anak yang kita lahirkan cukup keperluan hidup mereka. Anak ini mereka sebenarnya ada rezeki mereka sendiri. Ada orang anak 8 orang dan mereka bahagia, cukup makan dan pakai. Segalanya terletak pada ibu ayah yang mengemudi keluarga. Okay, selamat menikmati suasana dan kehidupan yang meriah dengan anak yang ramai dan usia sebaya. Salam sayang daripada Umminani.
good entry. suka baca
Semua tu rezeki masingĀ² kan, sebaikĀ² perancangan kita perancangan Allah tu lagi cantik.