Skip to content

Umminani

Lifestyles

Menu
  • Home
  • PENULIS
    • Umminani /Lifestyles
    • Rencah Hidup
    • Cuti/Travel
  • KBBA9
    • Review/Isu
    • Makanan/Resepi
  • Penafian
Menu
rumah kampung lama yang mempunyai kenangan atau nostalgia lama

RUMAH KAMPUNG ; Nostalgia Zaman Kanak-Kanak

Posted on 06/15/202006/15/2020 by umminani

Rumah ini rumah arwah tok dan wan. Tempat mak aku membesar. Sejak kecil inilah rumah kampung kami. Ayah selalu bawa aku dan adik beradik balik kampung. Kat sinilah, di rumah kampung ini tempat saudara mara berkumpul sehingga sekarang. Kami main, kami buat makan-makan, sangat nostalgia.

Sampai hari ini, rumah ni jadi milik mak saudara aku. Aku panggil Jang, anak-anak panggil tok jang. Sini jugalah tempat kami balik untuk memancing dan bermesra dengan saudara mara. Sungguh nostalgia.

Rumah kampung ; struktur yang masih utuh

rumah kampung yang sangat dirindui terutama bagi golongan mak ayah yang pernah membesar dalam suasana seperti ini

Ini adalah pandangan bahagian dapur dari bawah.

Ini ruang tamu utama yang dijadikan tempat untuk sebarang majlis. Biasanya kalau kenduri kendara atau majlis bertunang dan sebagainya, rumah tamu memang jadi tumpuan.

Rumah lama yang bestnya pada bahagian bawah boeh duduk sembang. Jika dahulu ruang bawah adalah untuk digunakan sebagai kawasan menjemur padi bagi pesawah di kampung. Selesai kerja, bahagian bawah rumah lah tempat berteduh sambil menghirup kopi panas dan juga menghisap rokok daun.

rumah kampung yang anak-anak pun suka balik ke sini

RUMAH ini masih di jaga baik oleh Mak Jang Asiah setelah peninggalan arwah wan dan tok.

Rumah kampung ; Sejarah Rumah Lama INI

Rumah dibina tahun 1960an-1970an
Nama pemilik asal : Awang Bin Rejab
Rumah atas bahagian dining hall ruang tamu dan juga dapur, bahagian bawah tempat kenduri-kendara, boleh parking kereta setakat 4 biji lepas. Kawasan depan rumah pula, kalau zaman dulu tempat ini digunakan untuk jemur padi dan kipas padi.

Tolong saya Tekan SUBSCRIBE ya..😍

Rumah lama ini sangat menyimpan seribu kenangan untuk UN dan family. Kiranya sehingga anak-anak UN, rumah ini dah sampai generasi ke empat.

Generasi pertama Tok

Generasi kedua – Mak dan adik beradik

Generasi ketiga – saya dan sepupu

Generasi keempat – Generasi anak-anak UN.

13 thoughts on “RUMAH KAMPUNG ; Nostalgia Zaman Kanak-Kanak”

  1. Siti Norhidanah Mohd Miswan says:
    06/16/2020 at 8:04 am

    memang masih cantik lagi struktur rumah nya luar dan dalam… rumah kampung ruang tamunya luas seronok anak-anak bermain dan sedara mara berkumpul…

    Reply
    1. umminani says:
      06/16/2020 at 9:43 pm

      ya dana. luas tu yang buat anak-anak suka berlari, tapi sebalik design rumah ni sebenarnya orang lama ajar kita untuk raikan tetamu..biar tetamu selesa..datang rumah kita ada ruang untuk tarik nafas dan tak perlukan barang rumah yang banyak juga.

      Reply
  2. Hi apakatamommy says:
    06/16/2020 at 10:24 am

    Masih utuh dan kuat lagi ye. Kayu pun cantik. Mommy pun ada jugak rumah atok mcm ni Kat Kampung. Paling best dekat bawah rumah, siap ada buat tempat orang datang berbual. Air Kopi sentiasa ada

    Reply
    1. umminani says:
      06/16/2020 at 9:42 pm

      kan..rumah orang dulu memang mereka raikan tetamu..ada tempat untuk orang yang datang berbual duduk..and setuju..kopi mesti ada..biarpun air kosong sahaja tanpa apa2 kuih.

      Reply
  3. Ardini Humaira says:
    06/16/2020 at 11:07 am

    Sejuk nyamannn je tengok kawasan tu bestnyaa

    Reply
    1. umminani says:
      06/16/2020 at 9:41 pm

      aah kawasan kampung memang nyaman, sejuk duduk bawah rumah. malam lagi sejuk

      Reply
      1. Marina says:
        06/23/2020 at 10:51 pm

        Cantikla rumah kampung ni UN. Seronok balik kampung,tidur kampung.sejuk je

        Reply
    2. Nadia johari says:
      06/17/2020 at 12:37 am

      Best giler ni. Betul2 kampung rumahnya.. Bgus takdiubah pun. Msih kuat

      Reply
  4. Eiza GreenAppleKu says:
    06/16/2020 at 10:56 pm

    Bestnya masih ada rumah kampung. Suasana kampung pun nyaman dan tenteram.

    Reply
  5. Mas FVOME says:
    06/17/2020 at 6:47 am

    seronoknya ada rumah kg lagi..kita rumah belah mak dh jd batu..tinggal rumah belah ayah tp takde org duduk dh..klo balik sekali sekala tu mmg berhabuk teruk la

    Reply
  6. Fiza Aizzawa says:
    06/17/2020 at 11:48 am

    Rumah masih utuh dan kuat lg.. seronok ada tpt saudara mara dan adik beradik berkumpul.

    Reply
  7. Ai says:
    06/17/2020 at 10:44 pm

    Cantik rumah-rumah lama ni. Macam dalam iklan.

    Reply
  8. Marshaliza says:
    06/18/2020 at 7:23 am

    Masih cantik dan kuat rumah lama ni…Marsha pun suka rumah-rumah lama gini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Kelab Blogger Ben Ashaari

POST TERKINI

  • Happy Birthday Along
  • 15 Tahun sebagai pegawai polis
  • Jalan-jalan ke Hatyai 2023
  • PERKEP Masak Bubur Asyura 2023
  • Jalan-jalan di Alor Setar , Kedah

UMMINANI

BLOG KAWAN MAYA

  • Siaran Langsung Live Streaming JDT vs Negeri Sembilan Piala Malaysia 2023 (QF-2)
    Published on 2023-09-21 By Azhafizah MN
  • SPX Celebrates Record Women Empowerment
    Published on 2023-09-21 By Papa Amyzal
  • Pengedar Motor di Melaka Cipta Rekod Shopee Live
    Published on 2023-09-21 By Huda Halid
  • East Coast Trip (KB, KT, Ktn) - Day 2 Breakfast di NASI DAGANG ATAS TOL
    Published on 2023-09-21 By Azian Elias
  • Happy Birthday To My Darling Daughter Insyirah
    Published on 2023-09-21 By Lya Imtiyaz
  • Amazfit Balance Bawa Keharmonian dan Kesimbangan Dalam Kehidupan
    Published on 2023-09-21 By Bro Framestone
  • Hotel in Ipoh, Perak : RPGC Garden Hotel
    Published on 2023-09-21 By dorsett pink
  • Ini 6 Alternatif TERBAIK Gantikan Susu Lembu!
    Published on 2023-09-21 By Dr Rizal Abu Bakar
  • Rawatan Masalah Kulit Ekzema di Klinik Dr Bazilah
    Published on 2023-09-21 By Lisa Nurulain
  • Drama Luruhnya Bunga Cinta: membesar sebagai adik beradik rupanya..
    Published on 2023-09-21 By azni
  • Aiskrim tempatan rasa nostalgia , Pal Litt dari Langkawi
    Published on 2023-09-20 By Ana Jingga
June 2020
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« May   Jul »

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org
June 2020
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
« May   Jul »

Carian

Arkib

© 2023 Umminani | Powered by Superbs Personal Blog theme