Bismillahirrahmannirrahim, syukur atas nikmat dan peluang yang masih ada. Semalam birthday ke 32 tahun. Huhuhuu dah 32 tahun, anak dah 4.
Terima kasih kawan-kawan facebook yang wish birthday kepada Ummi dan mendoakan kesejahteraan kepada Ummi. Tak terbalas kebaikkan kalian semua.
Dan, semalam suami tercinta kerja, dia ada tanya nak apa birthday kali ini. “Sayang nak makan apa, sempena birthday?” – wassap yang di terima. “Esok b belanja durian jer la” – slumber je keluar ‘Durian’ . Secret recipe, nasi arab, Chicken Rice Shop semua dah biasa sangat. Terasa nak makan ala kampung. “Okay, esok kita pergi beli kat jalan Dengkil, yang pernah beli tu”. “Okay”.
Sampai jer rumah hari ini lebih kurang 1030 pagi, sempat breakfast dan terus mandi dan siap-siap ke Dengkil. Kalau dari rumah kami, dalam 20 minit.
Tibanya kat sana, durian tak banyak, tapi yang ada ni kualiti dah tau memang tip top. Sekali kau!
“Kak durian udang merah sekilo berapa?”
“Rm50.00 dik sekilo.Kalau durian tembaga yang ini isi sedap, pun sekilo Rm50.00, ada yang sekilo Rm35.00 kecil sikit la. Nak berapa biji dik?”.
telan air liur dulu…hahaha dah kena la Mr Suamiku
“B, macamna nak ambil ke?”
“Ambil la, kata nak makan Durian Udang Merah”. – cakap suami kat Ummi
“Kak ambil udang merah 1, pilih yang elok yer kak”
“Semua elok dik, tengok ni(sambil tunjuk isi), Dik yang ni 1.7kg = Rm85.00 sebiji dik”.” wowww durian sebiji Rm85.00″.
“B, nak satu ke dua ni?”
“Ambil la satu lagi, tembaga ke “. – Ujar Mr Suami.
“Dik , dia ni harganya Rm250.00, cukup ke?”.Kesian Mr Suami
Dah tu bila ambil sebiji durian kampung jumlahnya jadi Rm323. huhuu boleh tahan harga
Nak balik tu Ummi beli petai 10 papan Rm9, dan jagung 10 batang Rm20.00. Jagung pun lawa, kira kalau gred, Ummi bagi gred A+, isi manis dan sedap. Kami buat jagung bakar..sedapp uuuii..
Owh ya, cakap bab harga durian, memang mahal yang amat. Tapi, sebab nak merasa apa salahnya. Kalau ikutkan bacaan Ummi selepas membeli, hahaah selepas membeli baru baca, mahal sebabnya permintaan tinggi, tapi buah tak banyak. Malah faktor dan fenomena cuaca juga memainkan peranan pokok berbuah dengan baik atau tidak. Kalau minat nak baca bab durian, boleh baca dekat link yang Ummi kongsikan kat bawah.
Harga Durian Musang King Cekik Darah
Dan akhir kalam, Ummi nak ucapkan terima kasih kepada Mr Suami, anak-anak dan mak Ummi yang melahirkan dan membesarkan Ummi bersama arwah ayah dengan baik sehingga menjadi seperti hari ini. Terima kasih juga atas doa dan restu.
Kepada kawan-kawan yang wish birthday, terima kasih di ucapkan dan ucapan dan doa kalian Ummi simpan dalam memori dan di lubuk hati ini.
Terima kasih kepada semua yang menjadi sahabat dan teman.
Sedapnya durian..Rupanya Nani muda setahun je drpd Lynda..hehe