Mentarang bakar

Mentarang (men’) adalah makanan laut yang didapati di laut dan dalam selut. Ianya biasanya di cari oleh nelayan @ pencari men’. Mereka perlu turun ke selut untuk mendapatkan men’. Ianya ada musim. Jika masa mentarang banyak , harga sekilo dalam RM6-RM10. Tetapi jika mentarang kurang harga jadi mahal, kos daripada RM12 sehingga RM15.00 sekilo.

Pelbagai masakan boleh dibuat dengan mentarang. Jika di PERLIS, kami masak lemak dengan jantung pisang, masak kicap atau boleh juga dibakar dan dimakan dengan cicah air asam. Rasanya manis , tetapi jika ornag yang tidak biasa agak sukar untuk telan. Jika ke PERLIS bolehlah mencuba mentarang. Ianya banyak pada bulan Mei- Julai. Paling meriah adalah ketika bulan Jun. Serata pasar atau sekitar Kuala Perlis banyak mentarang dijual.

Ini video terbaru kami BBQ mentarang ramai-ramai. Puas owh, sedap!
MENTARANG
mentarang bakar guna sabut kelapa
mentarang cicah air asam
Cicah pulak dengan ulam-ulam kampung, fuh boleh bayangkan tak betapa sedapnya menu macam ni ?

Balik kampung baru ni kami layan men’ bakar di rumah lama. Fuh memang puas hati, tapi sepupu aku YB Asmaiza yang belanja. Puas makan ramai-ramai. Sebelum makan nasi, layan men’ bakaq dulu. Panas-panas memang sedap sangat makan. Puas hati!

Tapi makanan ni satu je, kalau orang tak suka memang tak makan. Sebab dia berair dan ada la bau hamis selut. Tapi kalau orang jenis makan apa sahaja, memang sekali makan nak lagi lah. Sedap oii!

Menu Mentarang –

Kalau korang tanya menu apa biasanya orang masak dengan mentarang, ini adalah menunya:

1) Bakar

2) Masak Lemak dengan Jantung Pisang

3) Tumis sayur patola Mentarang

4) Masak Kicap Mentaran.

Dimana ianya dijual –

Biasanya ia dijual di Nat atau di pasar-pasar. Kalau masa harga mahal tu cecah RM15 sekilo.

Kalau di Perlis, kami beli di NAT atau pasar je la yang dekat dengan rumah. Kalau rajin, kena pergi tepi Kuala Perlis, lebih banyak pilihan dan harga pun kadang dapat lebih murah berbanding di pasar atau NAT.

Jadi, kalau plan nak mai Perlis boleh plan dalam bulan Jun. On the way nak makan benda ni boleh singgah Balik Pulau makan Durian. Utara ni memang kaya dengan makanan. Boleh jalan-jalan utara, banyak lokasi best nak jalan-jalan.

Tempat menarik di PerlisCanopy Walk di Perlis

9 thoughts on “Mentarang ; tengah musim la ni di PERLIS”
    1. La ….rezeki kakak la.gitu kak sue.
      ,un anak2 pun suka… takpa…jumpa lagi boleh try one more time.

    1. Ada juga di Perlis. sebab menrarang kan hidup dalam selut.. jadi Perlis salah satu lokasi dia hidup..Perlis tak ada pantai untuk mandi manda..

      Aah best makan ramai-ramai sambil sembang sembang.. kenangan nanti bila.orang tua tak ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *