Kelas online dah mula bagi sem ke-3. Nak adjust semula masa untuk hadapi saat-saat ini. Anak-anak masih dirumah, perlukan perhatian bila kelas masih berjalan secsra Online juga. Dalam susah, syukur Along boleh tengokkan Angah. Cuma si kakak amat perlukan perhatian lebih, tambahan nak hadapi exam SRAI pula tak lama lagi. Cabaran sem 3 Maka, dalam kesibukkan ini, menggunakan segala kemudahan yang ada, masa di dapur kena pendekkan. Short but qualiti…cewahh ya ya oooo kata orang.. maka, hari ini terjadinya masakan Ikan STEAM Halia ; Kerapu Stim. Simple sahaja.
Resepi Ikan Steam Halia:
1 ekor ikan kerapu
Bahan perapan:
tsp- lada hitam
4sudu besar – sos tiram
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5cm halia
1 batang serai
Garam
Hiasan:
1biji tomato
Daun sup
saderi
I biji Limau nipis
Cara masak Ikan Steam Halia : Perap ikan dengan bahan perapan selama 15minit.Setelah itu, stim 15minit (Saya guna Pc).
Bila dah siap, masukkan bahan hiasan dalam periuk, biarkan seketika bagi layu sedikit. Siap, senang untuk disediakan.Resepi dah ada, selamat mencuba. Siakap juga boleh.
Resepi Lain :
sedap nampaknya tuh… puas hati bila masak sendiri kalau di kedai mesti mahal seekor tu